Nagivasi Waze sudah meramalkan antara suasana yang menggambarkan hari raya bakal menjelang adalah bilangan kenderaan dijangka bakal menuhi segenap ruang di jalan raya dan juga lebuh raya.

Dan kita pula sebagai pengguna laluan-laluan ini sering mengguna maps untuk mengal pasti suasana semasa untuk mengelakkan kesesakan.

Dapat banyak info

Dalam masa sama, kita juga boleh menerima sebarang info mengenai berlakunya kemalangan atau terdapat mana-mana kawasan rehat yang berdekatan.

Sehubungan itu, mengambil kesempatan peristiwa meriah yang berlaku setiap tahun ini, aplikasi navigasi Waze tampil berkongsi ramalan dan juga tip :

Perjalanan ‘Balik Kampung’

Dengan berakhirnya bulan Ramadan, satu cabaran yang baru membuat kemunculan: perjalanan ‘Balik Kampung’ untuk menyambut Hari Raya.

IKLAN

Berikut ialah beberapa ramalan trafik Waze yang boleh anda jangkakan semasa memandu pulang ke kampung halaman untuk perayaan tahun ini:

Ramalan 1:

Akan Terdapat Lebih Ramai Rakyat Malaysia di Jalan Raya Berdasarkan data Waze dari tahun 2018 dan sempena percutian sekolah musim Raya, Waze meramalkan bahawa akan terdapat peningkatan sebanyak 18% dalam bilangan pengguna aktif jalan raya berbanding apa yang selalu diperhatikan ketika satu minggu biasa.

Ramalan 2:

Rakyat Malaysia akan Meluangkan Lebih banyak Masa di Atas Jalan Secara purata, rakyat Malaysia meluangkan sebanyak 72 minit sehari di jalan raya, tetapi masa tersebut dijangkakan akan meningkat ketika Raya kerana Waze meramalkan peningkatan sebanyak 15%, yang bersamaan dengan 83 minit masa yang diluangkan di jalan raya. Jarak yang diliputi oleh para pengguna jalan juga dijangkakan meningkat sebanyak dua kali ganda dari 56km sehari seperti yang diperhatikan dalam satu minggu biasa.

IKLAN

Ramalan 3:

Rakyat Malaysia, Makanan dan Membeli-Belah Rakyat Malaysia mencatatkan sebanyak 7.2 juta navigasi berkaitan dengan makanan dan 9.7 juta navigasi berkaitan dengan membeli-belah menggunakan Waze secara bulanan, dan nombor itu dijangkakan akan meningkat semasa percutian Hari Raya ini.

Beberapa Tip Waze di Hujung Jari Anda

Semasa musim perayaan, ia tidak masuk akal untuk anda duduk di rumah, tetapi apakah yang boleh anda lakukan apabila terdapat banyak kereta berada di jalan-jalan raya?

1. Biar Waze sentiasa Dipasang Ketika Memandu

Waze mencadangkan para pengguna untuk membiarkan aplikasi tersebut terpasang apabila memandu untuk mendapat data trafik dalam masa sebenar bagi membantu mereka mengagak masa pemanduan mereka dengan lebih tepat.

IKLAN

2. Pilih Laluan-laluan Anda

Waze turut mencadangkan penggunaan Laluan di dalam aplikasi itu yang akan memeriksa laluan mana yang menawar masa ketibaan yang paling cepat. Alternatifnya, para pengguna boleh memilih laluan yang lebih senang atau dikenali, termasuklah jalan tanpa tol.

3. Mainkan Lagu

Jika anda menjangkakan perjalanan yang panjang, meriahkan suasana dengan memainkan muzik ataupun podcast menerusi salah satu rakan kongsi audio Waze, seperti, Spotify, Deezer, iHeartRadio, NPR, Pandora, Scribd, Stitcher, dan TuneIn.

Dengan bantuan tip-tip ini, kami berharap anda akan mempunyai perjalanan ‘balik kampung’ yang lancar dan sampai ke destinasi dengan selamat. Muat turun aplikasi Waze dan cubalah sendiri. Untuk maklumat lanjut, sila mengunjungi www.waze.com.

Sumber : Waze

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI