Tak Sangka Gambar Kylie Jenner Tewas Kepada Telur, Ini Angka Likes Terbaharunya

Share

Pertamanya, jumlah pengikut Kylie Jenner di Instagram adalah 174 juta dan terdapat sekeping gambar anaknya yang dimuat naik Kylie, gambar tersebut pernah direkod menerima 18,214,009 likes dan bilangan ini dikatakan antara yang terbanyak.

Namun begitu, sekeping gambar telur misteri yang dikongsi oleh sebuah laman Instagram @world_record_egg yang sekadar memiliki 5 juta pengikut telah mencuri populariti tersebut dengan jumlah sebanyak 37,493,805 likes beserta komen mencecah ratusan ribu.

Trend ini adalah sesuatu yang sangat aneh namun itulah yang terjadi di alam media sosial. Entah apa tarikan pada telur ini yang membuatkan netizen berlumba-lumba untuk sumbangkan likes. Apa komen anda?

Adakah kerana telur memiliki protein dan mampu memberi tenaga kepada manusia untuk mencapai tahap kesihatannya yang tersendiri?

 

IKLAN