SUZUKI SWIFT SPORT RASMI DIPAMERKAN PADA FRANKFURT MOTOR SHOW KE-67

Share

Sejak dilancarkan pada 2005, model hatchback Suzuki Swift menerima sambutan menggalakkan. Sebelum ini, Suzuki Motor Corporation memberitahu akan mendedahkan model Swift Sport pada Frankfurt Motor Show ke-67.

Akhirnya model tersebut rasmi dipamerkan pada acara Frankfurt Motor show ke-67 baru-baru ini. Swift versi Sport itu dilengkapi enjin 1.4 Boosterjet pengecas turbo 4-silinder petrol yang berupaya menghasilkan kuasa 138bhp pada 5, 500rpm

dan tork 230Nm pada 2,500 sehingga 3,500rpm. Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi kotak gear 6-kelajuan manual.

Model tersebut dikatakan 80 kilogram lebih ringan berbanding pesaingnya dan 50mm lebih panjang berbanding Swift biasa. Bahagian jarak roda dan lebar

juga ditingkatkan sebanyak 20mm dan 40mm.

BACA>>>>>PERINCIAN SUZUKI SWIFT SPORT DIDEDAHKAN- MENGGUNAKAN PLATFORM HEARTECT

Daripada segi rekaan, Suzuki Swift Sport menerima bampar depan yang dikemas kini semula bersama gril baharu dan pembahagi (splitter) baharu.

Bahagian kakinya pula menerima rim aloi rekaan potongan berlian bersaiz 17 inci. Tidak ketinggalan diffuser hitam di belakang bersama ekzos di bahagian kiri dan kanannya.

Masuk ke dalam kabin, Swift Sport menerima kerusi dengan jahitan benang merah. Warna merah juga boleh dilihat pada bahagian konsol tengah, tepi pintu dan papan pemuka bagi menghasilkan aura kontra.

Di konsol tengah tersedia skrin sistem hiburan tujuh inci dengan sambungan Andorid Auto, Apple CarPlay dan Bluetooth.

Kredit Foto: Carmagazine

 

IKLAN