Target Sebulan Sahaja Untuk Kaki Dan Perut Yang Cantik Menjelang Raya

Share

 

Mohon jangan cemburu kalau raya ni semua orang perut dan kaki semakin cantik masa menyarung baju Melayu di pagi raya. Jaga pemakanan sepanjang bulan puasa di samping lakukan senaman secara konsisten.

1. Kickback

Bermula dengan posisi berdiri, terus bongkok ke arah lantai sambil kedua-dua tangan menahan permukaan.  Kaki kiri angkat setingginya ke atas. Kemudian turunkan kaki itu secara lurus dan bersedia untuk pergerakan seterusnya.

2. Lunge Twist

Posisi kaki ketika ini dalam keadaan menyengap (lunge). Terus melibaskan tangan kiri di atas udara ke arah belakang. Tahan seketika. Kemudian, lakukan aksi yang sama untuk bahagian badan sebelah kanan pula.

3. Roll

Dari posisi Lunge, terus pusing badan ke arah kiri atau kanan. Posisi badan ketika ini seakan-akan terbaring. Pusing (roll) semula dan kembali ke posisi lunge.

4. Cossack

Dari posisi Roll, terajang kaki kanan ke arah udara. Bayangkan anda sedang menedang musuh yang sedang berdiri. Tahan kaki itu di udara seketika. Kemudian, ulang pergerakan untuk bahagian kaki sebelah kiri pula.

5.Hollow Sit to Press-Up

Dari posisi Cossack, rendahkan badan ke permukaan lantai, tahan sejenak dan putar kedudukan kaki terus ke posisi press up. Terus lakukan press-up selama beberapa rep.

6. Pop -Up

Dari posisi press-up, tahan permukaan lantai menggunakan kedua-dua belah tangan, seterusnya anjak pinggul ke arah atas. Loncat sedikit sambil membuka kekuda. Ulang pergerakan.

 

IKLAN