Saban tahun pengeluar telefon pintar berlumba-lumba menghasilkan peranti yang bukan sahaja pantas tetapi memberikan pengalaman lebih menarik kepada pengguna. Jadi tidak hairanlah menghpa pengguna kini cukup berada di dalam dilema bila ingin membeli telefon pintar yang baru.

Salah satu jenama yang kian mendapat tempat di hati pengguna ialah OnePlus. Terbaru, jenama tersebut melancarkan telefon pintar flagship terbarunya, OnePlus 10T 5G. Lebih menarik lagi ia turut hadir bersama sistem operasi utamanya terbaru, OxygenOS 13.

Telefon Pintar OnePlus10T 5G Hadir Bersama Sistem Operasi Terbaru OxygenOS 13

OnePlus 10T 5G juga merupakan telefon pintar perdana kedua dilancarkan OnePlus pada tahun ini, membawa pengguna Berevolusi Melangkaui Kelajuan (Evolve Beyond Speed).

“Kami sangat teruja dengan pelancaran OnePlus 10T 5G dan OxygenOS 13 bersama peminat serta rakan kongsi di seluruh dunia,” kata Pete Lau, Pengasas OnePlus.

“OnePlus 10T 5G mengangkat prestasi kami yang pantas dan lancar (fast and smooth) ke tahap yang lebih tinggi pada harga yang sangat kompetitif, manakala OxygenOS 13 pula menjadikan sistem operasi kami lebih hebat di samping reka bentuk yang kemas serta ciri yang ditambah berdasarkan permintaan pengguna, seperti pilihan paparan sentiasa tersedia yang dipertingkatkan.”

TAWARAN PRESTASI PANTAS

OnePlus 10T 5G membawakan prestasi pantas dan lancar ke tahap yang lebih tinggi dengan Platform Mudah Alih Snapdragon 8+ Gen 1 (Snapdragon 8+ Gen 1 Mobile Platform).

IKLAN

Ia menawarkan kelajuan unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan unit pemprosesan grafik (GPU) yang lebih pantas dengan kecekapan yang dipertingkatkan, hingga 16 GB RAM LPDDR5 serta sistem penyejukan yang terbesar, tercanggih dan paling berkuasa dalam peranti OnePlus.

Telefon Pintar OnePlus10T 5G Hadir Bersama Sistem Operasi Terbaru OxygenOS 13

Dengan sokongan 150W SUPERVOOC Endurance Edition, OnePlus 10T 5G menjimatkan masa pengecasan yang membolehkan pengguna mempunyai lebih banyak masa menggunakan peranti semahunya.

150W SUPERVOOC Endurance Edition memberikan kuasa hingga satu hari selepas hanya 10 minit pengecasan, dengan pengecasan penuh daripada satu hingga 100 peratus yang hanya mengambil masa 19 minit.

IKLAN

Telefon Pintar OnePlus10T 5G Hadir Bersama Sistem Operasi Terbaru OxygenOS 13

Dalam masa yang sama, sistem pengecasan OnePlus 10T 5G direka dengan selamat dan efisyen menggunakan beberapa siri teknologi seperti Enjin Kesihatan Bateri (Battery Health Engine) yang memanjangkan jangka hayat dan mengekalkan kapasiti bateri berkuasa besar 4,800 mAh OnePlus 10T 5G.

Sistem pengecasan OnePlus 10T 5G menawarkan dua pam pengecasan, bukannya satu seperti kebanyakan telefon pintar lain, untuk memastikan kelajuan pengecasan yang lebih pantas di samping keselamatan yang lebih baik, kecekapan yang dipertingkatkan dan pengurangan haba.

REKAAN LUARAN

OnePlus 10T 5G meningkatkan ideologi reka bentuk tanpa beban OnePlus dengan rekaan struktur yang menawarkan rasa pegangan yang sangat selesa serta diserikan dengan warna Jade Green yang mempersonakan.

IKLAN

Paparan 6.7 inci meliputi bahagian hadapan OnePlus 10T 5G dan memberikan tontonan serta pengalaman pengguna yang luar biasa dengan kadar penyegaran 120 Hz yang turut membantu memelihara hayat bateri dengan lebih baik supaya peranti boleh digunakan dengan lebih lama semasa dicas. Paparan OnePlus 10T 5G diperakui HDR10+ dan mempunyai sokongan asal untuk warna 10-bit bagi pengalaman tontonan yang lebih menakjubkan dan realistik.

Telefon Pintar OnePlus10T 5G Hadir Bersama Sistem Operasi Terbaru OxygenOS 13

OnePlus 10T 5G dilengkapi dengan sistem tiga kamera di bahagian belakang dengan sensor utamanya, Sony IMX766 50 MP yang mempunyai penstabilan imej optikal (OIS, Optical Image Stabilisation), Nightscape 2.0 dan prestasi HDR dipertingkatkan, membolehkan pengguna mengambil gambar yang cantik dalam keadaan terang dan cahaya malap.

Turut menyokong kamera utama OnePlus 10T 5G adalah kamera ultra lebar dan kamera makro, masing-masing membolehkan pengguna merakamkan lebih banyak dalam tangkapan mereka ataupun merakamkan dengan jelas subjek yang lebih dekat.

OnePlus 10T 5G dijangka akan mula boleh didapati di pasaran tempatan bermula 1 September 2022.

https://www.youtube.com/watch?v=Vn1YMsBxUrg&t=444s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI