Dalam industri fesyen terutamanya kasut, item kolaborasi bersama penyanyi atau artis berpengaruh sememangnya sangat diminati ramai. Lihat sahaja kolaborasi jenama-jenama popular bersama beberapa penyanyi atau rapper antarabangsa, setiap kali diperkenalkan pasti sold out di pasaran.
Artis tempatan juga tidak kurang hebatnya apabila sudah semakin banyak terkenal mula melakukan kolaborasi bersama mereka. Terbaru, pereka kasut terkenal dari Itali Giuseppe Zanottu telah memperkenalkan kolaksi sneakers eksklusif dengan kolaborasi bersama dua rapper berpengaruh Malaysia iaitu Joe Flizzow dan SonOne.
Majlis pelancaran koleksi sneakers eksklusif ini telah dilangsungkan baru-baru ini bertempat di Pavillion Kuala Lumpur. Pereka asal Itali, Giuseppe Zanotti memulakan kariernya sebagai seorang DJ sebelum beralih angin kepada industri fesyen.
Jsdi tidak hairanlah kolaborasi seperti ini direalisasikan oleh beliau bersama dua ikon hip hop tersohor Malaysia. Koleksi sneakers ini dihadirkan dalam dua model Zanotti yang klasik iaitu Frankie dan Talon.
SENTUHAN SENDIRI
Untuk koleksi kolaborasi bersama Joe Flizzow mereka memilih model The Frankie Noir, sneaker low top yang diberi sentuhan sendiri oleh rapper tersebut. Dengan warna utamanya hitam sneaker ini hadir bersama logo berwarna merah terang, jahitan merah dan juga zip pada bahagian sisinya.
Warna dan rekaan tersendiri inii menyerlahkan gaya elegan Joe Flizzow. Jelas Joe, ia merupakan satu penghargaan besar buat dirinya kerana diberi peluang untuk berkongsi visi dan ideanya menjadi realiti.
Manakala kolaborasi bersama SonaOne pula menyaksikan mereka menggunakan mode Bright Talon versi loe-top. Lebih menarik, ia hadir dengan multi-arna yang cukup terang serta menampilkan glitter embellishment pada kasutnya.
Bagi SonaOne pula kerjasama kolaborasi ini memberikan dirinya untuk melakukan ekspresi menerusi rekaan. “Menjadi sabahagian daripada kolaborasi bersama Signor Zanotti benar-benar memberikan satu momen cukup berharga buat saya. Pertembungan antara dua idea rekaan memanisfestasikan imaginasi ke dunia relaiti!,” jelas SonaOne.
Bagi Mr.Zanotti pula, kerjasama bersama Joe Flizzow dan SonaOne telah memberikan satu pengalaman baharu buatnya.
“Saya benar-benar hargai pandangan yang cukup spesifik mereka dalam bidang fesyen dan gaya,” tambahnya lagi.
Koleksi eksklusif Giuseppe Zanotti bersama Joe Flizzow dan SonaOne kini boleh didapati dalam kuantiti terhad di butik mereka bertempat di Pavillion Kuala Lumpur.
Tahniah MASKULIN ucapkan kepada Giuseppe Zanotti, Joe Flizzow dan SonaOne di atas pelancaran koleksi eksklusif ini!
Jangan lupa untuk subscire channel Telegram MASKULIN!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI