
Dalam industri hiburan yang selalunya hanya pandang bakat dan rupa, pelakon legenda Datuk Aaron Aziz ambil jalan berbeza.
Semalam, beliau mengumumkan satu uji bakat terbuka khas untuk golongan yang selalunya dipinggirkan bekas banduan dan pelajar Sekolah Henry Gurney.
Langkah berani ini bukan sahaja mengubah persepsi masyarakat, malah membuka pintu harapan buat mereka yang pernah buat silap, tetapi kini mahu bangkit semula.
@therealaaronaziz Masanya sudah tiba. Inilah peluang anda utk buktikan pada diri anda sendiri yg anda BOLEH!!!! #henrygurney #Penjara #Banduan #bukansenangnakjadisenang #aaronaziz #AaronAzizProductions ♬ original sound – aaron aziz
Mesej yang disampaikan oleh Aaron dalam video pendek di TikTok sangat tegas dan jujur tiada siapa patut dilabel tak berguna hanya sebab masa silam mereka gelap.
Apa yang penting, katanya, ialah keberanian untuk berubah dan mencari jalan baru dalam hidup.
Uji bakat ini bukan semata-mata cari pelakon, tapi sebagai platform pemulihan harga diri dan peluang kedua.
Melalui produksi beliau sendiri, Aaron Aziz Production, uji bakat ini dibuka kepada semua kaum dan latar belakang.
Syaratnya mudah lelaki berusia antara 16 hingga 50 tahun, hanya perlu hadir dengan sekeping gambar passport.
Tak perlu pengalaman, tak perlu CV bintang lima. Yang penting keikhlasan nak berubah dan semangat nak mencuba.
Ramai yang hanya nampak kejayaan seseorang tanpa tahu apa yang mereka lalui.
Aaron faham ada yang tersalah langkah sebab tekanan hidup, kurang bimbingan atau silap pergaulan. Tapi itu tak bermakna mereka tiada masa depan.
Dengan projek ini, beliau nak tunjukkan pada dunia bakat tak kenal latar belakang. Yang penting, usaha dan perubahan.
Apa yang unik dengan projek Aaron ni ia bukan semata-mata untuk drama atau filem.
Tapi ia refleksi realiti cerita tentang mereka yang pernah gelap, kini sedang cari cahaya.
Dan siapa lebih layak bawakan watak itu kalau bukan mereka yang pernah laluinya sendiri?
Tindakan Aaron ini buktikan yang beliau bukan hanya pelakon popular, tapi seorang figura masyarakat yang ada pengaruh dan empati. Dalam dunia yang makin keras, masih ada tokoh seperti beliau yang sanggup hulur tangan pada mereka yang hampir tenggelam.
BACA LAGI : Turun 20kg Dalam 2 Bulan, Zul Ariffin Kongsi Cabaran Demi Badan Fit & Sado
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.