Apabila menyebut tentang jenama Christian Louboutin, pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran kita ialah kasut-kasut formalnya yang berasaskan kulit.
Namun kali ini, jenama ini tampil dengan kelainan apabila melancarkan koleksi terbaharunya yang merangkumi sneakers.
Koleksi Astroloubi mengetengahkan gaya street diinspirasikan dari pemain bola keranjang dan papan luncur di era 90-an yang ikonik.
Ads
Tampil dengan warna-warna yang berani dan pastel, sneakers ini juga diharapkan mampu menarik perhatian golongan muda ataupun Gen Z.
Koleksi ini tampil dengan lima warna iaitu studio green lilac, titan supernova dan white loubi yang ditujukan khusus untuk lelaki, manakala warna multi foam navy dan kismet pula merupakan kasut dwijantina.
Ads
Foto: Warna studio green lilac, satu-satunya yang mempunyai perincian glow in the dark.Foto (dari kiri): Warna titan supernova dan white loubi.Foto (dari kiri): Warna multi foam navy dan kismet yang merupakan kasut dwijantina.
LEBIH RINGAN & SELESA
Selain itu, sneakers dalam koleksi Astroloubi ini juga dikatakan kasut yang paling ringan pernah dihasilkan , iaitu 20 peratus lebih ringan berbanding kasut-kasut lain yang dihasilkan Christian Louboutin sebelum ini.
Ads
Direka dengan bahagian atas yang lembut, lapisan fabrik ringan, alas kaki empuk, ia menjanjikan lebih keselesaan untuk pemakainya.
Bagi pencinta sneakers yang berminat dengan koleksi ini, anda boleh dapatkan di satu-satunya cawangan Christian Louboutin di Malaysia, iaitu di Pavilion, Kuala Lumpur.
Macam mana nak smart, kalau cara berpakaian anda pun salah? Tak kisahlah nak pakai baju murah atau mahal, paling penting pastikan cara berpakaian anda itu betul kerana ia melambangkan imej dan keperibadiaan diri anda.
Rupanya ramai lelaki tak sedar yang mereka telah melakukan kesalahan ketika berpakaian. Sebelum berpakaian, pastikan anda semak dahulu perkara-perkara ini. Pastikan anda tak buat 10 kesalahan berpakaian ini.
Bagi yang suka memakai jam tangan, pastikan anda melipat lengan baju kemeja agar mudah untuk anda melihat waktu jam. Jangan biarkan jam tangan di bawah baju kemeja kerana ia nampak tidak kemas dan menggelembung.
Jika anda ingin menyarungkan jaket di luar, pastikan anda memilih t-shirt kosong dan tanpa corak. Sebenarnya memakai t-shirt bercorak dengan jaket di luar menampakkan penampilan anda lebih serabut.
Cuba anda lihat cara James Dean berpakaian? Cara Dean berpakaian sentiasa kelihatan klasik dan ringkas. Malah t-shirt kosong yang disarungkan bersama jaket walaupun nampak ringkas tetap menyerlahkan imej lelaki anda. Jadi tidak hairanlah jika Lana Del Rey menyanyikan, “Jeans biru, baju putih” dalam lagu hitnya.
Memakai t-shirt dengan lengan besar dan labuh sehingga paras siku akan memburukkan lagi penampilan. Kebiasaannya lengan besar dan labuh sehingga paras siku lebih sesuai dipakai oleh wanita. Untuk lelaki adalah lebih baik untuk memakai lengan t-shirt sehingga paras pertengahan lengan sahaja.
Memakai lengan t-shirt yang lebih pendek akan memberi penekanan pada otot lengan anda yang sasa. Sebaliknya, jika anda memakai t-shirt berlengan labuh, anda telah menyembunyikan kesemua otot lengan anda.
Jangan memakai tali pinggang dan suspenders dalam masa yang sama kerana ia merupakan satu kesalahan dalam berpakaian. Kedua-dua aksesori ini direka untuk fungsi yang sama iaitu memastikan seluar anda terletak di pinggang dan tidak terlucut. Jadi pilih salah satu sahaja apabila anda ingin memakainya.
Sesungguhnya tugas seterika pakaian bukanlah pekerjaan yang menyenangkan tetapi ia adalah keutamaan, jika anda ingin kelihatan kemas.
Pakaian berkedut kelihatan tidak kemas dan boleh merosakkan keyakinan diri anda. Sama ada anda suka atau tidak, sesetengah pakaian memang wajib untuk diseterika. Jadi jangan malas untuk seterika pakaian anda!
Tidak seperti kemeja atau t-shirt, sut tidak boleh dibeli sembarangan di kedai pakaian. Sebaiknya jika anda hendak membeli sut, pergilah berjumpa dengan tukang jahit supaya sut yang anda tempah betul-betul sepadan dengan saiz tubuh anda.
Jangan butang kesemua jaket atau kot anda, melainkan ia hanya mempunyai satu butang sahaja. Biarkan butang di bahagian bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda hendak duduk.
Sesetengah lelaki masih memakai baju kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja, coraknya atau sama ada ia berlengan panjang atau pendek; jika anda bukan berusia 13 tahun ke bawah, anda harus memasukkan baju kemeja anda ke dalam seluar. Cara berpakaian ini akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik.
Tiada ada yang lebih buruk daripada melihat pakaian yang elegan tetapi diburukkan dengan poket yang terbonjol. Sebagai peraturan, lelaki biasanya membawa kunci, telefon bimbit dan dompet dalam poket mereka.
Sekiranya poket jaket atau kot anda tidak mempunyai tempat untuk menyimpan barang-barang ini, letakkan barang-barang keperluan anda di dalam clutch bag. Elak meletakkannya di dalam poket supaya ia tidak nampak membonjol di kiri kanan paha anda.
Jangan pakai sut berwarna hitam setiap hari kerana ia menampakkan anda seolah-olah ingin menghadiri majlis pengebumian. Cubalah memakai sut berwarna lain selain hitam yang sesuai dengan penampilan anda. Satu lagi, elakkan daripada membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat kerana ia tidak sesuai untuk pemakaian harian.
Sumber: Bright Side
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di antara silhoutte yang sangat terkenal dalam siri Air Max diperkenalkan oleh Nike ialah Air Max 90.
Menariknya pada tahun 2020, Air Max 90 bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-30 sejak ia diperkenalkan pada tahun 1990. Sneakers yang dianggap mempunyai reka bentuk evergreen dan timeless ini merupakan hasil rekaan pereka kasut terkenal serta berpengaruh, Tinker-Hatfield.
Kewujudan Air Max 90 dalam budaya popular memainkan signifikasi yang cukup besar sama ada dari segi kegunaan konvensional dan juga fesyen. Ketika ia diperkenalkan, Air Max 90 merupakan model kasut Nike yang menampilkan bubble ‘Air Max’ terbesar pernah dihasilkan.
Sempena meraikan ulang tahun ke-30, Nike menghasilkan kembali model Air Max 90 dalam bentuk OG dengans edikit sentuhan terbaru. Elemen unik pada Air Max 90 semestinya pada bahagian panel, toe box dan heel panel.
Beberapa colorway diperkenalkan dan bagi peminat Air Max 90, colorway volt pasti akan menjadi buruan mereka. Pada bahagian oval lace terdapat rekaan yang menunjukkan ‘1990’ dan ‘2020’, menandakan 3 dekad kasut ini.
Satu kejutan lain yang turut disertakan pada model ini ialah rekaan skinny box dalam bentuk asal yang mula digunakan sejak era 90-an bukan sahaja pada Air Max 90 tetapi beberapa model lain.
Nike Air Max 90 akan dipasarkan dalam tempoh terdekat di pasaran tempatan Pada ahrga RM495. Ia boleh didapati di beberapa outlet terpilih serta di laman sesawang Nike menerusi SNKRS.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernahkah anda terserempak dengan kesan calar di kereta yang akan hilang apabila dibasuh tetapi apabila kereta kering, ia akan menampakkan dirinya semula?
Mungkin anda pernah cuba menghilangkannya dengan menggunakan wax dan polish tetapi dalam masa yang singkat ia akan datang kembali.
Seorang pengguna Youtube, Chrisfix telah tampil dengan cara bagaimana untuk menghilangkan kesan calar itu buat selama-lamanya dari kereta anda.
Tapi sebelum kita pergi lebih mendalam kepada kaedah ini, mungkin agak membantu juga jika anda memahami bagaimana kesan calar ini berlaku.
Calar ringan ini berlaku apabila terdapat lohong yang mencalarkan bahagian cat ‘clear’ atau lapisan cat yang berada di bahagian paling luar badan kereta. Disebabkan calar itu, cahaya yang dipantul menjadi tidak sekata.
Namun, calar ini hanya kelihatan apabila kereta kering tapi nampak seperti hilang apabila kereta dalam keadaan basah. Ini kerana, ketika kereta basah, lubang calar itu dipenuhi oleh air, menyebabkan cahaya dipantul dengan sekata semula.
Jadi bagaimana untuk menghilangkan kesan calar ini buat selama-lamanya? Jawapannya adalah dengan cara meratakan kembali ruang calar itu seperti gambar dibawah.
Sebelum mengikuti langkah ini, anda perlu terlebih dahulu pastikan yang kesan calar itu adalah kesan calar ringan. Caranya mudah saja, jika anda menyembur air sabun kepada calar ini, ia tidak kelihatan; seperti gambar dibawah.
1 – Gunakan air sabun & kain fiber untuk membasuh kesan calar itu supaya bebas dari habuk & pasir
2 – Gunakan salotape untuk tandakan kawasan yang perlu diratakan.
3 – Gosok kesan calar itu menggunakan kertas pasir 3000 grit dahulu. Kemudian besarkan kawasan salotape dan gosok semula menggunakan kertas pasir grit 5000.
Note: jika kesan calar anda tidak dalam, anda boleh terus guna kertas pasir grit 5000.
4 – Polish kawasan yang telah digosokkan tadi menggunakan krim polish
5 – Gosokkan wax sebagai lapisan perlindungan.
Itu sahaja, selepas selesai, kereta anda akan berkilat seperti asal kembali. :-).
Tetapi, sewaktu anda mengguna pakai langkah ini, kami nasihatkan supaya mengikuti video tutorial ini supaya anda lebih ‘clear’ dan mendapat hasil yang sempurna.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas dua percubaan snatch gagal, Muhammad Erry bangkit mencipta rekod dan menghadiahkan emas Glasgow 2026 buat Malaysia serta menyambung legasi gemilang bapanya.