
Tayar kereta bengkak, jangan pandang remeh, boleh undang bahaya! Pernah tak satu hari masa tengah nak keluar rumah, tiba-tiba nampak tayar kereta ada benjolan pelik kat tepi? Kalau ya, itu tanda tayar kereta anda sudah bengkak dan ini bukan benda kecil yang boleh tunggu.
Ramai orang fikir selagi kereta boleh jalan, tak perlu risau sangat. Tapi hakikatnya, tayar yang bengkak ini sangat berbahaya. Silap haribulan, boleh meletup bila sedang memandu. Cuba bayangkan ketika sedang memandu laju di lebuhraya, tiba-tiba tayar pecah?
Biasanya, tayar bengkak berlaku bila struktur dalaman tayar sudah rosak. Antara punca utama termasuk:
*Terlanggar lubang atau bonggol laju-laju
*Naik atas pembahagi jalan atau bahu jalan tajam
*Tayar lama dan dah haus
*Tekanan angin terlalu rendah atau tinggi
BACA: Elak Terbeli Tayar Expired Ini Panduan Baca Kod Pada Tayar Kereta
Bila tayar terhentak kuat, lapisan dalam tayar boleh pecah, dan udara akan menolak keluar ke bahagian sisi tayar. Itu yang buat tayar jadi benjol macam bisul.
*Risiko tayar pecah secara tiba-tiba
*Kereta tak stabil masa memandu, terutama masa selekoh
*Boleh rosakkan rim kalau terus guna
*Bahaya pada pemandu dan penumpang
Pendek kata, jangan main-main. Kalau nampak tayar sudah mula naik benjol, jangan tunggu. Terus tukar.
*Periksa tayar secara berkala, terutama lepas terlanggar sesuatu.
*Elakkan bawa laju atas jalan tak rata.
*Jangan isi angin ikut suka hati – pastikan ikut tekanan yang disyorkan pengeluar kereta.
*Kalau nampak benjol, terus ke bengkel. Jangan tangguh!
Tayar kereta bukan sekadar alat untuk bergerak. Ia salah satu komponen keselamatan paling penting. Jadi, jaga tayar elok-elok. Jangan tunggu sampai meletup baru nak menyesal. Kalau sayang nyawa sendiri dan orang tersayang, pastikan tayar kereta anda sentiasa dalam keadaan tip-top.
BACA: Punca Tayar Kereta Cepat Botak dan Cara Mengelakkannya
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.