Ads

Tayangan Filem ‘Hunger Games’, ‘La La Land’ & ‘John Wick’ Percuma Di YouTube

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berjalan di negara kita pelbagai insentif dan kemudahan telah diberikan bagi mengisi waktu terluang di rumah. Sebagai contoh kerajaan memberikan memberikan data percuma sebanyak 1GB setiap hari kepada semua pengguna.

Manakala Astro pula memberi akses semua rangkaian buat pelanggan mereka sepanjang tempoh PKP. Tidak hanya di Malaysia beberapa negara lain juga mengambil langkah yang sama bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada warganya.

Terbaru, pengeluar filem Hollywood Lionsgate telah mengumumkan akan menayangkan empat filem box-office di platform YouTube secara percuma.

Ads
Tayangan Filem ‘Hunger Games’, ‘La La Land’ & ‘John Wick’ Percuma Di YouTube
Bintang jelita ‘The Hunger Games’, Jennier Lawrence.

Filem tersebut ialah ‘The Hunger Games’, ‘La La Land’, ‘John Wick’ and ‘Dirty Dancing’. Tayangan filem-filem hebat ini disiarkan di YouTube setiap Jumaat bermula pada jam 6 petang, 17 April (waktu Malaysia 6 pagi, 18 April).

Ia merupakan satu inisiatif bagi menghargai komuniti yang terus setia tinggal di rumah bagi melandaikan kadar jangkitan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

Ads

Sementara itu program ‘Lionsgate Live! A Night At The Movies’ juga bakal ditayangkan dengan hos Jamie Lee Curtis yang bakal berkongsi pengalamannya sebagai pelakon dan diturut serta beberapa selebriti YouTube terkenal.

Jadi buat anda penggemar filem Hollywood nantikan tayangan filem box-office hanya melalui penstriman YouTube!

Ads

Filem ‘Dirty Dancing’ akan ditayangkan pada 24 April diikuti ‘La La Land’ (1 Mei) dan ‘John Wick’ (8 Mei). Namun filem ‘John Wick’ perlu melepasi had umur untuk tontonan.

Semoga inisiatif ini turut diikuti oleh pembikin filem di Malaysia bagi memberikan sedikit hiburan kepada rakyat Malaysia yang setia menjayakan aspirasi kerajaan melawan wabak COVID-19.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
individu terkaya dunia 2025

10 Individu Terkaya Dunia 2025 Paling Berpengaruh, Ini Sumber Kekayaan Mereka

Senarai 10 individu terkaya dunia 2025 paling berpengaruh berdasarkan laporan Forbes, lengkap dengan sumber kekayaan dan empayar perniagaan mereka.