Selalu kita lihat para petugas kesihatan baik di klinik mahupun hospital bekerja sepenuh masa tanpa menunjukkan sebarang tanda penat. Namun, jauh di sudut hati mereka sebagai petugas kesihatan sebenarnya sangat penat hingga bila terduduk sebentar mereka boleh tertidur.

Sebelum melancarkan rekaan terkini, NIKE telah membuat percubaan produk di sebuah hospital di Portland, Oregon, Amerika Syarikat. Ia sememangnya direka khas untuk hero yang tidak didendang dari kalangan doktor, jururawat, pembantu kesihatan dan semua kakitangan yang bertugas samada di klinik ataupun hospital.

BACA: Imbau Kenangan Siri Animasi TV Spongebob Squarepant Dengan Koleksi Nike Kyrie

Melihat daripada fizikal kasut ini, ia direka tanpa melibatkan sebarang tali kasut. Pemakai hanya perlu ‘Slip on’ atau sarung sahaja ke kaki mereka. Ini membuatkan tugas mereka menjadi lebih mudah untuk menyarung serta membuka kasut di hospital.

IKLAN

Selain itu, logo jenama Nike diletakkan di tepi kasut berserta lambang ikonik Swoosh. Terdapat juga dua gelang penarik untuk memudahkan proses membuka serta menyarung kasut ke kaki anda tanpa perlu menggunakan kedua-dua belah tangan.

IKLAN

Masa yang sama, tapak dalamannya juga memberikan serapan hentakan yang mantap sekaligus membuatkan pemakai tidak merasa sakit kaki. Untuk rekaan ini, ia tidak hadir dalam satu jenis warna sahaja, ini kerana ia ditampilkan dengan enam lagi rekaan dengan pelbagai kombinasi warna. Ia juga bakal dilancarkan melalui koleksi Doernbecher Freestyle 2019.

IKLAN

Anda boleh memiliki kasut ini bermula pada bulan December 2019 dan segala keuntungan pembelian akan disumbangkan kepada OHSU Doernbecher Children’s Hospital.

Sumber: Hypebeast