Meninggalkan solat Jumaat hukumnya adalah haram dan berdosa besar namun sejak akhir zaman ini, ramai lelaki beragama Islam bersikap acuh tak acuh dengan peringatan itu.

Mengapa ini harus terjadi? Bukankah anda lantang di media sosial? Mahukan kebaikan, peluang dan masa depan yang cerah dari sudut duniawi yang sementara.

Mengapa apabila berbicara soal harus mengerjakan tuntutan agama, masing-masing menyepi dan sanggup melarikan diri sejauh 3 meter lalu menghidupkan api rokok?

Firman Allah : “Wahai orang-orang beriman apabila diseru untuk solat jumaat maka pergilah untuk mengingati Allah (solat Jumaat) dan tinggalkanlah jual beli.” (Surah Al Jum’ah, Ayat 9)

Sabda Nabi Muhamad SAW, selawat dan salam ke atas baginda selama-lamanya, selama kekalnya kerajaan Allah taala :

“Kita adalah umat yang terakhir (dibangkitkan di dunia) yang paling awal (dibangkitkan di akhirat). Kecuali mereka diberikan kitab dahulu dan kita diberikan kemudian. Dan hari (Jumaat) ini yang Allah SWT wajibkan ke atas mereka, kemudian mereka berselisih pendapat pada hari tersebut. Maka kita diberi hidayat untuk melakukan solat pada hari Jumaat. Lalu manusia mengikut kita; Yahudi esoknya (Sabtu) dan Nasrani lusa (Ahad).

(Riwayat An Nasaie)

Kesan dalam hidup :

Dari sudut agama, orang yang meninggalkan perintah Allah SWT dengan sengaja termasuk dalam kategori munafik dan dalam kehidupan hariannya, hati menjadi gelap, rezeki sukar masuk dan sering berdepan dengan jalan buntu (yang sebenarnya adalah peringatan) namun kita tetap salahkan takdir.

Syarat sah solat Jumaat

Sekadar untuk refresh kembali ingatan dan pengetahuan kita yang sudah lama meninggalkan alam persekolahan dan tidak lagi belajar hal ehwal agama secara formal menerusi sistem pendidikan, berikut adalah syarat sah untuk solat Jumaat :

1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
4. Didahului dengan dua khutbah.

Syarat wajib solat Jumaat

Seperti yang dinyatakan pada awal entri, solat Jumaat adalah wajib dan haram ditinggalkan serta boleh dijatuhkan hukum berdosa besar. Lebih-lebih lagi jika anda ini sememangnya :

1. Islam – tidak wajib bagi orang kafir.
2. Baligh – tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
3. Berakal – tidak wajib bagi orang yang gila.
4. Merdeka – tidak wajib ke atas hamba abdi.
5. Lelaki – tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
6. Sihat – tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
7. Bermastautin atau bermukim – tidak wajib bagi orang yang musafir.

Jadi, apa lagi alassan kita untuk meninggalkan solat Jumaat bagi kaum Adam yang beragama Islam? Mari kita tunaikan solat.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI