
Mungkin ramai di antara anda sudah mempunyai kerja tetap sekarang. Dan mungkin juga anda masih tercari-cari kerja kerana baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat tertinggi. Misi mencari kerja atau job hunting merupakan satu proses yang cukup mencabar kepada semua orang.
Tanyalah siapa sahaja, job hunting merupakan satu proses yang memakan tenaga, duit, masa dan juga emosi. Sebelum melakukan job hunting dan menghadiri temuduga anda semestinya persiapkan diri terlebih dahulu.
Dan persiapan itu bukan semata-mata pada penampilan luaran dan juga emosi sahaja. Ia sebenarnya lebih daripada itu kerana penemuduga akan menilai anda dari segi keseluruhan diri anda sama ada akademik, personaliti dan juga cara anda menjawab soalan.
Seorang pengguna Twitter dengan Tweethandle @garyasip telah melakukan perkongsian bebenang yang cukup menarik perhatian MASKULIN.
Fokus utama perkongsiannya ialah memberikan tip info dan pengalamannya yang dirasakan sangat berguna kepada sesiapa sahaja yang dalam misi job hunting. Jom ikuti bebenang yang dikongsi oleh beliau.
BACA: Cabaran Mencari Rezeki, Ini 10 Pekerjaan Lelaki Yang Paling Bahaya Di Dunia
PAKAIAN YANG KEMAS & BETUL
BERI INTRO TENTANG DIRI DENGAN BAIK
PERBAIKI PENGUASAAN BAHASA INGGERIS
BAHASA BADAN & PERGERAKAN MATA
JANGAN LAMBAT & TAHU LOKASI TEMUDUGA
‘JUAL’ DIRI DENGAN APA YANG ADA
SELIDIK KEPERLUAN KELULUSAN TERLEBIH DAHULU
GUNAKAN NETWORKING DENGAN SEPENUHNYA
KERJA KERAS, RAJIN DAN JANGAN PUTUS ASA
[VIDEO] Betul-Betul ‘Giler’ Dia Punya Zoom, Huawei P30 Pro VS iPhone XS Max
![[VIDEO] Betul-Betul ‘Giler’ Dia Punya Zoom, Huawei P30 Pro VS iPhone XS Max](https://cdn.maskulin.com.my/2019/04/whatsapp-image-2019-04-10-at-12.02.51-pm-10_57_033190.jpeg)
Umum sedia tahu bahawa syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka, Huawei sering menitik beratkan soal kepuasan pengguna terhadap kamera.
Trend Huawei memiliki kamera terbaik bagi sesebuah telefon pintar sudah boleh mula dilihat sejak kemunculan awal Huawei P9 dan ‘adik-beradiknya’ yang lain.
Apa hebatnya Huawei P30 Pro?
Ramai yang mula bercakap dan jadi tak tentu arah apabila Huawei melancarkan dua lagi kombinasi model baharu iaitu Huawei P30 dan Huawei P30 Pro.
Kedua-dua model ini memiliki fungsi kamera yang lebih advance dan dalam beberapa kajian yang melibatkan fotografi, Huawei mendapat kedudukan yang pertama.
Diuji perbandingan dengan iPhone XS Max
Sehubungan itu, terdapat satu video tular yang memaparkan terdapat dua individu menguji perbezaan kamera di antara Huawei P30 Pro dan iPhone XS Max
Menerusi video tersebut, Huawei P30 Pro dilihat mempunyai fungsi zoom yang sangat luar biasa setakat ini dan iPhone XS Max juga gagal mengejarnya.
Apa-apa pun, Huawei menjadi pilihan ramai kerana kualiti gambarnya namun secara peribadi untuk hasil video yang lebih mantap dan Full HD, ia masih kekal milik iPhone.
Variasi Aplikasi Latihan Peribadi Untuk Tingkatkan Senaman Ke Tahap Terbaik

Segala perkara kini boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi. Makan? Usah risau, pesan sahaja menerusi pelbagai aplikasi pesanan penghantaran. Ingin beli-belah? Lambakan aplikasi e-dagang kini jadi pilihan pengguna di Malaysia.
Begitu juga dengan senaman. Sekarang walaupun anda melakukan aktiviti senaman berseorangan namun dengan aplikasi ini, ia secara teknikalnya tidak menjadikan anda bergerak solo.
Mungkin suatu ketika dahulu kita bersenam dengan mengikut panduan majalah, menonton video dan juga latihan dari jurulatih persendirian. Namun kini penggunaan apps personal training lebih popular. Ia bukan sahaja murah malah boleh digunakan bila-bila masa.
Hanya tekan butang aplikasi dan terus bersenam mengikut arahan dan tip yang diberi! Selain menjimatkan wang ia juga boleh diubah mengikut kesesuaian atau preferences anda.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 8 aplikasi latihan peribadi terbaik untuk anda cuba.
1. Keelo
Di dalam apps ini sahaja terdapat lebih 400 High Intensity Interval Training (HIIT) dan senaman kekuatan ditawarkan kepada pengguna. Anda newbie? Jangan risau kerana apps ini mencipta pelan khas spesifik untuk anda mengikut pengalaman, sejarah dan juga level senaman anda. Setiap hari Keelo mecadangkan jenis senaman berbeza mengikut kesesuaian level anda.
2. Just 6 Weeks
Jika anda mempunyai sasaran senaman yang agak hardcore, apps Just 6 Weeks boleh membantu anda merealisasikannya. Anda akan memulakan ujian senaman fizikal dan apps ini akan membina program cabaran berdasarkan keputusan tersebut. Just 6 Weeks hanya mengambil masa selama 10 minit sehari untuk anda mengikutinya dan anda boleh mencapai pelbagai sasaran.
BACA: 10 Tip Berguna Anda Boleh Rujuk Sebelum Beli Kasut Running
3. Trifecta
Penggemar crossfit pasti akan menyukai apps personal training ini. Selain senaman ia memberi panduan kepada penggunanya tentang nutrisi. Selain itu Trifecta juga mempunyai fungsi tracking yang mana lebih 1,000 jenis senaman Crossfit Game yang dibangunkan oleh atlet crossfit, Brooke Ence. Anda juga boleh memasukkan data pemakanan anda dan apps ini akan mengira jumlah kalori yang diambil.
4. 7 Minutes Workout Challenge
Anda tiada masa untuk bersenam? Dengan apps ini anda tak boleh lagi mencipta banyak alasan. Hanya tujuh minit diperlukan untuk melakukan senaman dengan mengikuti panduan daripada 7 Minutes Workout Challenge. Ia datang bersama audi, video dan foto arahan untuk anda melakukan senaman selama tujuh minit. Ia juga membenarkan anda mengesan perubahan berat badan dan stamina anda sepanjang menggunakan apps ini.
5. Runtastic
Anda mahu aplikasi larian yang terunggul? Mungkin inilah jawapannya. Dengan binaan GPS, Runtastic mampu mengesan semua aktiviti anda seperti jarak larian, kelajuan dan juga peningkatan purata kelajuan dalam masa sebenar. Runtastic juga mempunyai maklum balas berbentuk audio yang dicipta untuk meningkatkan larian anda. Bagi anda yang menyertai Virtual Run MASKULIN DARE, ini boleh menjadi apps pilihan anda.
6. Aaptiv
Sejumlah lebih 2,500 jenis senaman menerusi panduan audio tersedia untuk pengguna apps personal training, Aaptiv. Antara jkenis senaman yang tersedia ialah latihan kekuatan, HIIT, larian dan sukan mendayung. Lengkapkan program yang terbina eksklusif untuk anda. Jika taida Wi-Fi, anda boleh muat turun terlebih dahulu agar boleh digunakan secara off-line.
7. Interval Time App
Ia sebuah apps yang sangat ringkas dan mudah. Ia sesuai dijadikan apps personal training asas bagi anda yang melakukan aktiviti larian, akngkat berat, regangan atau bertinju. Interval Time App membolehkan juga anda melakukan kustomasi senaman.
8. Petar
Jika anda ingin cuba corak latihan yang pernah diamalkan oleh atlet Olimpik seperti Deena Kastor dan Kaylin Richardson. Apps interaktif ini akan mengesan biofeedback untuk melakukan adaptasi terhadap prestasi semasa anda. Ia menyediakan ratusan jenis senaman sepeerti HIIT, larian dan juga yoga.
5 Mitos Tentang Penggunaan Telefon Pintar Selalu Kita Dengar

Boleh dikatakan tiada hari kita akan bebas tanpa penggunaan telefon pintar. Pada zaman kini ia bukan lagi bertindak sebagai alat komunikasi semata tetapi lebih daripada itu. Jadi tidak hairanlah mengapa telefon pintar yang dihasilkan pada masa kini direka agar dapat digunakan dalam tempoh yang lebih lama.
Saban tahun pengeluar telefon pintar akan berebu-rebut memperkenalkan teknologi serta kapasiti bateri yang lebih panjang. Kenapa? Menurut kajian pengguna mengambil kita tempoh hayat bateri sebagai di antara faktor paling penting untuk mereka memutuskan membeli telefon yang diingini atau tidak.
Disebabkan itu jugalah kita juga telah banyak mendengar tentang pelbagai tip atau ‘pantang larang’ yang harus dijauhi semata-mata untuk menjada kondisi bateri telefon pintar. Selain bateri terdapat faktor yang turut menjadi persoalan ramai sehingga menimbulkan kerisauan.
Kali ini MASKULIN ini kongsi 5 mitos popular yang sering diperkatakan tentang penggunaan telefon pintar. Ikutinya di bawah!
TELEFON ROSAK BILA GUNA KETIKA DICAS
Tidak dinafikan ini merupakan antara mitos yang cukup popular dan sentiasa kita dengar. Pada hakikatnya, penggunaan telefon pintar ketika ia dicas tidak merosakkan bateri. Malah, telefon pintar moden masa kini dilengkapi dengan mekanisme pengecasan yang bijak dan mampu menguruskan aliran cas secara efektif.
Walau bagaimanapun faktor yang boleh jadi penentu ialah menggunakan pengecas yang original atau berkualiti serta disahkan oleh pengeluar telefon pintar anda untuk memastikan keselamatan dan prestasi bateri yang optimum.

TELEFON ROSAK JIKA GUNA SEPANJANG MALAM
Ini juga salah satu mitos yang tidak benar. Telefon pintar moden kini dilengkapi dengan kawalan pintar yang mengawasi aliran cas dan menghentikan pengecasan apabila bateri mencapai tahap maksimum.
Anda boleh meninggalkan telefon anda terhubung semalaman tanpa perlu risau tentang merosakkan bateri. Walau bagaimanapun, jika anda mahu menjaga kehidupan bateri yang lebih baik disarankan untuk mengelakkan pengecasan berterusan selepas bateri penuh atau mencapai tahap 100%.
SIMPAN DALAM SELUAR BOLEH SEBABKAN KANSER
Percaya atau tidak ini antara mitos selalu kita dengar walhal ia tidak benar. Tidak ada bukti saintifik yang kukuh yang menghubungkan penggunaan telefon pintar dengan kanser.
Telefon pintar menghasilkan gelombang radio frekuensi yang rendah dan tidak dinyatakan oleh penyelidikan sebagai penyebab kanser. Walau bagaimanapun untuk mengurangkan pendedahan radiasi anda disarankan untuk menggunakan kit tangan bebas atau earphone apabila bersembang untuk mengurangkan penempatan telefon pintar terlalu dekat dengan kepala.

GANGGU SISTEM NAVIGASI PESAWAT
Ini adalah mitos yang telah lama terdengar. Hakikatnya pesawat moden pada masa kini dilengkapi dengan perisian dan peralatan yang canggih untuk mengurangkan gangguan elektromagnetik dari peranti elektronik, termasuklah telefon pintar.
Oleh itu, penggunaan telefon pintar dalam mod penerbangan atau mod pesawat biasanya diizinkan selepas pesawat mencapai ketinggian yang mencukupi. Walau bagaimanapun, tetap patuhi arahan awak kabin dan peraturan maskapai penerbangan.
BATERI ROSAK TELEFON DIBIARKAN CAS TERLALU LAMA
Mitos seterusnya ialah membiarkan telefon pintar terpasang charger selepas pengecasan selesai boleh merosakkan bateri. Ini juga adalah mitos yang tidak benar.
Telefon pintar moden dilengkapi dengan kawalan pintar yang menguruskan aliran cas dan menghentikan pengecasan apabila bateri mencapai tahap maksimum. Jadi, membiarkan telefon pintar terpasang charger selepas pengecasan selesai tidak akan merosakkan bateri.
Walau bagaimanapun jika anda tidak menggunakan telefon pintar untuk jangka masa yang lama, adalah disarankan untuk melepaskan casernya untuk mengelakkan penggunaan bateri yang tidak perlu.
Sekali lagi, penting untuk diingat bahawa mitos-mitos di atas tidak berasaskan fakta dan boleh dianggap sebagai kepercayaan yang salah.
Adalah penting untuk merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai dan penyelidikan saintifik untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai penggunaan telefon pintar.
Jangan lupa follow serta subscribe TikTok dan YouTube MASKULIN ya!
@maskulinmy Lelaki bermisai sememangnya dikatakan memiliki persona kelelakian tersendiri! #maskulin #majalahmaskulin #fyp #fypmalaysia #maskulinmojo #hiburanmalaysia #grooming #groomsmen ♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono