Ramai lelaki mungkin tak sedar cara yang salah menyikat rambut boleh menyebabkan ia gugur dengan mudah. Paling menakutkan ia juga boleh mempercepatkan rambut menjadi botak tengah!
Untuk mengelak terjadinya perkara tersebut di sini MASKULIN kongsikan kepada anda cara menyikat rambut dengan betul.
SENTIASA BERSIH
Pertama sekali dalam hal penjagaan rambut adalah mengutamakan kebersihan perlatan yang ingin kita gunakan. Anda harus pastikan sikat yang anda guna sentiasa bersih.
Ads
Cucilah sikat sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk pastikan ia bebas bakteria yang boleh melekat pada celah gigi sikat. Dan elakkan berkongsi sikat dengan orang lain!
Perkara kedua yang cukup penting ialah pastikan rambut benar-benar kering sebelum menyikatnya. Jika anda lakukannya ketika basah ia boleh menyebabkan rambut gugur dan bercabang kerana liang rambut terbuka ketika basah.
Ads
HANYA BILA PERLU
Ya, anda tidak perlu terlalu obses dengan rambut sehingga menyikatnya setiap masa. Menyikat dengan kerap boleh menyebabkan rambut menjadi halus. Ini kemudian mengakibatkan kerosakan serta keguguran rambut. Jadi sebaik-baiknya guna hujung jari sahaja untuk merapikan rambut.
Jangan hairan kerana ada orang yang suka sikat rambut sebelum tidur. Sebenarnya ini perbuatan yang boleh mendatangkan keburukan.
Ads
Menyikat rambut sebelum tidur hanya akan menimbulkan stimulasi terhadap pengeluaran sebum dan boleh merosakan rambut serta membuatkan rambut anda menjadi rapuh.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video tip menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi ramai lelaki, bercukur merupakan satu rutin yang sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Namun sebenarnya, masih ramai lelaki yang tak pandai bercukur dan menggunakan teknik yang betul.
Lalu boleh menyebabkan berlakunya kecederaan serta cukuran yang tidak rata. Ini semua dapat dielak jika anda bercukur dengan menggunakan teknik teknik yang betul.
Sebelum memulakan proses mencukur jambang, janggut atau misai ada beberapa langkah awal yang perlu anda lakukan. Jika anda ingin bercukur pada sebelah pagi pastikan selang masa sekurang-kurangnya 10 selepas bangun tidur. Ini bagi membantu kulit wajah berehat dahulu. Cuci wajah dengan pencuci muka pilihan untuk menghilangkan sel kulit mati dan membuka liang roma serta melembutkan kulit di bahagian misan dan janggut.
Satu perkara lagi yang perlu anda lakukan sebelum mula bercukur ialah dengan melekapkan wajah dengan tuala basah dengan air suam. Anda perlu melakukan proses ini sejurus selesai mencuci wajah. Ia membantu pori-pori terbuka dan memudahkan proses mencukur nanti.
Kira-kira 3 minit selepas itu, anda boleh mula sapukan krim pencukur. Sapukan dengan berus dengan gerakan berputar. Berus yang dipilih haruslah mempunyai bulu yang halus dan lembut agar kulit wajah anda lebih selesa dan boleh elak wajah tercalar. Pilihlah krim pencukur yang mengandungi minyak dan kandungan formulasi sesuai dengan kukit wajah sekali gus mengelak iritasi.
Bahagian yang perlu anda fokuskan terlebih dahulu semasa bercukur ialah rahang, leher dan pipi. Ia perlu dilakukan di bahagian ini dahulu kerana ia mengikut lengkungan wajah dan mengelakkan daripada kulit wajah alami luka. Bahagian misai dan janggut pula perlu diberikan perhatian khusus kerana ia lebih banyak rambut. Cukur janggut pada satu arah sahaja iaitu mengikut tumbuhnya anak rambut. Gerakkan pisau dengan jalur searah agar tak cedera.
Jika anda ingin menyimpan janggut atau misai pastikan pola bentuk seperti yang anda mahu tidak terjejas. Untuk mendapatkan hasil yang kemas anda perlu menggunakan gunting kecil yang khas. Untuk hasil yang lebih detail, anda perlu guna hair-clipper. Apa yang penting anda harus gunting terlebih dahulu bahagian tepi misai dan janggut yang ingin disimpan.
Selepas anda selesai bercukur dan kemaskan apa yang patut, bersihkan wajah dengan menggunakan tuala. Bilaskan wajah dengan menggunakan air sejuk. Untuk mengembalikan kesegaran kulit wajah adan boleh sapukan krim pelembat atau penyegar. Set pencukur yang telah digunakan pulaperlulah direndam seketika dalam air suam sebelum dicuci.
MASKULIN yakin dengan menggunakan tip di atas anda boleh bercukur dengan selesa dan lebih baik. Dengan menggunakan teknik yang betul anda tak perlu lagi takut untuk berdepan dengan kecederaan wajah yang tak sepatutnya berlaku.
Salah satu perkara yang menakutkan lelaki ialah rasa rendah diri yang membungkam hati yang lara, Ini terjadi
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penampilan lelaki sering kali diukur bukan hanya melalui gaya berpakaian, tetapi juga potongan rambut yang dipilih. Memiliki gaya potongan rambut yang sesuai adalah elemen penting dalam menonjolkan keperibadian seorang lelaki.
Selain itu, potongan rambut yang sesuai boleh membantu menyerlahkan bentuk wajah dan gaya hidup seseorang.
Sepanjang tahun 2024, apa yang MASKULIN boleh lihat adalah trend rambut lelaki lebih fokus kepada penampilan yang kemas tetapi tetap moden, dengan elemen minimalis yang menyegarkan.
Berikut MASKULIN kongsikan 10 potongan rambut yang trending sepanjang tahun ini. Rugi kalau anda tak cuba salah satu potongan ini!
Gaya potongan rambut ini sentiasa menjadi pilihan popular bagi lelaki yang mengutamakan keselesaan dan kesederhanaan. Dengan potongan rambut yang sangat pendek, buzz cut mudah diselenggara dan memberi wajah yang lebih tegas. Sesuai untuk lelaki dengan bentuk muka bujur atau bulat.
Potongan rambut French Crop yang menampilkan bahagian sisi yang pendek dan rambut di atas yang lebih panjang memberikan sentuhan gaya klasik tetapi moden. Ini adalah pilihan tepat untuk mereka yang inginkan gaya mudah tetapi bergaya, terutama bagi lelaki yang mahukan penampilan yang lebih profesional.
Taper Fade adalah pilihan versatile yang menawarkan peralihan halus daripada rambut panjang di atas kepala kepada rambut yang semakin pendek di sisi. Ia memberi kesan kemas dan sesuai untuk lelaki yang inginkan potongan yang elegan tetapi tidak terlalu mencolok.
Quiff masih mengekalkan popularitinya pada 2024. Namun, versi terbaru potongan ini lebih bertekstur dengan menggunakan produk rambut untuk mencipta gaya lebih bersahaja. Gaya ini sesuai untuk lelaki yang suka bereksperimen dengan volum rambut mereka.
Undercut yang disisir ke belakang dengan kemas adalah gaya yang memancarkan keyakinan dan keanggunan. Potongan ini sesuai untuk acara formal atau lelaki yang inginkan gaya profesional tetapi tidak mahu kelihatan terlalu konvensional.
Potongan ini mengimbangi gaya yang kemas dan praktikal. Crew Cut mempunyai rambut pendek di bahagian atas, dan ia kelihatan rapi tanpa memerlukan banyak penjagaan. Gaya ini juga sering dilihat pada lelaki dengan gaya hidup aktif.
Pompadour yang ikonik masih relevan pada 2024, tetapi versi moden lebih minimalis dan tidak terlalu besar. Gaya ini melibatkan rambut yang diangkat dan disikat ke belakang, memberikan efek klasik dengan sentuhan kontemporari.
Dikenali sebagai gaya yang popular di kalangan tentera, High and Tight adalah potongan yang mudah dan maskulin. Dengan bahagian sisi yang sangat pendek dan rambut sedikit lebih panjang di atas, potongan ini memberikan kesan kemas dan praktikal.
Gaya rambut yang pernah popular pada tahun 90-an ini kembali pada 2024 dengan sentuhan moden. Curtains dengan rambut yang dibelah di tengah dan panjang di sisi memberikan gaya kasual yang menarik, sesuai untuk lelaki yang berjiwa muda.
Bagi lelaki yang mempunyai jambang atau misai, potongan rambut Fade dengan kombinasi jambang yang rapi menjadi pilihan utama. Gaya ini menyerlahkan kontur muka dengan potongan yang lancar dan memberi penampilan yang lebih maskulin dan matang.
Memilih potongan rambut yang tepat bukan sekadar soal fesyen, tetapi ia mencerminkan keperibadian dan gaya hidup seseorang.
Dengan pelbagai pilihan yang trending sepanjang tahun 2024, lelaki boleh bereksperimen dengan gaya yang sesuai dengan bentuk muka, keperluan, dan penampilan yang ingin ditonjolkan.
Sama ada anda lebih menyukai gaya yang klasik, kasual, atau eksentrik, yang penting adalah memastikan rambut anda kelihatan sihat dan dijaga rapi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pertama sekali anda perlu buang jauh-jauh perasaan bahawa lelaki tak semestinya kena menjaga kulit wajah dan melakukan grooming secara keseluruhannya.
Tanggapan begitu sebenarnya sangat salah dan hanya membawa keburukan kepada anda. Zaman sekarang lelaki mempunyai puluhan jenis potongan rambut yang boleh digayakan. Malah produk-produk penjagaan muka, jambang dan rambut.
Jadi sudah semestinya anda seorang lelaki harus tahu bagaimana untuk menjaga penampilan wajah agar sentiasa tampil segak dan kacak.
Untuk rambut contohnya kenal pasti jenis rambut sama ada lurus, kerinting, tebal atau ikal. Apabila tahu jenis rambut maka lebih mudah untuk mencari produk yang sesuai dengan jenis rambut anda.
Manakala bagi anda yang berjanggut dan berjambang pula jangan biarkan ia menjadi serabai dan kering. Berikut beberapa tip penjagaan rambut, janggut dan jambang yang boleh anda lakukan.
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.