Tidak dapat dinafikan bagi kebanyakan anda yang bekerja di pejabat pastinya akan melakukan rutin yang lebih kurang sama sahaja setiap hari. “Rasa malas je nak kerja!”
Mungkin itulah yang anda rasa.
Pergi kerja, hadap meja dan kompter dan tiba masa petang pulang ke rumah.
Lama-kelamaan motivasi diri untuk bekerja dengan baik pun mungkin akan menurun. Dan inilah yang akan menjadi punca penurunan prestasi kerja dan lebih teruk anda mula rasa malas ingin menyiapkan tugasan diberikan.
Selain mengambil cuti untuk berehat anda juga sebenarnya boleh melakukan beberapa teknik untuk pastikan diri sentiasa ceria dan bersemangat di tempat kerja.
Ikuti beberapa teknik yang boleh diamalkan setiap hari agar hari-hari anda di pejabat terus ceria dan lebih produktif!
TIDUR CUKUP
Pastikan anda mendapat tidur yang cukup selama enam hingga lapan jam sehari. Percayalah tidur yang cukup menjamin hari yang lebih menyegarkan!
MULAKAN DENGAN SENAMAN
Curi masa yang sedikit sahaja setiap pagi, anda tak rugi! Asingkan diri selama 5 hingga 10 minit untuk melakukan senaman sama ada di rumah atau pejabat. Badan yang bersenam akan lebih peka dan segar.
AMBIL SARAPAN PAGI
Tahukah anda bahawa makanpagi merupakan waktu makan yang paling penting! Ia memberikan sumber tenaga awal kepada badan anda dan mampu mempengaruhi mood anda sepanjang hari. Jadi jangan skip breakfast ya!
MINUM AIR DENGAN CUKUP
Ini perkara asas yang sering orang lupakan. Pastikan badan anda sentiasa cukup air. Minum air kosong juga boleh elak anda mengambil makanan tak berkhasiat dan berminyak. Badan segar bila minum air yang cukup. Kalau tak percaya anda boleh cuba.
MAKAN BUAH
Buah-buahan merupakan antaera makanan yang penting kepada badan. Kaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan antioksidan ia mampu membuatkan badan anda berasa lebih segar dan bertenaga.
POSTUR BADAN
Ya, kedudukan bagaimana anda berdiri, duduk atau berehat juga sangat penting. Pastikan anda sentiasa mengamalkan kedudukan postur yang baik kerana ia boleh mempengaruhi kesegaran badan. Ia juga boleh elak anda berasa sakit otot.
JAGA BAU BADAN
Ini indikasi yang paling ketara bagi menunjukkan anda seorang yang mementingkan kebersihan dan juga kesegaran badan. Jika anda mempunyai masalah badan mudah berpeluh pastikan anda menggunakan deodoran yang sesuai. Usahlah guna deodoran yang tak sesuai dengan badan dan hanya menghasilkan bau kurang enak bukan sahaja untuk anda tetapi orang sekeliling.
PAKAIAN BERSIH SETIAP HARI
Elakkan memakai baju yang sama setiap hari. Untuk reaksi balas minda akan kesegaran badan pakailah baju yang bersih setiap hari. Cuba elak ulang pakai baju yang sama melebihi sekali.
JAGA KEBERSIHAN KAKI
Setiap hari di pejabat anda mungkin sentiasa memakai kasut. Kalau dibuka pun mungkin ketika anda berehat untuk menunaikan solat. Kebersihan kaki dengan menggunakan stokin dan kasut yang bersih boleh mempengaruhi mood seharian anda. Kaki yang berbau boleh buat anda rasa kurang senang dengan diri sendiri.
JANGAN TINGGAL SOLAT
Percayakah anda jika anda tidak menionggalkan solat perjalanan aktiviti harian akan berjalan dengan lebih lancar. Malah jika menyegerakan solat anda tidak akan rasa masa itu tak mencukupi. Segalanya akan lebih tenang dan menyegarkan. Faktor wudhuk juga boleh memberikan kesan kesegaran badan dengan luar biasa.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat yang baik untuk anda terutamanya yang sentiasa sibuk saban hari di pejabat. Selamat mencuba!
Dapatkan jam pintar pada harga hebat di sini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI