Tak Payah Jadi Yogi, Lelaki Pun Boleh Jadi Fleksibel Dengan 5 Gerakan Ini

Share

Ramai lelaki bila sebut bab jaga badan, terus terbayang dumbbell, protein shake, dan leg day yang brutal.

Tapi, satu elemen penting dalam rutin kesihatan yang selalu terlepas pandang ialah fleksibiliti.

Bila badan fleksibel, bukan je kita dapat gerak dengan lebih selesa dan efisien, tapi kita juga boleh elak kecederaan, tingkatkan postur, dan tambah power dalam pergerakan harian mahupun senaman.

Di bawah ni 5 senaman fleksibiliti paling praktikal, realistik dan sesuai untuk lelaki moden. Tak payah jadi ahli yoga pun takpe, yang penting kau mula dari sekarang.

Lunge Hip Flexor Stretch

Foto : South Melbourne Physio

Ramai lelaki tak sedar yang banyak masalah postur dan sakit belakang sebenarnya berpunca daripada pinggul yang tegang.

Gaya hidup kita sekarang banyak duduk depan komputer, dalam kereta, lepak tengok phone semua tu buat otot hip flexor jadi pendek dan ketat.

Akibatnya, badan kita condong ke depan, punggung tak aktif, dan lama-lama sakit belakang pun datang menyerang.

Senaman Lunge Hip Flexor Stretch ni sangat sesuai untuk longgarkan kawasan tu.

Seated Forward Fold

Foto : Shvasa

Otot hamstring lelaki biasanya memang tegang lebih-lebih lagi kalau kau jenis kaki gym tapi skip stretching.

Otot ni penting sebab ia sambung dari peha ke belakang lutut, dan sangat terlibat dalam pergerakan macam lari, squat, naik tangga atau main bola.

Dalam senaman Seated Forward Fold, kau hanya perlu duduk atas lantai, luruskan kaki ke depan dan reach ke arah jari kaki.

Stretch ni simple tapi sangat efektif, dan antara senaman yang boleh buat kau rasa lebih ringan bila bangun pagi.

Downward Dog

Foto : Shutterstock

Walaupun asalnya dari yoga, pose Downward Dog ni memang wajib lelaki masukkan dalam rutin.

Ia bukan tentang jadi lentik atau lembut, tapi tentang fungsi seluruh badan bergerak seimbang.

Pose ni tarik dan panjangkan otot dari hujung kepala sampai tumit termasuk bahu, hamstring, betis, pergelangan tangan dan juga tulang belakang.

Bagi yang aktif bersukan atau kerja berat fizikal, Downward Dog boleh bantu kurangkan tekanan dan ketegangan selepas seharian bekerja.

Buat stretch ni waktu pagi pun boleh sesuai untuk ‘reboot’ badan sebelum start hari.

Supine Twist

Foto : The Related Rentals Blog

Satu lagi kawasan kritikal untuk lelaki ialah lower back.

Ramai yang rasa tegang atau sakit kat situ, tapi tak tahu puncanya.

Kalau kau angkat berat, duduk lama, atau banyak berdiri, otot belakang bawah tu akan cepat rasa keras. Stretch yang paling sesuai? Supine Twist.

Stretch ni bukan je bantu longgarkan tulang belakang, tapi juga kurangkan stres dan bantu pernafasan jadi lebih tenang.

Rasa release dia memang deep. Buat sebelum tidur untuk bantu tidur lebih nyenyak atau selepas senaman berat.

Standing Shoulder Stretch

Foto : Kynetic Health

Kalau kau perasan, lelaki moden ramai yang jalan tunduk, bahu masuk ke depan.

Ini bukan sebab tak confident je, tapi sebab bahu dan dada terlalu tegang. Biasa berlaku bila kita banyak duduk, angkat berat tanpa stretching, atau main phone 24/7.

Stretch bahu ni penting untuk betulkan postur, buka dada, dan tambah range of motion bila angkat beban.

Cara buat senaman ni senang kau hanya perlu angkat tangan kanan across dada, dan guna tangan kiri untuk tarik sikit ke arah badan.

BACA LAGI : Snek Sihat atau Pilihan Berisiko? Ini Kebenaran Penting Tentang Protein Bar

Fleksibiliti bukan tanda kelembutan, tapi lambang kepintaran fizikal.

Bila badan fleksibel, kau bukan je boleh perform lebih baik, tapi juga rasa lebih ringan, tidur lebih lena, dan kurang risiko cedera.

Nak maintain badan power sampai usia 40-50 tahun ke atas? Kena mula jaga mobiliti dari sekarang.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Darwisy Farain