
Larian separuh marathon sejauh 21 kilometer mungkin hanya satu cabaran fizikal bagi sesetengah orang.
Tapi bagi Adry Fazmi, seorang individu kelainan upaya (OKU) penglihatan, ia adalah simbol kekuatan, keberanian, dan paling penting kepercayaan kepada sahabat sejatinya, Ammar Naim Azmi.
Berpimpin Tangan, Bersama Hadapi Cabaran
@aidashafit his name is @Adry Fazmi and @ammarnaimazmi #scoremarathon2025 #run #halfmarathon #fyp #foryou #foryoupage #Fitness #dei ♬ Scott Street (Slowed Down) – Phoebe Bridgers
Dalam video yang tular di TikTok oleh pengguna Aida Shafit, kelihatan dua sahabat ini berpimpin tangan dari awal hingga ke akhir acara larian.
Di belakang baju mereka terpampang notis jelas bahawa Adry adalah peserta OKU penglihatan namun wajah ceria dan keyakinan mereka sepanjang acara seolah-olah memberitahu dunia “Kami tak perlukan simpati, cukup beri ruang untuk buktikan kemampuan sendiri.”
Ammar bukan sekadar peneman larian, malah menjadi ‘mata’ dan penjaga kepada Adry sepanjang perjalanan.
Dari permulaan hingga ke garisan penamat, tidak sekali pun dia lepaskan tangan sahabatnya.
Dua Kawan, Satu Perjalanan Sejak Remaja
Adry dan Ammar bukan kenalan baru. Persahabatan mereka bermula sejak 2011, waktu mereka baru berumur 13 tahun.
Apa yang membuatkan kisah ini lebih menyentuh hati, kedua-duanya turut ditemani oleh tunang masing-masing.
Tunang Ammar turut sertai larian, manakala tunang Adry setia menunggu di garisan penamat untuk beri sokongan.

“Memang saya trust dia lah sebab kita dah kenal lama. Memang kita kawan baik lah,” ujar Adry penuh yakin.
Detik Penamat Yang Penuh Erti
Mereka berdua berjaya menamatkan larian dalam masa 3 jam 59 minit 13 saat, hanya 47 saat sebelum tamat ‘cut-off time’ yang ditetapkan.
Momen itu dirakam penuh emosi dua lelaki dengan ikatan sahabat yang luar biasa, membuktikan bahawa kekurangan bukan penghalang untuk menyempurnakan satu misi hebat.
BACA LAGI : Program ‘Bigger Losses’ Jadi Titik Mula Transformasi Konstabel Aiman

Lebih Daripada Kemenangan Fizikal
Kisah mereka bukan sekadar tentang stamina dan larian. Ia tentang kepercayaan, persahabatan, dan semangat tidak berputus asa.
Dalam dunia hari ini yang serba laju dan individualistik, kisah Adry dan Ammar mengingatkan kita bahawa persahabatan sejati masih wujud dan ia boleh membawa seseorang melangkah lebih jauh daripada yang mereka sangka mampu.
Sumber : Tiktok @aidashafit
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang





“Saya start diet 1 September 2019. Dalam 4 bulan berjaya kurang berat kepada 86kg. Semasa puasa baru-baru ini berat kurang lagi sehingga 82kg.
Malah dia menasihatkan orang ramai untuk tidak menghadkan pemakanan sehingga teringin makanan ini dan itu.


