Tak Perlu Berlapar, Ini Antara Makanan Yang Boleh Dimakan Selepas Bersenam

Share

“Hidup bukan untuk makan, tetapi makan itu perlu untuk hidup”.

Itulah yang sering kita dengar dan dinasihatkan. Namun tahukah anda, jika anda mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam, anda memerlukan tenaga yang lebih untuk kembalikan semula tenaga yang telah digunakan.

Tetapi ini tidak bermaksud anda boleh makan apa sahaja yang anda mahukan ya! Di sini ada beberapa makanan yang anda boleh ambil setelah seharian berada di gym atau melakukan aktiviti senaman.

1. Quinoa

Pengambilan nasi boleh digantikan dengan Quinoa. Ia mempunyai sumber protein yang tinggi serta dua kali ganda jika dibandingkan dengan bijirin lain.

2. Air

Jika anda sekadar ingin ‘alas perut’, apa kata anda ambil air sekurang-kurangnya 2 ke 3 gelas air putih untuk kekal bertenaga dan hidrasi.

3. Salmon Grill

Jika anda penggemar ikan, anda boleh mengamalkan makan salmon grill tanpa menggunakan apa-apa minyak. Ini kerana salmon kaya dengan omega 3 dan sumber protein lengkap.

4. Kekacang

Kekacang atau kacang soya boleh membantu anda memulihkan otot. Dengan mengambil segenggam snek, sudah boleh membuatkan anda berasa kenyang.

5. Pisang

Pisang sangat popular di kalangan orang diet kerana ia tinggi dengan karbohidrat baik yang diperlukan selepas bersenam.  Malah ia juga boleh mengembalikan kandungan glikogen di dalam badan.

6. Oren atau Jus Oren

Jus oren atau buah oren sangat sesuai untuk diambil selepas bersenam. Ini kerana ia mengandungi lebih banyak potassium jika dibandingkan dengan air isotonik.

IKLAN