
Sesiapa yang sering memakai sneakers terutamanya yang mempunyai outsole dan tapak berwarna putih pastinya sakit kepala setiap kali ia kotor.
Bukan sahaja membuatkan sneakers jadi nampak kotor malah boleh menjejaskan penampilan anda. Kalau hendak cuci dengan sabun pasti ambil masa yang lama.
Mula-mula sekali kena rendam. Atau paling tidak dibasuh dengan air sabun yang basah. Tidak kena gaya habis rosak kasut tersebut akibat terkena air sabun.
Jadi bagaimana cara untuk cuci kasut di bahagian tapak dengan berkesan tanpa perlu menggunakan sabun?
Pernahkah anda dengar tentang span melamine? Ia merupakan span yang mampu membersihkan kotoran yang melekat di bahagian permukaan terutamanya diperbuat daripada getah.
Sebenarnya span ini cukup murah dan boleh didapati di kedai serbaneka seperti Daiso. Terdapat beberpa cara boleh anda gunakan span ini untuk membersihkan kasut.
Pertama sekali anda perlukan:
- Span melanine
- Tuala
- Air
1.
Letakkan sneakers anda di atas tuala atau tisu. Ini bagi menadah segala kotoran yang dibuang semasa proses mencuci.
2.
Ambil salah sau span melamine kemudian rendamkan sedikit ke dalam air. Span Perahkan sedikit agar ia tidak terlalu banyak air.
3.
Mulakan sentalan di bahagian kasut yang kotor menggunakan span tersebut. Jika ia kembali kering, basahkannya semula sedikit demi sedikit.
4.
Gunakah tekanan yang secukupnya untuk menyental kotoran. Usdah risau, bahagian tapak kasut yang diperbuat daripada getah tidak akan terjejas dengan span ini.
5.
Selepas selesai, lap bahagian yang dibersihkan tadi dengan tuala. Jika basah, keringkan kasut di tempat bercahaya matahari.

Dan selesai!
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat buat anda semua.
5 Idea Hadiah Paling Gempak Untuk Suami Sempena Hari Bapa!

Terlebih dahulu MASKULIN ingin ucapkan Selamat Hari Bapa buat semua kaum bapa. Jatuh pula pada hari Ahad, nikmatilah rehat yang secukupnya di rumah atau melakukan aktiviti kegemaran anda.
Bagi wanita dan kaum ibu, berilah ruang dan kesempatan untuk mereka bebas buat seketika.
Dan tidak salah untuk anda hargai suami pada hari bapa dengan memberikan hadiah-hadiah yang selama ini cukup diidamkannya. Orang lelaki sebenarnya tidak kisah kalau dia diberikan hadiah atau tidaktapi percayalah wahai wanita sekalian, dia akan sangat menghargainya!
Masih tajk terlambat untuk memberinya hadiah. Waktu terbaik ialah pada waktu dinner pada malam ini. Ikuti idea hadiah terbaik yang MASKULIN kongsi di bawah!
Jam tangan
Terdapat pelbagai jenis jam tangan dan jenama lelaki buat anda untuk memilih. Perhatikan gerak gaya suami anda, jika suami anda seorang yang lasak dan kaki gym, memilih jam tangan yang mempunyai tali yang berkualiti tinggi dan boleh digunakan di dalam air menjadi pilihan. Jika suami anda seorang yang elegen dan suka dengan gaya urban, pilihlah tali yang nipis dan minimalis dalam hiasan pada permukaan jam tersebut.
BACA: Sejarah Hari Bapa Yang Tak Diketahui, Antaranya Dicetuskan Oleh Wanita
Denim
Mungkin anda merasakan bahawa seluar jeans bukan hadiah paling sesuai untuk suami anda, namun hakikatnya, seluar merupakan perkara paling penting dalam kehidupan lelaki. Kebanyakkan lelaki tidak mahu menyatakan hasratnya untuk memiliki jeans kerana berasa seluar yang lama masih molek untuk dipakai. Namun, jika anda seorang isteri mengenali suami dengan baik, jeans atau apa jua jenis denim sangat sesuai untuk dijadikan hadiah buatnya. Lelaki lebih gemar mengenakan denim berbanding pakaian lain, kerana ia senang dipakai dan tidak perlu gosok! Mudah untuk anda juga para isteri!
Wangian
Kebanyakkan artikel kami berkaitan dengan wangian serig mendapat perhatian lelaki Maskulin. Lelaki gemar mengenakan wangian yang mahal dan tahan lama. Kadang-kala, lelaki akan menghabiskan duit pada wangian lebih dari makanan kerana lelaki hari ini lebih gemar menjaga penampilan diri. Dalam pada masa yang sama, lelaki sering berhadapan dengan bau yang sangat tidak menyenangkan tambahan apabila mereka sedang bekerja. Jadi, hadiahkan wangian mungkin boleh menggembirakan hati mereka.
Kamera Digital
Mungkin ada di antara suami anda yang gemar mengambil gambar tak kira apa jua jenis keadaan. Hadiah seperti ini dapat membantu menaikkan semangat mereka dalam menghasilkan rakaman hobi mereka. Tapi, cuba anda bayangkan anda belik kamera digital kepada mereka, anda juga beruntung, anda akan sentiasa menjadi model dalam gambar mereka. OOTD anda cantik, boleh muat naik di laman sosial media anda kan!
Tablet
Ini mungkin menjadi idaman semua lelaki di luar sana. Kebanyakkan isteri tidak membenarkan suami menghabiskan masa dengan permainan ini kerana ia tidak mendatangkan faedah. Ketahuilah wahai isteri, permainan seperti ini lebih baik daripada mereka curang. Sekurang-kurangnya mereka curangi anda ke atas barang dan bukan perempuan lain. Hadiah seperti ini menjadikan anda Wife of the year! Namun, jika anda terlintas untuk hadiahkan ini kepada suami, buat rules agar mereka tidak asyik bermain! Good Luck!
Tertekan Sebab Masalah Atau Banyak Kerja? Baca 10 Cara Ini Untuk Hilangkan Stress

Golongan lelaki dewasa sememangnya mudah terjebak dalam keadaan yang penuh stress tidak kiralah sama ada kerana masalah atau faktor timbunan kerja yang sangat banyak.
Namun demikian, sebagai seorang lelaki yang harus tampil sebagai golongan yang dihormati, suka atau tidak, anda harus menghilangkan stress anda.
Ini kerana stress boleh membuatkan anda :
- Hilang fokus
- Tidak digemari orang sekeliling
- Cepat panas baran
- Sukar memberi tumpuan dan perhatian
- Cepat mengantuk dan letih
- Tidak produktif
- Hilang seri pada wajah
- Kesihatan boleh terjejas
Sehubungan itu bagi menyelesaikan masalah anda, penulis ingin kongsikan beberapa tips yang boleh anda gunakan bagi menghilangkan stress seterusnya kembali ceria dan aktif :
1. Hubungi orang yang tersayang
Percayalah.. apabila mendengar suara orang yang tersayang, anda akan berasa sedikit lega. Tidak kiralah orang yang tersayang itu ibu, ayah, isteri atau anak. Mendengar suara mereka walaupun hanya melalui telefon, sesak di dada boleh berkurangan kerana secara automatik, anda akan menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghembus segala kekusatan yang ada. Lebih-lebih lagi kalau anda terdengar suara si manja anda yang sedang riuh belajar untuk bercakap.
2. Urut telinga berulang kali
Nampak macam kelakar tetapi urut telinga ini sebenarnya merupakan antara cara sangat efisien untuk melegakan tekanan. Tambahan pula teknik ini boleh membebaskan
endorfin dalam otak dan membuatkan anda berasa lebih tenang. Endorfin adalah satu perasaan tenang yang boleh muncul secara automatik. Cara untuk mengurut telinga ini adalah dengan menggosok kawasan luar telinga (bahagian hadapan) dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Picit kawasan tersebut dari cuping telingan dan ke atas. Kemudiannya, teruskan urutan sehingga ke kawasan belakang telinga.
3. Lukis dengan jari atau conteng sepuas-puasnya
Apa kata ekspresikan diri anda melalui apa sahaja kaedah seni yang berfungsi sebagai satu bentuk pembebasan. Lebih khusus lagi, lukisan menggunakan jari membolehkan anda untuk menjadi lebih kreatif tanpa apa-apa sekatan dengan harapan supaya anda dapat bereksperimen dengan cat jari dalam apa-apa cara yang anda mahu seperti kanak-kanak lakukan. Jika tidak, gunakan krayon atau apa-apa sahaja. Lukiskan perasaan anda pada kanvas dan lihatlah hasilnya. Marah? Penat? Terbelenggu? Semuanya ada di depan mata.
4. Cium bau epal hijau
Mencium bau epal hijau atau mana-mana buah-buahan sitrus yang lain boleh mengurangkan sakit kepala dan melegakan tekanan. Kajian menunjukkan bahawa penghidap migrain kronik yang menghidu aroma epal hijau melaporkan bahawa kesakitan mereka berkurangan.
5. Lihat keindahan alam
Ambil masa untuk bercuti buat seketika dan lihatlah keindahan alam. Kajian menunjukkan dengan melihat alam, anda dapat menenangkan minda. Anda boleh melihat lautan ombak, titisan hujan atau apa sahaja yang akan menyumbang kepada ketenangan minda. Lihatlah alam lebih kurang 20 minit setiap hari dan anda akan mula merasa perbezaannya.
6. Makan makanan yang boleh hilangkan stress
Mungkin ada dia antara anda tidak tahu wujudnya makanan yang boleh menghilangkan stress. Cuba ambil asparagus, avokado, telur, ikan salmon, susu, badam, buah oren, bayam, labu, mangga, dark chocolate dan oatmeal. Kebanyakan makanan ini memberikan anda vitamin yang berguna dan protein, omega-3, vitamin C, B2 dan E dan boleh memberikan kesan yang menenangkan. Tak cuba, tak tahu hasilnya.
7. Pecahkan belon
Apabila anda merasa tertekan, anda cenderung untuk mengambil nafas yang lebih pendek daripada biasa. Dalam usaha untuk membantu anda berehat, cuba meletupkan belon. Ini akan membolehkan anda kembali bernafas pada kadar biasa dan anda boleh menghela nafas yang lebih mendalam dan panjang. Selain itu, ia akan berehat otot anda dan mengurangkan kadar denyutan jantung.
8. Beri ganjaran untuk diri sendiri
Walaupun anda merasa diri anda tidak melakukan sesuatu perkara yang besar hari ini, jangan lupa berikan ganjaran pada diri anda. Terutamanya apabila anda merasa putus asa atau merasa tekanan yang sangat teruk. Tidak kira betapa kecil mahupun besar pencapaian anda, adalah berbaloi untuk ingatkan diri anda kerja yang hebat yang anda lakukan pada hari ini.
9. Letak pokok di meja kerja
Tumbuhan boleh menjadi kawan terbaik anda ketika menghadapi krisis. Dengan meletakkan pokok di atas meja anda atau rumah telah terbukti secara saintifik memberi manfaat kepada kesihatan anda. Bukan sahaja menjadikan persekitaran lebih cantik, malah dapat mengurangkan tekanan dan merendahkan tekanan darah.
10. Solat dan beribadat
Bagi umat Islam, anda digalakkan untuk bersolat. Begitu juga dengan penganut agama lain, anda boleh berserah diri kepada Tuhan dan luahkan segala kekusutan yang ada. Namun bagi umat Islam, anda perlu tahu ketika melakukan solat darah anda akan mengalir dengan lebih baik. Misalnya apabila sujud, darah akan mengalir terus ke otak dan anda meneutralkan cas positif dan negatif anda. Kalau sampai pejabat di pagi hari, cuba solat dhuha dahulu. Selesai solat dhuha, baru sambung buat kerja. Jadikan ia satu kebiasaan. Jika waktu malam, cuba amalkan solat tahajjud tatkala semua orang sedang tidur. Berkomunikasilah dengan Allah, curahkan apa yang ada dalam hati anda. Pasti anda akan menemui ketenangan.
5 Risiko Guna Kabel Pengecas iPhone Tiruan Tanpa Pensijilan MFi, Telefon Pun Boleh Cepat Rosak!

Sehingga kini telefon pintar keluaran Apple iaitu iPhone masih lagi relevan dan terus popular. Saban tahun peminat serta pemerhati teknologi komunikasi dan peranti pasti menantikan kemunculan versi baharu iPhone.
Dijangkakan pada bulan hadapan Apple bakal memperkenalkan versi terbaru yang mungkin bakal dikenali dengan nama iPhone 14. Jika anda pengguna iPhone, anda mungkin sudah sedia maklum akan ekosistem yang dibina oleh Apple untuk peranti-peranti mereka.
Selain itu, Apple juga dikenali sebagai pengeluar yang cukup mementingkan kualiti buat penggunanya. Di antara alat yang cukup ringkas tetapi sangat penting dalam penggunaan iPhone dan peranti pintar lain ialah kabel pengecas.
Tahukah anda selain kabel yang dikeluarkan sendiri oleh Apple terdapat pengeluar lain yang berlesan dan mendapat pensijilan yang dibenarkan oleh Apple sendiri dikenali sebagai ‘Made for iPhone/iPad/iPod’ (MFi).

Ia merupakan sebuah program yang diperkenalkan oleh Apple buat pengeluar hardware yang perlu mendapat kelulusan dari mereka. Menurut sumber ia merupakan satu proses yang cukup rumit dan rapi kerana Apple perlu pastikan produk dihasilkan selamat digunakan untuk peranti mereka.
Jadi apa akibatnya jika anda menggunakan kabel tiruan tanpa pensijilan MFi? Berikut MASKULIN kongsikan 5 risiko guna kabel pengecas tiruan tanpa MFi!
iPHONE BOLEH ROSAK LEBIH CEPAT
Seperti mana kita tahu MFi merupakan pensijilan yang perlu dilalui dengan cukup ketat dari Apple. Ini bagi memastikan ia mengikuti piawaian yang telah ditetapkan. Sebarang kabel tanpa piawaian ini ada kemungkinan besar boleh menjadi punca iPhone rosak dengan lebih cepat.
KABEL MUDAH ROSAK
Setiap kabel MFi yang dihasilkan telah mendapat pemeriksaan rapi dari Apple. Kabel tiruan biasanya dihasilkan tanpa pengawasan kualiti yang baik. Jadi tidak hairanlah kenapa ia boleh dijual dengan murah kerana tiada kualiti.
TAK MENYOKONG PENGECASAN
Kemungkinan kabel tiruan atau tanpa MFi yang anda dibeli tak menyokong dan melakukan pengecasan langsung. Biasanya akan keluar notofication pada skrin ‘this accesory may not be supported’. Wang anda melayang seperti ditiup angin sahaja.
ROSAKKAN MOTHERBOARD
Lebih parah kabel tiruan boleh menyebabkan berlakunya kerosakan yang sangat serius pada motherboard iPhone. Tahukah anda kos nak baiki motherborad yang rosak memang cukup mahal?
BATTERY HEALTH TURUN LAJU
Menggunakan kabel tiruan boleh menyebabkan iPhone jadi lebih cepat panas. Bila dibiarkan panas berpanjangan ia boleh menjejaskan battery health yang turun dengan mendadak. Pakai tak sampai setahun dah jadi bawah paras 80%. Memang parah!
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat yang baik untuk anda. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Kalau anda ingin dapatkan kabel MFi berkualiti, boleh dapatkan di https://invol.co/cldblvv