Kisah lelaki bernama Sam Altman atau nama sebenarnya Samuel Harris Altman ini sangat memberi inspirasi.

Untuk info, beliau adalah pengasas ChatGPT dan GPT-4 adalah dua produk OpenAI yang tengah hangat dalam gelombang besar dunia teknologi kini. Malah, boleh dikatakan jejak ‘DNA’-nya ada di kebanyakan syarikat pemula (start-up) terkemuka dunia.

Pelajar Universiti ‘Dropped Out’, Ini Kisah Sebalik Kejayaan Pengasas ChatGPT 

Antara syarikat portfolionya termasuk Airbnb, Stripe, Reddit, Asana, Pinterest, Teespring, Shoptiques, Instacart, Optimizely, Verbling, Soylent dan Retro Biosciences.

Latar Belakang Sam Altman

Sam bersekolah di Sekolah John Burroughs, St. Louis. Kemudian menyambung pengajian dalam jurusan sains komputer di Universiti Stanford. Bagaimanapun, dia tidak menamatkan pengajian dan berhenti pada tahun 2005. Kemudiannya dia mula membina perniagaan sendiri dengan menubuhkan beberapa syarikat teknologi.

Perjalanan karier Sam Altman

Pelajar Universiti ‘Dropped Out’, Ini Kisah Sebalik Kejayaan Pengasas ChatGPT 
Sam Altman

Memulakan Loopt

Ads

Pada tahun 2005, Sam Altman mengasaskan Loopt. Dan di ketika usia 19 tahun inilah dia dah jadi jutawan di mana “Loopt” – satu aplikasi mobile jaringan sosial media yang dia asaskan diambil alih dengan harga RM199.7 juta (US$43.4 juta)

Mendirikan Hydrazine Capital

Pada 2012, Sam Altman mencuba nasib dengan Hydrazine Capital, firma modal teroka yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat. Firma itu melabur dalam sains, pasaran, data besar, rangkaian pengguna, perisian dan perkakasan.
Presiden Y Combinator (YC)

Sam Altman teruskan kerjayanya pada tahun 2014 sebagai presiden syarikat inkubator untuk banyak start up di dunia. Beliau juga menggantikan pengasas bersama YC Paul Graham . Pada 2016, Sam mengembangkan unit perniagaan YC dengan menubuhkan YC Continuity dan YC Research. Kemudian pada 2019, Sam memilih untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden YC Group.

Mengasaskan OpenAI

Pada tahun 2015 dan masih Presiden Kumpulan YC, Sam Altman terlibat dalam penubuhan OpenAI. Yang juga merupakan sebuah syarikat penyelidikan dan kecerdasan buatan yang boleh melakukan tugasan sebaik manusia.

Ads

Sam Altman akhirnya dipilih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI. Bersama beliau ialah beberapa pegawai tinggi lain, seperti Greg Brockman (CTO), Ilya Sutskever (Pengarah Penyelidikan), Trevor Blackwell, John Schulman, Vicki Cheung, Wojciech Zaremba, Andrej Karpathy, Pamela Vagata, Druk Kingma, dan Elon Musk yang juga memegang jawatan pada 2018 sebagai Pengerusi Bersama dengan Sam.

Derma gabungan untuk OpenAI

Sam Altman dan beberapa yang lain membuat derma gabungan $1 bilion untuk membiayai OpenAI. Pihak ini termasuk Elon Musk, Greg Brockman, Reid Hoffman, Jessica Livingston, Peter Thiel, Perkhidmatan Web Amazon (AWS), Infosys, Microsoft dan YC Research.

3. Anugerah yang diraih

Sepanjang kerjayanya, Sam Altman telah menerima beberapa anugerah sebagai usahawan dan pelabur terbaik di dunia.

Ads

Pada tahun 2008, Sam Altman telah dinamakan sebagai salah seorang usahawan muda terbaik dalam teknologi oleh BusinessWeek. Kemudian pada 2015, beliau turut dianugerahkan sebagai pelabur terbaik bawah 30 tahun oleh Forbes. Pada 2017, beliau turut dianugerahkan ijazah kehormat oleh Universiti Waterloo.

Itulah profil dan perjalanan kerjaya Sam Altman, Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI. Beliau juga merupakan pengerusi lembaga untuk Helion dan Oklo, dua syarikat tenaga nuklear.

Lebih menarik, dia juga seperti Bill Gates, Steve Jobs dan Mark Zuckerberg, pelajar universiti dropped out tak habiskan pelajaran di Universiti Stanford. Tanpa degree dan hanya sempat habiskan setahun belajar sahaja!

Bukan kami nak katakan pelajaran itu tidak penting, tapi sebenarnya jika betul-betul rajin dan berusaha, kejayaan pasti akan menyebelahi mereka. InsyaAllah!

Sumber : ( 1 )

Tonton episod penuh di saluran Youtube Maskulin untuk mendengar kisah Bell Ngasri lebih lanjut.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI