Pada hari esok kita akan mula menyambut kedatangan bulan yang penuh mulia bulan Ramadan al-Mubarak. Tapi sambutan bulan Ramadan kali ini jauh berbeza dari kebiasaan.

Malah tidak keterlaluan jika MASKULIN katakan seumur hidup kita semua tidak pernah berdepan dengan situasi apa yang dilalui sekarang.

Penularan wabak COVID-19 merupakan krisis negara dan krisis global yang sangat besar. Kesannya bukan sahaja terhadap ekonomi tetapi hubungan sosial yang terpaksa dihadkan kepada hubungan secara digital semata.

Penjarakan sosial itu penting dan sangat kritikal demi memastikan penularan wabak ini dapat kita hentikan. Sehingga kini jumlah kes hari demi hari yang dilaporkan dengan penuh tekad setia oleh wira negara, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah semakin menunjukkan petanda yang sangat baik.

Tahniah buat barisan hadapan yang bertungkus lumus berkhidmat untuk negara dan kita semua. Teruskan berada di rumah.

Berpuasa tatkala terpaksa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan mungkin agak sukar buat kita semua. Apatah lagi saban tahun kita menantikan bulan mulia ini untuk melakukan ibadah dengan mengimarahkan masjid serta rumah ibadah melakukan solat Terawih.

IKLAN

Begitu juga pelbagai juadah yang biasa kita nikmati di bazar Ramadan. Tapi kali ini semua itu terpaksa kita lupakan.

#SyukurBersama: Ramadan Tahun Ini Tidak Sama Seperti Sediakala, Namun Hikmahnya Luar Biasa
Ramadan tahun ini yang jauh berbeza.

Tapi usahlah kita mengeluh. Sebenarnya ada hikmah yang besar di sebalik berlakunya krisis COVID-19. Dari sudut positif kita boleh melihat beberapa perkara yang sangat penting. Kita perlu sentiasa #SyukurBersama.

BERIBADAH BERSAMA KELUARGA

Buat anda sebagai ketua keluarga mungkin sekarang adalah masa yang paling tepat untuk mengetuai ahli keluarga melakukan ibadah solat secara berjemaah di rumah. Sepanjang tempoh PKP di bulan puasa, meriahkan kediaman dengan berjemaah solat Terawih dan membaca al-Quran.

IKLAN

BERKONGSI REZEKI

Sewaktu hari kerja biasa mungkin tidak semua orang berada di rumah untuk berbuka puasa. Ada yang terpaksa berbuka di pejabat dan tidak kurang berbuka di tengah jalan disebabkan terperangkap dalam kesesakan trafik. Inilah masanya untuk sama-sama berkongsi rezeki di rumah.

BANTU MEMASAK

Bagi anda lelaki yang liat masuk dapur sekarang adalah masa sesuai untuk ubah perngai buruk itu. Inilah masa tepat untuk anda rasai sendiri susah payah isteri menyediakan makan minum anda dan anak-anak. Dan bagi yang bujang pula pasti anda pun sudah berjinak-jinak dengan mengasah skil memasak, bukan?

#SyukurBersama: Ramadan Tahun Ini Tidak Sama Seperti Sediakala, Namun Hikmahnya Luar Biasa

LEBIH BERJIMAT

Tahun ini bukan Ramada tiada lagi untuk anda kunjungi hidangan bufet di hptel atau restoran. Sebenarnya sepanjang tempoh PKP inilah kita boleh lebih berjimat-cermat.

IKLAN

Berbelanja hanya untuk bahan makanan yang boleh dimasak dirumah adalah jauh lebih murah berbanding makan di luar. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dalam tempoh setahun akan datang ini.

ERATKAN HUBUNGAN

Ketibaan Ramadan juga biasanya disambut dengan ibu bapa yang berada di kampung. Kebiasaannya paling tidak kita akan pulang ke kampung untuk merasai nikmat buln Ramada bersama mereka.

Ia masih lagi boleh dilakukan cuma bukan dengan secara fizikal tetapi digital. Jadikan rindu yang hebat itu sebagai alasan untuk anda berhubung dengan mereka setiap hari. Inilah hikmah yang tersembunyi di sebali dugaan COVID-19!

NIKMAT RASA BERSYUKUR

Bulan Ramadan juga biasanya lebih banyak program kebajikan seperti majlis berbuka puasa bersama anak yatim diadakan. Untuk tahun ini ia tidak lagi dapat dianjurkan namun itu tidak bermakna anda tidak boleh menyumbang.

Terdapat banyak NGO yang menjalankan kutipan secara digial untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Ibadah bersedekah itu besar rahmatnya untuk kehidupan kita.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI