Pasaran peranti audio boleh pakai kini semakin berkembang dengan pesat selari dengan pelbagai pengenalan telefon pintar dari pelbagai jenama. Ia juga sudah menjadi sebahagian daripada keperluan harian terkini bagi ramai orang.

Apresiasi audio berkualiti tinggi juga menunjukkan satu peningkatan yang baik dengan saiz pasaran global terhadap segmen ini dijangka meningkat sehingga USD265.4 bilion menjelang tahun 2026.

Sebagai di antara pengedar peranti audio berkualiti tinggi di Malaysia, TC Acoustic sentiasa membawa dan memperkenalkan jenama-jenama terbaik.

Terbaru, TC Acoustic memperkenalkan barisan peranti boleh pakai generasi baharu dari jenama asal United Kingdom iaitu Bowers & Wilkins.

TC Acoustics Tampilkan Seleksi Peranti Audio Bowers & Wilkins Generasi Baharu
Pi7 S2

Seleksi peranti audio yang diperkenal termasuklah fon telinga pembatal suara, Pi7 dan Pi5, fon telinga Px8 Edisi McLaren dan fon telinga Px8 Edisi 007 di stor konsep utama mereka di The Starhill, Kuala Lumpur.

Untuk fon telinga, Bowers & Wilkins mengetengahkan Pi7 S2 dan Pi5 In-Ear True Wireless. Lebih menarik kedua-duanya dilengkapi dengan sokongan ketersambungan tertingkat, hayat bateri yang baik dan juga kemasan premium baharu.

IKLAN
TC Acoustics Tampilkan Seleksi Peranti Audio Bowers & Wilkins Generasi Baharu
Pi5 S2

Menggantikan model generasi pertama, kedua-dua rekaan baharu ini mengukuhkan status mereka sebagai fon telinga True Wireless tersohor dalam kategori berikut.Kedua-dua Pi7 S2 dan Pi5 S2 memaparkan ketersambungan wayarles yang telah ditingkatkan melalui antenna tereka bentuk dengan jarak Bluetooth sehingga 25m.

Peranti-peranti audio Bowers & Wilkins juga diintegrasikan menerusi aplikasi Bowers & Wilkins Music App yang boleh didapati di Apple Store dan juga Google Play.

Sebagai model utama True Wireless, Pi7 S2 terus menawarkan sokongan untuk Qualcomm® aptX™ Adaptive yang membenarkan transmisi muzik resolusi tinggi daripada servis penstriman yang secocok dan peranti-peranti, disambung oleh transmisi wireles 24-bit/48kHz di antara setiap fon telinga.

SIRI FON KEPALA BEREOLUSI TINGGI

Selain dia fon telinga yang dinyatakan di atas, Bowers & Wilkins turut menampilkan fon telinga Px8 yang diangkat sebagai peranti audio terkemuka mereka.

IKLAN

Px8 menyediakan prestasi cemerlang dengan perincian, resolusi dan kelapangan yang luar biasa hasil unit pemacu Kon Karbon 40mm serba baharu, yang diilhamkan oleh teknologi yang digunakan dalam pembesar suara berkualiti Bowers & Wilkins.

TC Acoustics Tampilkan Seleksi Peranti Audio Bowers & Wilkins Generasi Baharu

Unit pemacu Carbon Cone dalam Px8 yang bersudut di dalam setiap pelitup telinga untuk memastikan jarak yang konsisten berbanding telinga pendengar dari setiap titik di seluruh permukaan setiap pemandu, untuk menghasilkan bunyi yang lebih mendalam dan sangat tepat.

IKLAN

Hasilnya adalah kualiti bunyi terbaik Bowers & Wilkins melalui sepasang fon kepala tanpa wayar.

TC Acoustics Tampilkan Seleksi Peranti Audio Bowers & Wilkins Generasi Baharu
Px8 McLaren Edition-

Px8 menggunakan teknologi wayarles AptX™ Adaptive Qualcomm untuk memastikan kualiti bunyi yang terbaik daripada telefon, tablet dan komputer yang serasi.

Sambungan kabel analog USB-C dan 3.5mm juga disokong dengan kedua-dua jenis kabel yang disertakan dalam kes bawaan padanan khas yang mengiringi produk ini.

TC Acoustics Tampilkan Seleksi Peranti Audio Bowers & Wilkins Generasi Baharu
Px8 007 Edition

Selain itu, mereka turut menampilkan dua variaso Px8 edisi terhad dengan kolaborasi bersama jenama automotif mewah, McLaren dan juga siri filem ikonik James Bond dengan siri 007. Kedua-dua edisi ini merupakan item yang dijangka mendapat sambutan yang cukup baik memandangkan ia tampil sebagai edisi terhad.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI