Masalah ketiak basah dan berbau pasti menjadi mimpi ngeri jika ia berlaku kepada anda di hadapan orang ramai. Malah, orang yang duduk di sebelah anda juga akan rasa terseksa menghidu bau ketiak anda yang busuk itu.

Sebagai seorang lelaki jangan sesekali anda mengenepikan masalah ketiak basah dan berbau kerana bau yang menyenangkan akan membuatkan anda tampil lebih yakin dan bergaya.

Sebenarnya peluh itu sendiri tidak mengeluarkan bau. Bakteria yang hidup di permukaan kulit di bahagian ketiak itu yang bertindak balas dengan peluh sehingga menghasilkan bau badan.

Bakteria bertindak balas bersama peluh sebagai bahan makanan bagi bakteria untuk menghasilkan asid yang menghasilkan bau yang berlainan.

Terdapat dua jenis asid:
1. Asid Propionic – mengeluarkan bau seakan-akan cuka
2. Asid Isovaleric – mengeluarkan bau seakan-akan keju.

IKLAN

Tindak balas peluh dari kelenjar Apocrine selalunya banyak terdapat di bahagian ketiak dan bakteria inilah yang akan menghasilkan bau busuk ini.

Sekiranya anda mengalami masalah ketiak basah dan berbau, ini ada tip mudah yang boleh anda amalkan untuk mengawal pengeluaran peluh secara berlebihan.

Atasi Masalah Ketiak ‘Banjir’ & Melekit Tanpa Produk Guna 7 Cara Mudah Ini!

IKLAN

1. Baking Soda

Selain untuk membuat kuih atau kek, ketiak basah juga boleh diatasi dengan baking soda. Ambil baking soda dan oleskan dengan sedikit air, lalu aplikasikan campuran ini pada ketiak anda selama 30 minit. Setelah itu, bilas dengan air bersih. Baking soda akan membantu mengurangkan pengeluaran peluh di bahagian ketiak secara berlebihan, selain sifatnya yang beralkali mampu menuetralkan sifat asid pada ketiak.

2. Lemon

Selain menghilangkan bau busuk, lemon juga dapat mencerahkan kulit di bahagian ketiak. Malah jusnya juga dipercayai dapat mengurangi kelembapan di bahagian ketiak yang disebabkan oleh peluh. Caranya juga mudah, oleskan hirisan lemon pada ketiak selama 30 minit sebelum anda mandi. Namun sekiranya bahagian ketiak anda luka atau anda miliki kulit sensitif, elak oleskannya dengan lemon kerana ia akan memedihkan lagi ketiak anda.

3. Teh hijau

Teh hijau membantu meningkatkan metabolisme tubuh, selain menghakis lemak dari usus. Malah khasiat antioksidan dan nutrisi yang ada dalam teh hijau juga dapat membantu mengendalikan pengeluaran peluh secara berlebihan. Untuk mengatasi masalah ketiak basah dan berbau, amalkan minum dua hingga tiga cawan teh hijau sehari.

IKLAN

4. Timun

Timun pun tak kurang hebatnya dalam mengatasi ketiak basah dan berbau. Potong nipis timun dan oleskan di bahagian ketiak anda. Getah yang terdapat pada timun inilah yang dikatakan membantu mengatasi ketiak basah secara semula jadi.

5. Minum banyak air putih

Jangan pandang sebelah mata kerana minum air putih dalam jumlah yang cukup dapat mencegah ketiak basah dan berbau. Ini kerana tubuh memperoleh cairan dalam jumlah yang optimal, jadi suhu tubuh akan menurun dan menjadi lebih sejuk. Tentunya ini akan membantu kelenjar peluh menghasilkan peluh dalam jumlah yang normal dan tidak terlalu banyak.

6. Cuka putih + cuka epal

Dua sudu teh cuka putih dan satu sudu teh cuka epal akan membantu menstabilkan kelenjar peluh. Ambil campuran ini tiga kali sehari pada waktu perut kosong sebelum anda sarapan dan setengah jam sebelum atau sesudah makan.  Jika anda tidak tahan dengan rasanya yang tajam, anda boleh mencampurkannya dengan setengah gelas air terlebih dahulu.

7. Jus tomato

Buah tomato memang kaya dengan vitamin dan antioksidan, selain membantu menstabilkan proses rembesan kelenjar peluh. Minum satu hingga dua gelas sehari jus tomato asli tanpa gula untuk mencegah peluh berlebihan pada bahagian ketiak anda.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI