
Pertamanya, jumlah pengikut Kylie Jenner di Instagram adalah 174 juta dan terdapat sekeping gambar anaknya yang dimuat naik Kylie, gambar tersebut pernah direkod menerima 18,214,009 likes dan bilangan ini dikatakan antara yang terbanyak.
Namun begitu, sekeping gambar telur misteri yang dikongsi oleh sebuah laman Instagram @world_record_egg yang sekadar memiliki 5 juta pengikut telah mencuri populariti tersebut dengan jumlah sebanyak 37,493,805 likes beserta komen mencecah ratusan ribu.
Trend ini adalah sesuatu yang sangat aneh namun itulah yang terjadi di alam media sosial. Entah apa tarikan pada telur ini yang membuatkan netizen berlumba-lumba untuk sumbangkan likes. Apa komen anda?
Adakah kerana telur memiliki protein dan mampu memberi tenaga kepada manusia untuk mencapai tahap kesihatannya yang tersendiri?
Lelaki Ini Kongsi 10 Rahsia Senaman Berbasikal Berjaya Buat Dia Dapat Berat Ideal!

Ramai yang suka buat senaman berbasikal. Tak kira sama ada untuk mengeluarkan peluh ataupun untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan berat badan ideal.
Memang tak dinafikan senaman berbasikal ini banyak manfaatnya. Jazli Hassan ini berkongsi manfaat senaman berbasikal untuk mereka yang ingin turunkan berat.
Berkat menjadi pemakanan dan melakukan senaman berbasikal, berat badan super size yang dimilikinya turun kepada berat badan ideal.
Nak tahu teknik yang diamalkannya? Jom ikuti perkongsiannya.
Antara LARI dan BERBASIKAL mana lebih baik?
Dengan ikhlas dan hati terbuka hati mudahan info ini berguna base on pengalaman. Untuk mereka yang ingin turunkan berat badan khas buat super obesiti 100kg ke atas. Antara LARI dan BERBASIKAL mana lebih baik? Baca dan hadamkan, tak baca bukan saya yang rugi.
1. Berlari dan berbasikal saya katakan lebih baik anda berbasikal.
Jangan menyeksakan lutut anda. Dalam lutut ada ligament yang bertangungjawab melindungi kepala lutut. Bila kita berlari impak sangat-sangat kuat, lagi orang gemuk. Kalau berbasikal beban bukan pada lutut tapi kekuatan betis dan paha. Saya dah lalui, bukan cerita nak dapat banyak like.
2) Bila anda gemuk lebih baik berbasikal dari berlari sebab berbasikal akan lindungi tapak kaki dari kecederaan.
Kalau berlari impak dia lagi tinggi, lagi-lagi kalau tiada knowledge cari membeli kasut lari. Main beli je tanpa melihat structure kaki, lari macam mana, gaya larian. Boleh menyebabkan risiko slip disc, ACL, bileteral knee off dan sakit tumit terlalu tinggi.
3) Berlari dan berbasikal yang paling banyak membakar lemak adalah berbasikal kalau level 100kg ke atas sebab kita boleh konsisten jenis latihan lebih lama.
Bergantung pada fitness seseorang. Cuba kalau berlari tak sampai 5 minit first lutut akan terasa sakit, tumit, pergelangan kaki dan macam-macam lagi. Last-last give up. Berbasikal just kayuh, berat boleh tukar gear, nak burn more boleh tukar cara kayuhan sambil lindungi aset-aset kaki kita.
4) Nak mudah faham berbasikal dengan berlari mana satu yang baik untuk orang big size.
Kita ada guni 25kg, satu kita angkat dan pikul tengok sejauh mana kita mampu bawa. Pastu satu lagi kita angkat guni tue berat 25kg juga, tolak dengan troli. Dua-dua memenatkan tapi kita bandingkan dari segi jarak kita mampu bawa guni tue dan kesakitan badan kita mana, lagi satu pilihan hati. Kalau saya, pilih pakai troli.
5) Berbasikal sebenarnya dapat memberikan impak besar lagi proses penurunan berat berbanding kita berlari.
Ini kerana berbasikal lebih banyak otot-otot berfungsi tapi selamat untuk mereka yang berisiko tinggi. Nak berlari boleh tunggu berat kita ringan sikit.
6) Bila kita berbasikal kita lebih tenang penat pun mampu berborak tapi bila kita berlari dah penat tak mampu berkata-kata sbb fokus kita lebih tinggi.
Untuk orang size super nie jangan teruskan dengan berlari sebab daya fokus anda tak tinggi. Inilah punca-punca utama lari sehari tue je la 5km, pastu hangat-hangat tahi ayam sebab salah percaturan. Buat apa ikut orang kalau ilmu tak cukup di dada.
7) Satu lagi ramai confuse berlari dengan berjalan.
Ramai kondem saya, katanya saya tak support mereka event lari, tak berikan semangat untuk mereka uji diri mampukah habis 10km. Baca baik-baik sini. Ada apa dengan medal finisher kalau seksakan badan? Kita turunkan berat ke tahap sepatutnya kita mampu. Berlari kita aim target time, buat apa masuk event lari kalau banyak berjalan daripada berlari. Balik tuam ais sana sini tue baru fun run. Apa yang awak buat saya dah lalui. Ibarat nak mendaki Everest kena cukup ilmu di dada dan cukup semuanya. Berbasikal lain, bila funride kita enjoy. Distance pun banyak jalan pelbagai berbukit dan sure kita nak kayuh lagi. Yang penting konsisten.
8) Banyak dan kesian saya tengok buat mereka berbadan besar nie, berlari kadang-kadang dekat Tasik Shah Alam.
Cara penafasan salah, kasut salah, gaya larian salah. Yang paling kesian, bila dia tak mampu berlari give up. Mulalah lari tak sampai 5km pun, air macam minum coca cola la, 100 plus la, sia-sia je lari. Bukan lari, jalan lagi banyak. Kalau berbasikal sure dalam botol air tue air sejuk. Penat angkat botol minum pastu kayuh balik. Pendek kata, berbasikal ini melatih mental kita.
9) Dengan berbasikal, pelaburan anda ke tahap kesihatan untuk jangka panjang berbaloi lagi mereka yang bersaiz besar ke saiz kecil.
Dan berbasikal adalah platform untuk anda sampai ke tahap seorang pelari. Doktor pun tak galakkan yang big size berlari impak tinggi. Memang tak nampak hari nie. Tunggu lagi beberapa tahun. Masalah sendi pasti!
10) Berbasikal, kita lebih mengeratkan silaturahim sambil bersenam kita boleh mengayuh bersama keluarga.
Dan ini merupakan suntikan moral anda untuk menurunkan berat badan dan mendidik keluarga kita gaya hidup sihat.
Apa saya tulis adalah berdasarkan pengalaman saya menurunkan berat dari 183kg hingga 73kg. Hari ini saya mampu berlari dan berbasikal dalam masa sama. Terima kasih kerana membaca. Mudah-mudahan perkongsian kecil ini memberikan kebaikan buat komuniti.
7 Makanan Terbaik Membakar Lemak

Kandungan lemak yang berlebihan di dalam tubuh nyata menjadi punca utama kepada masalah kegemukkan. Selain daripada rutin senaman dan kardio yang diamalkan untuk membakar lemak ia harus seiring dengan rutin diet seimbang dengan penjadualan beberapa jenis makanan yang boleh menyahkan lemak dari dalam tubuh.
1. Oat
Tidak hanya mengenyangkan, oat juga nyata punya khasiat dan kebaikan tersendiri dalam membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh. Kandungan zat yang tinggi di dalam oat juga ternyata cukup efektif dalam rutin diet seharian. Pengambilan oat pada waktu pagi dan malam berkesan untuk membantu rutin diet anda.
2. Telur
Sebiji telur mengandungi 75 kalori dan 7 gram protein serta beberapa nutrisi lain yang terkandung di dalamnya. Tubuh memerlukan lebih banyak kalori untuk mencerna telur jika dibandingan dengan makanan yang lain terutama daripada sumber karbohidrat. Sekiranya anda mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi, sebaiknya hanya mengambil telur putih yang bebas daripada kolestrol. Kandungan protein yang tinggi membantu dalam proses pembentukan otot.
3. Teh hijau
Menstimulasikan tubuh dengan pembakaran lemak dalam kadar yang cepat, teh hijau nyata paling efektif dalam menurunkan berat badan. Teh hijau mengandungi sejumlah katekin iaitu sejenis fitokimia yang nyata cukup efektif dalam merangsang metablisme dan merangsang kadarnya. Minum teh hijau beberapa kali sehari untuk memperlihatkan kesannya terhadap tubuh.
4. Epal
Diperkayakan sebagai sumber antioksida, ia juga mempunyai pectin yang berfungsi mengurangkan lemak dalam sel badan. Kandungan buah epal yang sarat dengan air nyata memberi impak kekenyangan yang lebih lama. Makan buah epal dengan mengunyah kerana aktiviti mengunyah akan meningkatkan kadar pembakaran kalori berbanding dengan meminum jus epal. Kandungan serat yang tinggi mampu untuk mempermudahkan percernaan selain mengelakkan masalah sembelit.
5. Cili
Mengandungi Capsaicin yang nyata membantu membakar kalori dalam tubuh dengan kadar yang cepat. Pengambilan cili di dalam makanan mampu mempertingkatkan kadar metabolisme dalam jagka masa yang singkat.
6. Coklat hitam
Flavonoid merupakan kandungan yang terdapat di dalam coklat hitam ternyata mampu mengurangkan kandungan kolesterol dalam tubuh selain dapat membakar lemak degil. Kandungan kafein dan antioksidan yang turut terdapat di dalam coklat hitam ternyata berperanan utama di dalam proses pembakaran lemak di dalam tubuh. Ia juga mampu untuk memberikan rasa kekenyangan jika diambil sebelum waktu makan.
7. Almond
Selain rasanya yang lazat, menikmati segengam kacang almond juga mampu untuk membakar lemak sebanyak 18% berbanding mereka yang mengurangkan kuantiti makanan dalam menu harian. Antara kacang lain yang turut menyumbang kepada penurunan berat badan adalah kacang Brazil, buah berangan, hazelnut, walnut serta kacang tanah.
Zul Ariffin & Remy Ishak Berentap Sakan Dalam Filem MMA Pertama Malaysia, ‘Sangkar’!

Populariti sukan seni mempertahankan diri Mix Martial Arts (MMA) kini bukan lagi satu perkara asing dalam dunia lelaki.
Nama-nama seperti Connor McGregor, Khabib Nurmagomedov, Jose Aldo dan ramai lagi telah membantu menaikkan populariti dengan setiap pertarungan mereka mencatat kutipan tiket box-office dan tayangan secara langsung yang ditonton puluhan juta peminat di seluruh dunia.
Begitu juga di negara kita. Tahun demi tahun populariti MMA cukup dirasai dengan semakin ramai pertarung muda melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan yang turut mendapat liputan meluas daripada mdia tempatan.
Melihatkan perkembangan itu ia seakan cukup kena dengan masanya apabila filem bertajuk ‘Sangkar’ diperkenalkan untuk tontonan di pawagam tempatan.
‘Sangkar’ yang diterajui dua pelakon kacak popular tempatan Remy Ishak dan Zul Ariffin telah pun memperkenalkan trailer rasminya pada dua hari lalu. Sebuah majlis perasmian filem ini turut dilangsungkan dan ia juga memperkenalkan poster rasmi ‘Sangkar’.
BACA: Kerana Sukan MMA, Khabib Nurmagomedov Miliki 6 Kereta Mewah!
Menariknya, ‘Sangkar’ merupakan sebuah filem yang terhasil daripada kerjasama mega empat penerbnit iaitu Astro Shaw, Primeworks Studios, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment.
Selain Zul dan Remy, filem arahan Kabir Bhatia ini turut menampilkan barisan pelakon hebat lain tanah air seperti Mira Filzah, Adam Mika, Ray, Fadlan Hazim, Aman Graseka, Carliff Carleel, Andy Teh dan Rashid Salleh yang juga merupakan Presiden Persatuan MMA Malaysia (MASMMAA).
Lebih hebat lagi, ‘Sanglar’ juga bakal menyaksikan kemunculan beberapa atlet MMA sebenar seperti bekas petarung UFC James ‘Sledgehammer’ Mcsweeney, serta atlet tempatan dari ONE Championship iaitu Saiful Merican, Peter Davis dan Jihin Radzuan.
Runut bunyi rasmi lagu tema yang mengiringi filem ini berjudul ‘Fighter’ dan dinyanyikan oleh rapper popular, Aman RA.
Nantikan filem Sangkar yang akan menemui para penonton melalui pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei mulai 29 Ogos 2019.
Adakah filem MMA pertama ini akan mendapat sambutan box-offcie di negara kita? MASKULIN berharap ‘Sangkar’ membawa jalan cerita yang best. Tweringat dulu filem Hollywod berjudul ‘Warrior’ (2011) yang menjadi antara filem kegemaran penulis hingga ke hari ini.