Membawa dompet yang tebal dan berat sudah tidak praktikal lagi pada zaman ini. Ditambah pula teknologi semakin canggih setiap hari, pelbagai aplikasi telah diwujudkan bagi memudahkan urusan kita seperti e-wallet Boost.

Bagi Maskulin, aplikasai ini menjadi satu penyelesaian kepada orang ramai untuk tidak membawa wang tunai ketika keluar rumah dan menariknya, tawaran ‘gila-gila’ seperti cashback dan ganjaran hebat setiap kali anda menggunakan e-wallet membuatkan orang ramai teruja menggunakan teknologi ini.

Mungkin anda sedia maklum yang dompet digital Boost yang popular ketika ini boleh digunakan sebagai pengganti wang tunai atau debit kad ketika anda membayar namun ini merupakan 7 perkara lain yang boleh anda buat dengan e-wallet Boost — supaya anda tidak perlu menggunakan banyak aplikasi. Senang cerita, kini segalanya dalam satu.

1. Beli Kredit Permainan Maya (Steam, Garena, PlayStation)

Kepada anda kaki game di luar sana, Boost menawarkan cara mudah untuk dapatkan kredit kepada akaun Steam, PlayStation, Garena dan banyak lagi. Hanya pilih jumlah kredit yang anda mahukan dan bayar melalui Boost.

Jangan lupa kini aplikasi Boost ada tawarkan diskaun 15% untuk semua kredit permainan maya yang anda beli melalui e-wallet Boost. Game on!

2. Beli Tiket Wayang Tanpa Beratur Panjang

Malulah dengan teman wanita jika perlu beratur panjang untuk menonton filem kegemaran si dia. Dengan aplikasi Boost, dengan hanya beberapa langkah mudah anda boleh beli tiket wayang dengan harga menarik dan nikmati cashback segera melalui Shake reward.

Selain luangkan masa dengan teman wanita, inilah masa terbaik untuk habiskan masa bersama ahli keluarga untuk menonton filem terkini di pawagam seperti Aquaman, Bumblebee, Holmies, filem animasi Spider-Man mahupun filem animasi terbaru Dragon Ball Z.

3. Beli Tiket Bas, Kereta Api Tanpa Pergi Ke Kaunter

IKLAN

Ucapkan selamat tinggal kepada barisan beratur di kaunter kerana sekarang anda boleh beli tiket kereta api ke KLIA/KLIA2 dan tiket bas melalui aplikasi Boost. Hanya pilih destinasi anda dan anda akan terima tiket dengan segera. Siap ada diskaun khas 15% ketika ini untuk tren ke KLIA/KLIA2.

Jika anda merancang untuk bercuti ketika musim perayaan ini, tambang KLIA Ekspress kini hanya RM46.75 (normal RM55) untuk satu hala atau pergi balik RM85 (normal RM100).

Bas ke KLIA dan KLIA2 lebih murah jika menempah dengan Catch That Bus melalui aplikasi Boost di mana anda hanya perlu bayar RM2 sehala dan potongan harga 15% ke mana-mana destinasi.

Bercakap tentang tiket bas, Catch That Bus dan Boost kini sudah pun memulakan jualan untuk tiket pulang ke kampung bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina 2019.

4. Buat Amal Kebajikan Dengan Menderma

Mahu buat amal kebajikan? Itulah yang terbaik dan aplikasi Boost ini memudahkan anda untuk menderma kepada badan-badan kebajikan seluruh Malaysia dengan hanya beberapa langkah. Setiap sen yang anda dermakan mampu mengubah hidup seseorang.

Dalam aplikasi Boost sendiri ada 17 organisasi kebajikan yang boleh anda pilih untuk menderma seperti Make-A-Wish Malaysia, Malaysian Association for the Blind, Persatuan Kebajikan Kasih Masyarakat, Tabung Bersamamu dan Majlis Paralimpik Malaysia.

IKLAN

Baru-baru ini, Boost telah membuka satu tabung dipanggil Indonesia Tsunami Relief Fund di mana pengguna boleh menderma untuk usaha bantuan kemanusiaan untuk mangsa tsunami di Selat Sunda yang mengorbankan ratusan nyawa dan menjejaskan ribuan yang lain.

Untuk membantu, anda hanya perlu masuk aplikasi Boost, pergi ke bahagian Donation, pilih badan amal dan masukkan jumlah yang ingin anda derma — mudah sahaja untuk #DoGoodwithBoost.

5. Bayar Parking

Berapa kerap anda mahu bayar parking tetapi mesin rosak? Boleh kacau mood jadinya. Kini Boost memudahkan anda untuk membayar yuran letak kenderaan di sekitar Kuala Lumpur dan Kota Bahru. Bandar lain pasti akan menyusul kelak. Senang tak perlu duit kecil atau gores kad.

Apa lagi, buat waktu sekarang, bayar parking dengan aplikasi Boost dan anda akan dapat 50% shake rewards, memang berbaloi!

6. Tawaran Membeli-Belah & Baucer Eksklusif

IKLAN

Kami tahu anda suka bahagian ini kerana semua orang pun suka membeli-belah. Bukan hanya senang untuk bayar dengan aplikasi e-wallet Boost tetapi anda juga boleh dapatkan tawaran membeli-belah dan baucer eksklusif. Paling kami suka adalah baucer untuk makan dan minum di pelbagai restoran kegemaran kami. Senang nak belanja orang tersayang makan di luar.

Jangan tak tahu yang aplikasi Boost juga boleh digunakan untuk membayar ketika anda membeli-belah secara online dan ia memudahkan anda tanpa perlu menyelongkar dompet untuk mencari kad debit atau kredit.

Contohnya jika anda berbelanja menggunakan FavePay, anda tidak perlu lagi bersusah payah memasukkan nombor kad debit atau kredit malah boleh terima cashback dua kali ganda jika buat bayaran dengan aplikasi Boost.

7. Bayar Bil & Terima 100% Cashback!

Jangan buat cara lama bayar bil keperluan rumah anda dengan beratur di pejabat pos atau bayar secara online, hanya gunakan aplikasi e-wallet Boost untuk memudahkan kerja anda.

Buat masa sekarang, jika anda gunakan Boost untuk bayar bil air, elektrik atau pun internet rumah, anda berpeluang menerima sehingga 100% cashback — mana nak cari perkhidmatan bayar bil yang pulangkan semula wang anda?

8.  Bayar makan dan minum di pelbagai restoren

Aplikasi e-wallet Boost kini merupakan antara e-wallet paling banyak digunakan oleh pengguna di Malaysia dan mestilah anda mahu turut serta dalam revolusi pembayaran secara atas talian ini.

Sekarang anda sudah tahu yang banyak perkara boleh dilakukan melalui aplikasi e-wallet Boost untuk memudahkan kehidupan seharian anda, muat turun Boost di Apple App Store atau Google Play Store sekarang, jangan tunggu lagi kerana Shake reward sentiasa menanti anda!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI