Siapa sahaja yang tidak membenci keganasan? Tak kiralah tua atau muda malah apa sekali pun latar belakang mereka, kekejaman adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Jika ada yang berdiri menyokong keganasan dan sengaja menambah bara api terhadap peristiwa yang tidak molek, pastinya akan ada pihak yang tampil menyedarkannya.

Eggboy jadi pujaan

Tak Sampai Seminggu, Terus Ada Mural ‘Eggboy’ Di Sebuah Jalan Dalam Australia!

Misalnya apabila Senator Australia, Fraser Anning mengeluarkan kenyataan yang berbaur kutukan yang jelek, tampil seorang remaja yang berani cuba menyedarkan beliau.

Caranya, remaja 17 tahun tersebut memecahkan sebiji telur tepat di kepala Anning sebagai tanda tidak berpuas hati dan ia dirakam secara ‘live’.

IKLAN

Meskipun telah ditahan dan kini sudah dibebaskan dengan jaminan, nama Will Connolly yang diberikan gelaran Eggboy terus melonjak di seluruh dunia.

Pujian datang dari pelbagai arah

Selain namanya melonjak, pengikutnya di Instagram juga naik secara mendadak dalam masa yang cukup singkat dan rata-rata masih tidak putus-putus mengucapkan tahniah.

IKLAN

Pasti perkara ini merupakan kejutan terbesar buat Connolly namun keberaniannya sememangnya tidak dapat disangkal-sangkal lagi.

Wujud mural aksinya di Australia

IKLAN

Dalam masa sama, terdapat pelukis grafiti yang tidak diketahui telah melukis sebuah mural tentang insiden tersebut di sebuah dinding dalam negara Australia.

Lukisan dinding tersebut dianggap sebagai tanda penghormatan dan terima kasih kerana menunjukkan kepada dunia bahawa sesiapa yang suka mencetus kontroversi pasti akan dibenci rakyat.

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI