Beliau merupakan figura yang telah mencetuskan inspirasi buat ramai golongan muda dan rakyat Malaysia amnya. Jadi apa sahaja berita terbaru tentang figura ini pasti akan medapat perhatian ramai terutamanya follower di laman media sosial.

Angkasawan Negara, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor semalam berkongsi berita gembira yang bersifat cukup peribadi. Beliau mengumumkan bahawa dia dan isterinya, Datin Dr Halina bakal menimang cahaya mata.

Istimewanya, pasangan hebat ini bakal menerima sepasang anak kembar buat kali kedua tidak lama lagi. Menurut beliau, isterinya kini sedang hamil tiga bulan.

Perkara tersebut dikongsi oleh beliau menerusi Instagram kendaliannya.

“Bakal kembar lagi… Alhamdullilah syukur teramat. Dr Halina kini sedang hamil 13 minggu dengan kandungan anak kembar.

IKLAN

“Saya sangat gembira hingga hampir dapat berkata-kata. Ia seakan deja-vu sekali lagi,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

Pic – Expecting Twins again … Alhamdulillah – Syukur teramat . Dr Halina is now 13 weeks pregnant with twins . I’m just thrilled , speechless and over the moon … It’s like DejaVu all over again . We have always wanted a big family . But carrying twins during pregnancy is totally high risk as we have experienced that before . Double Nauseous Double Vomiting Double Bloating Double Craving Double Bleeding – which she did It was tough seeing Dr Halina undergoing through her 1st Trimester and still working as frontliners treating Covid patients and she truly deserve my utmost respect . The only thing I could do is to gain weight with her which is part of the deal – Haha Salam Everyone Love As Always Just sharing the good news PS – Do be strong my love . Just hang in there and leave the workload of the kids to me . 😘

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Perkongsian berita gembira itu telah mendapat jumlah like melebihi 140 ribu dengan hampir enam ribu komen. Ternyata warganet juga begitu teruja dengan berita gembira dari Angkasawan Negara ini.

IKLAN

Namun beliau sedar akan risiko yang dihadapi isterinya apabila mengandung anak kembar berdasarkan penglaman sebelum ini.

“Saya dan isteri memang ingin sebuah keluarga yang besar. Tetapi mengandung anak kembar semasa hamil adalah risiko yang sangat tinggi seperti yang pernah kami alami sebelumnya.

“Mual berganda. Muntah berganda. Kembung berganda. Teringin berganda. Pendarahan berganda seperti yang pernah dialami isteri,” tulis jelas wira negara yang kini merupakan ayah kepada empat orang cahaya mata.

IKLAN

Beliau juga mengatakan agak sukar melihat Dr Halina yang masih meneruskan tanggungjawabnya kepada negara sebagai frontliner bagi merawat pesakit Covid-19.

“Satu-satunya perkara yang saya boleh lakukan bersamanya ialah menaikkan berat badan sama-sama,” selorohnya.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Mereka kini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Tahniah buat Dr Muszaphar dan Dr Halina dari kami di team MASKULIN!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI