Tanda-tanda gearbox kereta bermasalah, ini cara kenal pasti. Gearbox atau transmisi merupakan salah satu komponen paling penting dalam sesebuah kenderaan. Ia berfungsi untuk menyalurkan kuasa daripada enjin ke roda, membolehkan kereta bergerak dengan kelajuan yang berbeza mengikut keperluan.
Tanda-tanda Gearbox Kereta Bermasalah, Ini Cara Kenal Pasti
Oleh itu, sebarang masalah pada gearbox boleh menjejaskan prestasi pemanduan dan keselamatan. Berikut ialah beberapa tanda utama yang menunjukkan gearbox kereta anda mungkin mengalami masalah.
1. Perubahan Gear Tidak Lancar
Salah satu tanda paling jelas bahawa gearbox bermasalah ialah apabila pertukaran gear terasa kasar, tersangkut atau tidak lancar. Bagi transmisi automatik, kereta mungkin mengambil masa lebih lama untuk menukar gear atau terasa seperti ‘menendang’ semasa pertukaran berlaku. Bagi transmisi manual, sukar untuk memasukkan gear juga boleh menjadi petunjuk.
2. Bunyi Pelik Dari Kotak Gear
Bunyi seperti bunyi berkeriuk, mendengung atau ketukan yang datang dari bawah kereta ketika menukar gear adalah petunjuk bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan gearbox. Bunyi ini mungkin berpunca daripada gear yang haus, minyak gearbox yang sudah kotor atau tahap minyak yang rendah.
3. Bau Hangit
Jika anda menghidu bau hangit semasa memandu, ia mungkin menandakan minyak gearbox terlalu panas atau sudah tercemar. Minyak yang rosak tidak lagi mampu melincirkan gear dengan baik, sekali gus meningkatkan geseran dan suhu, yang boleh merosakkan komponen dalaman gearbox.
4. Kebocoran Minyak Gearbox
Periksa sama ada terdapat tompokan cecair berwarna merah atau coklat gelap di bawah kereta, terutamanya selepas ia diparkir semalaman. Minyak gearbox yang bocor boleh menyebabkan transmisi berfungsi tidak normal dan akhirnya mengalami kerosakan serius.
Ads
5. Lampu Amaran Enjin Menyala
Lampu amaran ‘check engine’ bukan hanya untuk masalah enjin sahaja. Ia juga boleh menyala jika terdapat isu pada sistem transmisi. Oleh itu, jangan abaikan lampu ini dan segeralah membuat pemeriksaan komputer di bengkel.
6. Prestasi Pemanduan Menurun
Gearbox yang bermasalah akan menyebabkan kuasa tidak dihantar dengan sempurna ke roda. Ini menyebabkan kereta terasa berat, tidak responsif atau kadangkala langsung tidak bergerak walaupun enjin hidup.
Servis Berkala: Pastikan anda menukar minyak gearbox mengikut jadual yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan.
Gunakan Minyak Yang Betul: Sentiasa guna jenis dan spesifikasi minyak gearbox yang disyorkan.
Ads
Pemeriksaan Rutin: Lakukan pemeriksaan berkala di bengkel untuk mengesan sebarang tanda awal kerosakan.
Elakkan Pemanduan Agresif: Gaya pemanduan yang kasar boleh mempercepatkan kehausan gearbox.
Masalah pada gearbox tidak boleh diambil ringan kerana kos pembaikannya boleh mencecah ribuan ringgit. Jika anda mengesan sebarang tanda seperti yang dinyatakan di atas, segeralah ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut. Penjagaan yang baik bukan sahaja menjimatkan kos pembaikan, tetapi juga menjamin keselamatan anda di jalan raya.
Sebagai pemandu tidak dapat dinafian kita memang sangat jarang perhatikan asap ekzos yang keluar. Apa tidaknya kita yang memandu kenderaan sendiri memang tidak akan nampak asap keluar dari ekzos di belakang.
Melainkan asap itu betul-betul tebal dan ketika kenderaan tidak bergerak barulah kita perasan. Di sinilah anda perlu sentiasa panaskan enjin dan perhatikan warna asap yang keluar dari ekzos. Apabila ia mengeluarkan sebarang warna ia mungkin petanda kereta bermasalah.
Tapi tahukah anda setiap warna asap keluar dari ekzos membawa petanda kerosakan berbeza? Berikut MASKULIN kongsikan apa makna di sebalik warna asap ekzos.
ASAP PUTIH
Asap putih merupakan warna yang sering kita lihat keluar dari ekzos. Jika ia keluar selama beberapa saat selepas anda hidupkan enjin, itu merupakan perkara biasa kerana itu mungkin proses pemeluwapan. Akan tetapi jika asap putih cukup tebal yang keluar anda harus berikan perhatian.
Ini kerana itu merupakan antara petanda minyak pelincir memasuki kebuk pembakaran serta berlakunya kerosakan pada enjin kenderaan anda. Kemunculan asap putih juga mungkin membawa petanda berlaku kerosakan pada gasket silinder. Jika ini berlaku, segeralah bawa kereta ke bengkel untuk diperiksa dan dibaiki segera.
Foto: carthrottle.com
ASAP HITAM
Andai kata ekzos kereta anda keluar asap hitam berkpeul-kepul. itu merupakan satu petanda tidak baik. Kemunngkinan besar enjin kereta anda tidak dapat udara mencukupi yang menyebabkan bahan api dibakar berlebihan. Jadi apa yang perlu anda periksa ialah penapis udara kerana ada kemungkinan ia tersumbat. Selain itu, cuba juga bersihkan penapis. Jika kondisinya teruk tukar sahaja yang baru.
Namun jika anda dapati penapis udara keadaan baik namun masih mengeluarkan asap hitam, itu mungkin petanda injektor bahan api, manifold atau komponen lain ada masalah. Jadi langkah terbaik selepas itu ialah bawa segera ke bengkel.
ASAP KELABU
Asap ekzos berwarna kelabu pula mungkin petanda enjin membakar minyak transmisi daripada silinder atau terdapat kerosakan pada gelang piston. Perkara anda harus lakukan ialah perhatikan dengan baik supaya pembaikan dapat dilakukan segera sebagai langkah pemulihan.
Selain warna asap, anda juga boleh cuba cari bau atau hidu bau terbakar yang menunjukkan masalah pada komponen pengecas turbo. Jika terdapat kerosakan seperti yang disyaki, baikilah dengan segera agar kerosakan lebih teruk dapat dielakkan. Segera baiki apa yang patut bagi mengelak kos pembaikan yang lebih tinggi.
ASAP BIRU
Biru di sini bukanlah bermaksud kebiruan yang terang. Asap yang berwarna kebiruan ini membawa maksud terdapat kebocoran di dalam enjin. Jika ini berlaku, enjin kereta anda mungkin sedang membakar minyak hitam.
Kebocoran minyak hitam boleh berlaku disebabkan kerosakan pada kedap injap (valve seal), masalah pada dinding silinder atau gelang piston (piston ring) haus/rosak. Jika ia keluar ketika memecut pula itu mungkin bermakna gelang piston yang rosak. Manakala jika asap berwarna sama keluar ketika nyahpecut, kebarangkalian itu berpunca daripada kepala silinder.
Jadi perhatikanlah asap ekzos kereta anda ya untuk kenali pasti apakah kerosakan yang mungkin telah berlaku.
Tugas anggota polis untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat bukahlah satu tanggungjawab yang mudah. Mereka bersedia berkorban apa sahaja demi menegakkan kebenaran dan juga memastikan keamanan dapat dilaksanakan demi agama, bangsa dan negara.
Bertindak sebagai barisan hadapan, anggota polis di negara kita dan juga seluruh dunia memainkan peranan sangat penting tatkala berdepan dengan penularan pandemik. Disebabkan itulah mereka juga harus diberi sokongan dan kelengkapan yang terkini untuk melancarkan tugasan harian.
Di antaranya ialah kereta peronda polis yang digunakan secara harian untuk meronda dan meninjau kawasan. Tidal dinafikan, ramai yang tertarik dengan kereta peronda polis.
Kali ini MASKULIN inign kongsikan beberapa kerta peronda polis dari beberapa buah negara yang cukup menarik. Dubai dikenali sebagai sebuah kota yang polisnya dilengkapi supercar seoerti Ferrari, Lamborghini dan Bentley.
Bagaimana pula dengan negara lain? Apakah jenis kereta yang digunakan? Ikutinya di bawah.
ITALI
Alfa Romeo Giula Quadrifoglio
Kereta sedan dengan enjin 3.0 liter twin-turbocharged V6 ini mempu menjana 500 kuasa kuda. Menjadi jentera kebanggaan pasukan polis di Itali.
UNITED KINGDOM
Lexus IS-F
Pemilihan Lexus IS-F dilakukan oleh pasukan polis UK kerana ia mampu memecut laju dengan kestabilan yang baik walaupun sarat dengan pelbagai kelengkapan.
UNITED KONGDOM (WALES)
Ford Ranger Raptor
Sesuai dengan kondisi muka bumi yang agak mencabar, pemilihan Ford Ranger Raptor dilihat sesuai untuk penggunaan harian pasukan polis di Wales. Dengan enjin 2.0 liter diesel ia mampu menjana 210 kuasa kuda.
AUSTRALIA
KIA Stringer
Pasukan polis di Queensland, Australia menggunakan kereta peronda dari model KIA Stringer. Walaupun penampilannya nampak seperti biasa namun ia dilengkapi enjin twin-turbo V6 dengan 365 kuasa kuda!
ITALI
Jeep Grand Cherokee
Pasukan polis Itali dikenali dengan nama Carabinieri merupakan pasukan keselamatan disegani. Antara cabang atau cawangan utamananya ialah anti-keganasan yang tampil menggunakan Jeep Grand Cheerokee.
AUSTRIA
Porshe Carrera 911
Dengan kereta seperti ini pastinya penjenayah pun berfikir banyak kali untuk melarikan diri. Pasukan polis Austria sebenarnya menggunakan kereta ini bagi memberikan teladan yang baik buat pengguna yang memiliki kereta laju seprti Porshe Carrera 911.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Isuzu Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan model Isuzu MU-X 2017 ke pasaran tempatan. Model facelift berkenaan menerima kemas kini pada bahagian dalaman, luaran dan ciri keselamatan dipertingkatkan. Berikut senarai pembaharuan yang dilakukan pada model MU-X facelift.
LUARAN:
1) Lampu depan dengan lampu projektor Bi-LED bersama cahaya spektrum biru.
2) Lampu depan digabungkan dengan ciri pelarasan cahaya.
3) Lampu kabus belakang baharu.
4) Bampar belakang baharu.
5) Lampu belakang dengan grafik bahagian dalam baharu.
6) Spoiler dan rim rekaan baharu.
7) Tambahan warna baharu Havana Brown Mica (coklat).
KABIN:
Tidak ketinggalan bahagian kabin turut menerima pembaharuan antaranya:
1) Menerima kemasan panel corak kayu pada pintu dan papan pemuka.
2) Panel meter rekaan baharu e-LUMAX (electroluminescent) bersama paparan multi-info (MID).
3) Kabin dengan warna baru Beige (kuning air) bersama kerusi kemasan kulit dengan corak terkini.
4) Sistem hiburan dikemas kini dengan skrin sentuh DVD 8 inci dan monitor yang boleh dilipat untuk penumpang belakang bagi varian 4×4. Sementara varian 4×2 dilengkapi dengan skrin sentuh DVD 7 inci.
5) MU-X juga kini dilengkapi dengan lapan pembesar suara untuk memberikan sistem audio lebih jelas.
CIRI KESELAMATAN:
MU-X didatangkan dengan enam beg udara berbanding versi sebelumnya hanya dua beg udara. Versi 2017 turut dilengkapi dengan sistem keyless entry sebagai standard.
Ciri keselamatan lain termasuk ABS, Sistem Kawalan Traksi (TCS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), EBD, BA dan HSA.
HARGA:
-MU-X 2.5L 4×2: RM176, 640.40
-MU-X 2.5L 4×4: RM183,000.40
(Harga atas jalan termasuk insurans dan GST).
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.