Bila sakit kepala menyerang semua kerja tak jalan. Segalanya jadi serba tak kena. Rasa sakit yang berpusing-pusing dan berdenyut-denyut.
Waktu sakit kepala inilah kita nak makan ubat untuk meredakannya. Sebenarnya tak elok jika anda sering bergantung kepada ubat-ubatan, takut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang.
Nak hilangkan sakit kepala dengan berkesan dan cepat? Anda boleh lakukan teknik akutekanan (acupressure) iaitu cara saintifik yang boleh meredakan sakit kepala.
Teknik ini merupakan cara urutan yang telah disahkan oleh beberapa pakar dan turut disokong oleh kajian saintifik. Urutan ini adalah satu cara lain bagi akupuntur dan refleksoterapi tetapi ia tidak memerlukan pengetahuan perubatan yang khusus.
Cara mengurut titik Akutekanan (Acupressure)
1. Duduk dalam keadaan yang selesa dan tenang. Pastikan posisi kedudukan tidak menyukarkan anda untuk melakukan urutan ini.
2. Urutan ini hanya mengambil masa yang singkat iaitu dari 30 saat hingga 1 minit secara purata.
3. Urut pada satu titik dengan tekanan yang lembut atau dalam pergerakan membulat.
Kebiasaannya, sakit kepala akan hilang ketika diurut atau selang 5 hingga 10 minit selepas melakukan urutan.
IKLAN
Terdapat 6 titik utama untuk menghilangkan sakit kepala
1. Titik Yintang
Titik mata tiga atau Yintang terletak di antara kedua-dua kening sejajar dengan laluan hidung melintasi dahi. Titik ini boleh menghilangkan keletihan pada mata.
2. Titik Zan Zhu
Titik semetri ini terletak di dalam kawasan kening. Dengan mengurut di bahagian ini, anda dapat melegakan hidung berair dan meningkatkan ketajaman mata. Urut selama 60 saat dengan pergerakan secara membulat.
IKLAN
3. Titik YingXiang
Titik ini terletak di kedua-dua sisi lubang hidung yang sebaris dengan mata. Untuk mencari titik ini, rasakan lekuk di bawah tulang pipi. Ia dapat membantu membuka sinus (ruang pada tulang di muka, belakang dan atas hidung), mengurangkan sakit kepala, sakit gigi dan melegakan stres.
4. Titik Tian Zhu
IKLAN
Titik ini terletak di belakang kepala di bahagian tengah antara telinga dan permulaan tulang belakang. Urutan pada bahagaian ini dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat, sakit pada mata dan telinga, sakit kepala yang teruk dan migrain.
5. Titik Shuai Gu
Titik Shuai Gu terletak 2cm hingga 3cm daripada permulaan garisan rambut anda. Rasakan lekuk kecil di titik ini. Urutan pada titik ini dapat melegakan sakit di bahagian tepi kepala dan menghilangkan keletihan pada mata.
6. Titik He Gu
Titik simetri ini terletak di belakang tangan antara ibu jari dan jari telunjuk. Mengurut pada bahagian ini dapat melegakan sakit belakang, sakit gigi dan tekanan pada otot leher.
Sebagai sukan paling popular global, bola sepak kini menjadi medan pelbagai jenama pembikin kasut bola atau but bola, mengetengahkan teknologi tercanggih mereka.
Antara pemain utama yang sentiasa meletakkan aras paling tinggi dalam industri ini ialah adidas. Sejak bola sepak direvolusikan sebagai sukan kompetitif yang berjalan seiring dengan perkembangan teknologi, but bola telah melalui pelbagai pengenalan fasa pembaharuan serta inovasi.
Seperti pemain profesional di liga-liga utama terkenal seperti EPL, Serie A, Bundesliga dan La Li Liga anda juga pasti mahu merasa bagaimana menggunakan but bola sepak yang terbaik dan paling penting menawarkan ciri-ciri yang mampu meningkatkan skil bola sepak.
Menerusi Superlative Pack terbaru yang diperkenalkan adidas, dua model terbarunya iaitu PREDATOR FREAK dan COPA SENSE mampu merealisasikan impian anda untuk beraksi seperti pemain bintang seperti Paul Pogba, Paulo Dybala, Toni Duggan, Marc-Andre Ter Stegan, David Alaba and Abby Dahlkemper.
Terlebih dahulu, jom kita kenali serba sedikit tentang dua but hebat terbaru diperkenalkan oleh adidas.
ADIDAS PREDATOR FREAK
Versi yang cukup menonjol pada visual dengan spike luaran dikenali sebagai DEMONSKIN. Inovasi terkini dari adidas ini menyaksikan penggunaan spike yang dihasilkan menggunakan algoritma komputer bagi memberikan poin sentuhan terbaik ketika melakukan sepakan.
Lebih menarik ia tampil dengan fungsi laceless dan dibina seperti dia pasang stoking dicantumkan bersama dengan teknologi upper PRIMEKNIT ditonjolkan bersama. Dihasilkan dari inspirasi 1998 PREDATOR ACCELERATOR dan 2000 PREDATOR PRECISION, penampilan dramatiknya bakal turut menjadi ikon di masa akan datang.
ADIDAS COPA SENSE
Nama adidas Copa tidak perlu lagi diperkenalkan. Tidak salah untuk MASKULIN katakan bahawa ia adalah nama but bola sepak yang paling terkenal sejak ia mula diperkenalkan sejak tahun 1979 dengan nama adidas Copa Mundial. Versi terbaharu, COPA SENSE meneruskan legasinya dengan penampilan klasik serba hitam dengan stud dan tapak belakang berwarna keemasan.
Manakala bahagian upper-nya pula menampilkan pengenalan teknologi FUSIONSKIN, material yang dihasilkan untuk sama seperti kaki pemain.
Ia sekali gus memberikan gaya klasik dan premium, kombinasi turut diminati pemain bintang seperti Paulo Dybala dan Eric Garcia. Dari segi teknologi, generasi terkini COPA ini telah melalui evolusi yang cukup signifikan. Ia dilengkapi dengan rekaan kolar ‘U-throat’ bagi memberikan keselesaan serta padanan yang sempurna pada kaki.
Berikut MASKULIN senaraikan beberapa tip bagaimana dua but bola sepak dari ADIDAS SUPERLATIVE PACK ini mampu membantu anda meningkatkan skil bola sepak.
CENGKAMAN HEBAT
PREDATOR FREAK dan COPA SENSE mempunyai karakteristik yang berbeza. Namun kedua-duanya mampu memberikan cengkaman yang sangat baik.
Mempunyai cengkaman baik di atas padang dalam situasi pelbagai jenis permukaan padang sangat penting untuk seorang pemain memberikan persembahan terbaik. Ia juga memberikan keselesaan untuk anda melakukan pelbagai skil gerakan pantas dengan mudah. Contohnya COPA SENSE yang dilengkapi SOFTSTUDS bagi cengkaman yang baik.
KONTAK YANG BAIK
Apa yang MASKULIN maksudkan dengan sentuhan disini ialah bagaimana anda sebagai pemain dapat merasakan sentuhan atau kontak di antara bola dan but dengan baik. Mempunyai kontak yang baik membolehkan anda memberi reaksi lebih pantas.
Seperti mana kita tahu dalam bola sepak seorang pemain harus melakukan gerakan sepantas fikirannya. Kedua-dua but bola sepak dari adidas ini memberikan sensasi sentuhan yang maksima.
FIRST TOUCH SEMPURNA
First touch is everything in football. Terutamanya jika anda bermain di posisi penyerang. Naluri seorang pencetak gol harus bermula dengan sentuhan pertama. Teknologi yang diperkenalkan oleh PREDATOR FREAK dan COPA SENSE mampu meningkatkan sentuhan pertama anda menjadi lebih sempurna.
Sebagai contoh PREDATOR FREAK dilengkapi teknologi CONTROLFRAME, tapak yang ringan dengan traction stud bagi memberikan kawalan seimbang. Manakala COPA SENSE pula dilengkapi Touchpods di mana ia merupakan kawasan sentuhan kaki dan bola.
FITTING SELESA
Seperti mana yang kita semua sedia maklum, penggunaan saiz yang betul pada but bola sepak sangatlah penting. Ia tidak seharusnya longgar dan juga terlalu ketat. Selepas mencuba menyarung dan menggunakannya sendiri, MASKULIN dapati PREDATOR FREAK dan COPA SENSE memberikan keselesaan yang cukup baik. Buat anda yang mempunyai kaki sedikit lebar mungkin lebih sesuai menggunakan COPA SENSE.
Manakala buat anda yang inginkan padanan yang benar-benar fit dan berpadu secara total dengan kaki, PREDATOR FREAK adalah jawapannya. Dengan material yang sangat superior digunakan, kaki tidak berasa sakit dan sukar untuk melecet. Pilihlah saiz anda atau true to size untuk padanan sempurna bagi meningkatkan skil kawalan serta gelecekan di atas padang.
TENDANGAN PADU
Ingin melakukan rembatan deras atau lencongan yang menarik? Jika menggunakan but bola yang biasa-biasa mungkin agak sukar. Bukan tidak boleh namun peratusnya untuk menjadi mungkin agak rendah. Namun dengan PREDATOR FREAK dan COPA SENSE, anda boleh melakukan rembatan deras atau tendangan lencongan lebih baik.
PREDATOR FREAK contohnya mempunyai DEMONSKIN yang mampu membantu tendangan lebih jitu dan padu. Dengan DEMONSKIN ini, anda boleh menghasilkan friction lebih tinggi ketika kaki melakukan kontak dengan bola. Sekali gus menjadikan tendangan lebih melencong atau curl.
Manakala COPA SENSE pula mempunyai Touchpods yang bukan sahaja memberikan kawalan bola yang baik tetapi membantu tendangan menjadi lebih jitu.
Jadi jika ingin meningkatkan kemampuan serta skil bola sepak ke aras lebih tinggi, anda bolehlah mencuba sendiri PREDATOR FREAK dan COPA SENSE. Kedua-dua but bola eksklusif ini boleh didapati di laman sesawang www.adidas.com.my atau outletnya yang terpilih dari 23 Februari ini.
Antara perkara yang paling dirisaukan kita ketika terbang dengan pesawat ialah keselamatan bagasi yang disimpan di bahagian penyimpanan.
Pasti ada sudah ada dengar banyak cerita tentang kerosakan bagasi yang diletakkan di ruang penyimpanan di dalam pesawat. Berbeza dengan bagasi yang boleh hand-carry, sekurang-kurangnya kita tahu akan kondisinya setiap masa.
Kita juga tak boleh salahkan petugas yang mengendalikan bagasi di lapangan terbang. Ini kerana mereka terpaksa berdepan dengan ribuan bagasi berbeza dari serata dunia setiap hari. Dan paling penting semua harus dialihkan dengan cepat dalam masa yang cukup singkat.
Jadi apa yang kita sebagai pengguna boleh lakukan? Mungkin tip di bawha ini boleh membantu anda!
Penuhkan beg
Bagasi yang padat dan penuh lebih baik, kerana ia akan termampat, sekiranya diletakkan dengan bertindih. Pastikan anda tidak meletakkan sebarang cecair, atau membiarkan zip tidak tertutup rapat. Ini akan menyebabkan, ada barang yang akan terkeluar, juga mungkin cecair tersebut akan pecah, dan meleleh keluar.
Pemegang bawah
Ia lebih mudah untuk dialihkan, dan dipindahkan, sama ada ke dalam pesawat, atau ke atas lori pengangkut. Tidak perlu susah-susah untuk menggunakan pemegang pada bahagian atas bagasi.
Ada empat roda
Ia lebih mudah, dan mempercepatkan proses pemunggahan, kerana bagasi boleh ditolak begitu sahaja, kepada rakan sekerja yang lain. Berbanding dengan yang hanya mempunyai 2 roda, yang mana, mungkin akan diseret begitu sahaja, oleh sebab ingin cepat.
Tag bagasi
Kalau tag yang besar, dan keras, ia pasti akan memudahkan untuk pengecaman. Tapi, disebabkan ia keras, sudah pasti mudah rosak, dan pecah, sememangnya membuatkan banyak serpihan berterabur. Jadi, jika ingin menggunakan tag, sebaiknya kecil, dan lembut, seperti pemegang kad yang lut sinar, adalah pilihan lebih baik.bagasi rosak, bagasi kapal terbang, kerosakan bagasi, kerosakan beg, kerosakan stroller, kerosakan baby carrier, kerosakan barang.
Tahan lasak
Sememangnya banyak bagasi di luar sana yang dikatakan sungguh ringan, dan ia menjadi pilihan ramai. Tetapi, jika bagasi ringan, sudah pasti tidak mempunyai banyak kerangka, dan ia menjadi salah satu faktor bagasi akan cepat rosak, khususnya bila dihempap antara satu sama lain. Jadi, tidak salah cari bagasi yang mahal sedikit, dan kuat, dari terpaksa menukarnya berulang kali.
Balut stroller
Jika melancong bersama anak kecil, sudah pasti akan membawa ‘stroller’ atau ‘car seats’, dan diletakkan di ruangan bagasi. Sebaiknya, balut dengan plastik, atau diletakkan dalam beg khas. Ini kerana, tali yang dibiarkan daripada ‘stroller’ dan ‘car seats’ akan menyukarkan kerja pemindahan, disebabkan tersangkut pada benda lain. Pastikan anda memudahkan urusan pemindahan.
Usah renyah
Sama ada Louis Vuitton, atau apa sahaja bagasi berjenama mahal, tidak semestinya akan diberikan layanan yang istimewa. Sekiranya beg mahal anda kotor, tidak usah untuk di ‘complain’, kerana beg bertujuan untuk melindungi barang di dalamnya, bukan diri mereka.
Jadi, pastikan anda cuba yang terbaik dari segi pemilihan bagasi, juga apabila diserahkan untuk diletakkan pada bahagian penyimpanan. Tidak salah untuk kita berusaha lebih, dalam memudahkan kerja mereka yang lain, yang mana akhirnya bagasi kita selamat tiba ke destinasi.
Memiliki rupa yang mirip Ummi Nazeera, hampir kebanyakkan orang gagal membezakan mereka berdua, melainkan hijab yang dipakai oleh Ummi Nazira.
Beliau yang dimaksudkan adalah abang kepada Ummi, Dato Nazreem Musa. Individu ini mula tular di media sosial selepas netizen memuji rupa paras yang dimiliki Nazreem. Ketepikan soal split identity dan sebagainya, jika dilihat pada wajahnya jelas sekali beliau seorang yang bertuah! Manakan tidak,fizikalnya sebagai seorang lelaki sudah pasti meruntun gadis di luar sana, dan jika ditata rias sebagai seorang wanita sememangnya kelihatan sungguh jelita!
Jom kita stalks gambar figura ini yang hangat diperkatakan di media sosial.
Jadi Lelaki Kacak, Jadi Perempuan Cantik
Stylo & Bergaya Habis
Selain pencapaiannya yang meraih gelaran Dato di usianya yang masih muda, menurut netizen Nazreem juga begitu menyayangi Ummi.Malah dia juga menyayangi Fazura seperti kakaknya sendiri. Beruntung bukan Ummi punyai abang seperti Nazreem?