Tahukah Anda Bagi Wanita Ini Ciri-Ciri Lelaki Yang TAK LAYAK Jadi Suami

Pertama sekali anda harus jauhkan mentaliti bahawa ramai wanita sangat cerewet dan memilih dalam menentukan pasangan dalam hidup mereka.

Sepatutnya anda sebagai lebih faham akan kehendak wanita yang inginkan satu hubungan yang boleh menjamin keselamatan dan masa deoan mereka.

Maka sebab itulah wanita sangat memetingkan ciri-ciri lelaki yang mampu menjaganya, bukan hanya berharap kepada ketampanan wajah dan betapa tegapnya tubuh anda. Bagi ramai wanita terdapat beberapa ciri lelaki yang merupakan ‘red flag’ buat mereka.

Jika anda ada salah satu daripada ciri-ciri di bawah mungkin masih belum terlambat untuk anda berubah.

1. Berani tinggal solat

Bukanlah bermaksud anda kena jadi seorang alim seperti ulamak. Tapi sembahyang itu tiang agama! Lelaki yang sering meninggalkan solat bermaksud dia berani mengingkari perintah Allah. Sedangkan suruhan Allah dikhianati, apatah lagi amanah manusia. Macam mana nak percaya pada suami yang tidak memenuhi syarat pertama yang diterapkan oleh Rasulullah SAW, padahal solat adalah tiang agama.

IKLAN

2. Suka lakukan dosa besar

Mabuk, zina dan berjudi adalah antara dosa-dosa besar yang perlu dielak. Kehidupan bersama suami seperti ini sama seperti anda hidup di dalam neraka. Semoga mereka bertaubat kepada Allah dan diampuni dosanya.

Tahukah Anda, Bagi Wanita Ini 6 Ciri-Ciri Lelaki Yang TAK LAYAK Dijadikan Suami

3. Dayus

Tidak ada rasa cemburu kepada isteri dan membiarkan anak-anak terjerumus dalam lembah maksiat. Meminta anda untuk tidak berhijab kerana menganggapnya kuno dan membiarkan isterinya berbual mesra bersama kawan-kawan lelaki dan bergelak dengan lelaki lain adalah antara ciri-ciri lelaki dayus.

IKLAN

BACA: Rupanya Ini Rahsia Mat Romeo Pikat Hati Wanita, Anda Pun Boleh Buat Sebenarnya!

4. Sombong dan bangga diri

Memiliki mentaliti seperti tidak mengenal perasaan cinta. Ego, hanya mencintai dirinya sendiri dan mengahwini anda bukan kerana cinta tetapi hanya kerana nafsu yang menginginkannya.

Tahukah Anda, Bagi Wanita Ini 6 Ciri-Ciri Lelaki Yang TAK LAYAK Dijadikan Suami

IKLAN

5. Derhaka kepada ibu bapa

Kalau ada lelaki yang tidak menghormati ibu bapa, macam mana agakya dia hendak menghormati diri anda? Adakah dia berharap isterinya akan berbakti dan menuruti segala perintahnya, sedangkan dia tak melakukan perkara yang sama kepada kedua orang tuanya?

Lihat saja bagaimana dia melayani keluarganya. Tak takut ke nak bersuamikan lelaki yang tidak berbuat baik kepada keluarganya sendiri?

6. Kedekut

Rasulullah SAW melarang kita untuk bersifat kedekut, sebagaimana beliau bersabda, “… Dan hindarilah sifat kedekut kerana kedekut telah menghancurkan orang-orang sebelum kamu, membuat mereka saling bunuh-membunuh dan melanggar kehormatan orang lain” (HR Muslim).

Mencari pasangan biarlah yang boleh membuat kita bahagia dunia dan akhirat. Jadi sebelum memilih lelaki untuk dijadikan suami, elok la jika melihat semua kriteria ini terlebih dulu. Bukan apa, tak mahu ada pula yang menyesal di kemudian hari.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI