Ini menggemparkan, dalam pada Malaysia sibuk meraikan kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14, peminat-peminat Siri Marvel di Malaysia mungkin terlepas pandang dengan kehilangan suit penuh Iron Man yang dipakai oleh Robert Downey Jr, sepanjang wataknya sebagai Iron Man.
Ads
Menerusi News.Com, Pegawai polis di Los Angeles kini sedang mencari dalang yang mencuri persalinan Iron Man asalnya dipakai oleh Robert Downey Jr, di francais Marvel Studios, menurut jurucakap polis. Suit merah dan emas – bernilai $ 431,000 lenyap dari gudang penyimpanan prop di pinggir LA Pacoima antara Februari dan 25 April, tetapi hanya dilaporkan dicuri pada malam Selasa. Menurut Mental Floss.com, jurucakap LAPD enggan mendedahkan butiran pemilik gudang tersebut dan tidak melaporkan dengan jelas berkenaan jenayah terbabit. Sementara itu, Marvel ada bertanya mengenai kes ini kepada kepada Walt Disney Studios, dan Disney tidak segera bertindak balas dengan komen. Kepada peminat siri Marvel, jangan bersedih hati, sama-sama kita berharap suit itu ditemui semula.
Suatu ketika dahulu kedai gunting rambut di ceruk-ceruk kampung menjadi pilihan ramai di antara kita. Kedai gunting yang diusahakan oleh peniaga berketurunan India juga cukup popular di kalangan lelaki seluruh negara terutamanya di Lembah Klang.
Namun dalam tempoh beberapa tahun ini kedai gunting yang diberi jolokan ‘kedai gunting hipster’ tumbuh dengan pesat sekali.
Golongan lelaki kini ternyata lebih cerewet tentang penampilan mereka terutamanya rambut. Dan di kedai-kedai gunting ini mereka boleh mendapatkan potongan rambut yang kemas, bergaya dan paling penting kena dengan trend terkini.
Bercakap tentang tarikan itu mungkin ia adalah satu perkara yang sangat subjektif. Tetapi anda harus akui sebagai lelaki penampilan merupakan antara ciri-ciri yang dilihat oleh wanita.
Lumrah kita sebagai manusia tak kira lelaki atau wanita pastinya mahukan sesuatu yang sedap mata memandang.
Ya, mempunyai keyakinan tinggi itu merupakan satu elemen sangat penting bagi perempuan bila memilih lelaki akan tetapi bagaimana seseorang itu berpakaian dan menjaga kekemasan dirinya menjadi satru bonus.
Tapi tahukah anda apakah yang wanita sering perhatikan terhadap lelaki?
Walau apa jenis gaya fesyen yang anda gayakan, wanita akan perasan tentang tabiat kemas anda. Ini termasuklah di bahagian rambut, janggut, jambang, bulu badan, bau badan dan kebersihan secera keseluruhan.
Jangan sangka anda berimej rock tapi boleh tampil tak kemas ya. Begitu juga dengan mereka yang berambut panjang dan berjambang, jika dijaga dan trim dengan baik pasti anda nampak segak.
Wanita memang sudah lumrah dalam hidup mereka untuk sentiasa jatuh cinta dengan kasut. Dan anda jangan silap mereka bukan sahaja perhatikan kasut untuk mereka sahaja tetapi juga lelaki.
Malah antara perkara pertama wanita perhatikan tentang pemakaian lelaki ialah pemilihan kasut. Jadi anda haruslah bijak memilih kasut dan mempunyai variasi berbeza mengikut acara. Pastikan kasut anda pilih sesuai dengan majlis dan kegunaannya. Jangan pula bila ke majlis makan malam anda sarung sneakers lusuh.
Ada sesuatu yang luar biasa tentang kombinasi t-shirt putih dan jeans di mata wanita. Ia menyerlahkan sisi maskulin dan juga ikon bad boy yang pernah dipopularkan oleh James Dean.
Malah kombinasi ini juga bersifat klasik dan timeless, mampu menyerlahkan kejantanan anda sebagai lelaki. Tapi anda harus pastikan cutting t-shirt agar tak terlalu besar. Begitu juga dengan jeans; janganlah pilih yang mempunyai cutting lebar.
Ini agak bersifat agak optional kerana bergantung kepada kerjaya anda seharian. Jika bekerja sebagai eksekutif, anda sekurang-kurangnya perlu memiliki sepasang sut di dalam almari. Jika anda mengenakan sut yang bersaiz sesuai, wanita pasti akan menjeling.
Ya, perbuatan simple seperti melipat lengan baju juga sering diperhatikan oleh wanita. Tapi anda jangan pula ingat mereka ingin lihat lipatan baju itu, Sebaliknya jika anda melipat lengan baju maka terserlahlah lengan anda yang berotot serta berurat! Itulah yang akan menjadi sasaran anak mata mereka.
Kalau asyik menggayakan seluar jeans pasti bosan juga, bukan begitu? Wanita juga suka bila lelaki menggayakan seluar chino yang dipadankan dengan kemeja fit. Ia menyerlahkan sisi kacak anda sebagai lelaki. Sama seperti sut, anda akan kelihatan segak hanya jika mengenakan saiz yang sesuai.
Sekali imbas ia macam tiada beza dengan t-shirt biasa. Akan tetapi henleys sedikit berbeza kerana ia mempunyaim tiga butang dan juga berlengan panjang. Ia mampu menyerlahkan gaya sofistikated dan juga elegan.
Tapi dalam masa yang sama anda tampil santai apatah lagi jika dipadankan dengan sepasang jeans atau chinos. Wanita pasti taks senang duduk melihat anda bergaya segak seperti ini.
Mungkin di negara kita penggunaan sweater agak tidak praktikal. Tapi jika anda bekerja di dalam pejabat berhawa dingin, v-neck sweater adalah pilihan tepat.
Tapi dengan satu syarat, jangan pakai sweater ini sahaj tanpa kemeja di bahagian dalam. Pilihlah warna seperti solid grey atau olive. Padankan dengan kemeja berwarna berbeza.
Wanita juga suka perhatikan lelaki menggayakan aksesori seperti jam tangan dan cuff link. Ia kini bukan sekadar berfungsi sebagai aksesori semata tetpai membawa simbol personaliti dan juga gaya sofistikated.
Mungkin tidak semua perempuan menganggap elemn ini seksi bagi lelaki. Namun trend seluar senteng yang menampakkan buku lali agak popular sejak kebelakangan ini. Dan menurut tinjauan wanita agak menyukai trend terbaru potongan seluar lelaki seperti ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan lelaki yang bertubuh lebih kurus lebih mudah mencari pakaian. Namun, ia sebenarnya tidaklah semudah yang di sangka.
Ini kerana jika silap memilih anda akan nampak jauh lebih kurus dari bentuk badan yang sebenar.
Masih ada ragamnya yang perlu lelaki kurus berikan perhatian agar penampilan dan gaya anda tampak lebih segak, terutamanya menarik di mta wanita.
Apa yang penting, pilihlah jenis baju yang sesuai dan tepat dengan bentuk badan untuk mengelakkan badan anda kelihatan ‘sekeping’.
Ini antara jenis-jenis pakaian yang boleh anda sarungkan pada tubuh badan lelaki kurus.
Sarungkan flared jeans sebagai alternatif agar bentuk badan anda nampak lebih menarik. Seluar jeans yang kembang di bahagian bawah ini akan memberi ilusi tubuh yang lebih berisi, selain membuatkan penampilan anda lebih stailo.
Jika inginkan gaya formal, anda boleh suai padankan kemeja dengan seluar panjang. Yang penting, lelaki kurus perlu elak memakai kemeja dan seluar panjang yang terlalu ketat kerana ia akan membuatkan badan anda nampak lebih kurus.
Jika bosan memakai seluar panjang biasa, anda juga boleh menggayakan chino. Potongannya yang longgar di bahagian pinggang, paha dan bawah kaki boleh memberi ilusi tubuh nampak lebih berisi. Hadir dalam pelbagai warna, anda boleh padukan chino ini dengan t-shirt untuk gaya santai walaupun anda memilih chinos berwarna gelap seperti hitam.
T-shirt memang menjadi pakaian wajib untuk lelaki kerana ia pakaian yang paling ringkas dan mudah untuk digandingkan dengan apa jua pakaian. Walaupun t-shirt yang longgar lebih selesa, namun elak memakai t-shirt yang terlalu longgar atau terlalu ketat. Cukupn sekadar memakai t-shirt yang sesuai dan sepadan dengan bentuk tubuh. Apa yang penting, elak menyarungkan t-shirt bergaris vertikal kerana ia akan menonjolkan bentuk badan anda yang sememangnya kurus.
Lelaki kurus juga boleh menjadikan jaket dan blazer sebagai ‘sahabat karib’ kerana ia boleh memberikan ekstra volum dalam gaya anda. Pemakaian jaket dan blazer dapat memberi penegasan pada bahagian dada dan bahu sehingga penampilan anda nampak lebih maskulin. Pilihlah jenis jaket dan blazer dengan bahu yang sedikit tebal untuk menambahkan volum pada tubuh anda.
Seluar yang longgar dengan banyak poket ini juga boleh menyembunyikan siluet tubuh anda yang ‘sekeping’ kelihatan lebih berisi. Padankan seluar kargo ini dengan t-shirt untuk gaya yang kasual.
Aksesori seperti jam tangan, tali pinggang, kaca mata atau beg juga boleh digayakan oleh lelaki kurus, asalkan berukuran sederhana.
Jika anda memakai jam tangan bersaiz besar, bimbang perhatian orang akan tertumpu pada tangan anda. Oleh itu pilihlah aksesori yang sesuai dan seimbang dengan bentuk badan anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
JD Sports Malaysia meraikan ulang tahun ke-10 dengan pelbagai produk eksklusif, ganjaran pelanggan dan acara khas JD Frequency di Sunway Pyramid. Sambutan berlangsung sepanjang tahun buat peminat sneaker dan athleisure.