Suatu ketika dahulu televisyen merupakan sebuah mesin berbentuk segi empat yang mengeluarkan visual dan audio yang memberikan hiburan serta informasi dari semasa ke semasa. Namun pada masa kini, televisyen telah melalui evolusi teknologi yang cukup luar biasa.

Bukan sahaja kualiti pada visual dan audio yang cukup realistik, televisyen juga memainkan peranan sebagai antara hub penting dalam akviviti harian kita. Sama ada untuk tontonan, hiburan atau pun membantu melancarkan tugasan kerja. Televisyen moden kini memiliki segalanya.

Televisyen Samsung Neo QLED 8K TV Diangkat Sebagai Antara Terbaik Di Pasaran

Sebagai jenama yang diangkat pengeluar televisyen terbaik selama 16 tahun berturut-turut, Samsung sentiasa ke hadapan memperkenalkan inovasi paling moden untuk pengguna. Baru-baru ini, Samsung Malaysia Electronics telah melancarkan koleksi televisyen terbaru mereka dalam satu majlis bersama pihak media.

Seleksi televiyen terbaru Neo QLED 8K TV menjadi paparan utama yang dipersembahkan oleh mereka. Ia bukan sahaja memberikan visual luar biasa untuk kediaman tetapi mampu menjadi hub serta perintis dalam elemen sosial terkini. Ia boleh menjadi pelengkap konsol gaming dan juga SmartHub untuk kawalan rumah mengikut citarasa.

Sentiasa mengetengahkan tema ‘people-first technology’, Neo QLED 8K TV menjadi antara televisyen terbaik dari segenap aspek di pasaran.

IKLAN
Televisyen Samsung Neo QLED 8K TV Diangkat Sebagai Antara Terbaik Di Pasaran
Ketua Bahagian Elektronik Pengguna Samsung Malaysia Electronics, Jimmy Tan

Menurut Ketua Bahagian Elektronik Pengguna Samsung Malaysia Electronics, Jimmy Tan berkata, “Selama 16 tahun berturut-turut menjadi pelopor utama pengeluar televisyen dengan lapan tahun sebagai peneraju soundbar di dunia, Samsung benar-benar memahami tanggungjawab memberikan yang terbaik kepada pengguna.

“Disebabkan itulah Samsung sentiasa komited dengan visi ‘Together for Tomorrow’ bagi membawa inovasi terbaik ke hadapan untuk kepelbagaian gaya hidup di samping menjaga kelestarian alam.

Televisyen Samsung Neo QLED 8K TV Diangkat Sebagai Antara Terbaik Di Pasaran

SINEMATIK TERUNGGUL

Seleksi terbaru Neo QLED 8K TV menyaksikan ia dilengkapi dengan teknologi Quantum Technology Pro (bersama Quantum Mini LED) dan juga Shape Adaptive Light Control yang memberikan paparan lebih terperinci dan kontras lebih mantap.

IKLAN

Bagi memberikan pengalaman tontonan serta penggunaan audio terbaik, ia dilengkapi dengan Dolby Atmos Experience Sound. Ciri-ciri ‘PC to TV’ juga memberikan sensasi hibrid bagi melancarkan dan membantu tugasan kerja anda seperti persidangan video. Ia juga memudahkan sebarang perkongsian data di skrin dilakukan denghan pantas dan mudah.

Televisyen Samsung Neo QLED 8K TV Diangkat Sebagai Antara Terbaik Di Pasaran

Dari segi pengalaman gaming pula, Neo QLED 8K TV merupakan yang pertama menampilkan teknologi AMD FreeSync Premium Pro bagi menyingkirkan koyakan pada visual dan juga ‘stuteering framerates’ yang menggangu kelancaran visual gaming.

Selain lapan seleksi Neo QLED 8K TV, turut diperkenalkan adalah peranti hebat mereka seperti projektor The Freestyle, The Frame, The Seriff dan banyak lagi.

IKLAN

Televisyen Samsung Neo QLED 8K TV Diangkat Sebagai Antara Terbaik Di Pasaran

Sebagai menyokong kelestarian alam, alat kawalan jauh Neo QLED 8K TV menampilkan teknologi SolarCell di mana ia tidak menggunakan bateri. Sebaliknya ia ‘menuai’ tenaga menerusi panel solar. dan juga frekuensi radio dari peranti menggunakan rangkaian Wi-Fi.

Untuk maklumat lanjut tentang Neo QLED 8K TV anda boleh layari laman sesawang rasmi mereka di https://www.samsung.com/my/tvs/all-tvs/?neo-qled-tv.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!

https://www.youtube.com/watch?v=crPc455oynI&t=182s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI