Tampil Ranggi Dengan Koleksi Sneakers Astroloubi Christian Louboutin

Share

Apabila menyebut tentang jenama Christian Louboutin, pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran kita ialah kasut-kasut formalnya yang berasaskan kulit.

Namun kali ini, jenama ini tampil dengan kelainan apabila melancarkan koleksi terbaharunya yang merangkumi sneakers.

Koleksi Astroloubi mengetengahkan gaya street diinspirasikan dari pemain bola keranjang dan papan luncur di era 90-an yang ikonik.

Tampil dengan warna-warna yang berani dan pastel, sneakers ini juga diharapkan mampu menarik perhatian golongan muda ataupun Gen Z.

Koleksi ini tampil dengan lima warna iaitu studio green lilac, titan supernova dan white loubi yang ditujukan khusus untuk lelaki, manakala warna multi foam navy dan kismet pula merupakan kasut dwijantina.

Foto: Warna studio green lilac, satu-satunya yang mempunyai perincian glow in the dark.
Foto (dari kiri): Warna titan supernova dan white loubi.
Foto (dari kiri): Warna multi foam navy dan kismet yang merupakan kasut dwijantina.

LEBIH RINGAN & SELESA

Selain itu, sneakers dalam koleksi Astroloubi ini juga dikatakan kasut yang paling ringan pernah dihasilkan , iaitu 20 peratus lebih ringan berbanding kasut-kasut lain yang dihasilkan Christian Louboutin sebelum ini.

Direka dengan bahagian atas yang lembut, lapisan fabrik ringan, alas kaki empuk, ia menjanjikan lebih keselesaan untuk pemakainya.

Bagi pencinta sneakers yang berminat dengan koleksi ini, anda boleh dapatkan di satu-satunya cawangan Christian Louboutin di Malaysia, iaitu di Pavilion, Kuala Lumpur.

IKLAN