Sebagai di antara ‘pemain utama’ industri pembikinan telefon pintar, Samsung sentiasa tampil dengan idea-idea radikal dalam rekaan serta teknologi yang diperkenalkan mereka.

Di antara model telefon pintar mereka yang paling menarik perhatian dalam tempoh terdekat ialah dari model boleh lipat. Jika sebelum ini ia dianggap mustahil, Samsung telah membuktikn tiada sempadan tidak dapat direntasi dengan teknologi hebat mereka.

Terbaru jenama gergasi Korea ini memperkenalkan Samsung Galaxy Z Fold2. Ia sarat dengan penambahbaikan yang lebih baik berbanding versi pertamanya.

Telefon Pintar Boleh Lipat Generasi Baru, Samsung Galazy Z Fold2

Telefon Pintar Boleh Lipat Generasi Baru, Samsung Galazy Z Fold2

Telefon Pintar Boleh Lipat Generasi Baru, Samsung Galazy Z Fold2

IKLAN

Antara yang paling ketara ialah Cover Screen yang lebih besar dan Main Screen yang mampu memberi kepuasan visual kepada pengguna.

TELEFON PINTAR REKAAN TERKINI

Salah satu sebab mengapa ramai memilih jenama ini ialah kerana rekaannya yang berani dan tidak takut untuk menjadi trendsetter dalam pasaran. Skrin sebenar 6.2 inci Infinity-O Cover Screen memberikan pengalaman visual maksima. Apabila dilipat ia menjadi Main Screen dengan saiz 7.6 inci.

Malah ia juga berfungsi dengan kadar refresh 120Hz untuk pengalaman scrolling dan perminan video tabg lebih lancar dan cantik. Sistem audionya juga tidak kalah dengan bunyia stereo yang dihasilkan dari high-dynamic dual speakers.

IKLAN

Untuk permukaannya pula telefon pintar ini menggunakan Samsung Ultra Thin Glass di bahagian Main Screen yang memberikan rasa lebih premium.

MAMPU BERSAING

Telefon Pintar Boleh Lipat Generasi Baru, Samsung Galazy Z Fold2

 

IKLAN

Telefon Pintar Boleh Lipat Generasi Baru, Samsung Galazy Z Fold2

Pengalaman fotografinya juga dikatakan lebih memuaskan. Sebagai contoh pengguna boleh mengakses dua skrin iaitu Main dan Cover dalam satu masa dengan Dual Preview. Jadi kedua-dua pihak boleh meilhat apa yang dirakamkan sekali gus.

Telfon pintar yang diumumkan pada 1 September lalu ini bakal menjadi perhatian ramai selepas ia dikeluarkan tidak lama lagi. Walaupun Samsung kini dilihat mendapat saingan cukup hebat terutamanya dari pelbagai jenama China, namun penggemar jenamanya dilihat masih setia.

Pengenalan segmen baharu untuk telefon pintar ini diyakini mampu menarik semula pengguna lama mereka tertarik dengan pelbagai inovasi baharu.

Buat anda yang mencari telefon pintar pada harga yang cukup menarik boleh dapatkannya di sini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI