Isu telur sedang hangat diperkatakan. Lagi-lagi baru-baru ini kecoh tentang kes pertama kematian yang melibatkan seorang wanita berusai 25 tahun dan merupakan mangsa keracunan ‘pudding buih’ kerana pembuatnya menggunakan telur tamat tempoh.

Public Health Malaysia mengajar orang ramai untuk memeriksa sebelum membeli telur kerana telur yang rosak mengandungi Salmonella yang boleh menyebabkan demam, muntah, cirit dan kematian.


Namun bukan itu yang MASKULIN mahu bangkitkan. Isu sekarang ini adakah penyediaan telur setengah masak ini baik untuk kesihatan atau tidak.

Menurut video SazOne Channel di Youtube, telur merupakan antara makanan yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan jarang ditemui di dalam diet lain.

IKLAN

Selain dari mempunyai kandungan kalori yang rendah, ia juga mengandungi vitamin yang diperlukan dalam badan.

Namun telur mentah, lebih terdedah dengan bakteria Salmonella yang boleh menyebabkan jangkitan dalam badan. Oleh itu cara memasak telur sangat penting untuk membunuh kuman Salmonella.

Bagaimanapun, telur setengah masak mungkin tidak membunuh kuman sepenuhnya. Maka ada sesentegah individu yang kalah dengan kuman tersebut.
Telur setengah masak ini sangat tidak digalakan buat golongan seperti wanita mengandung, kanak-kanak dibawah 5 tahun dan pesakit kronik seperti kanser.
Kerana bimbang kesan seperti keguguran kandungan, jangkitan teruk, sawan dan cirit birit.

Namun tidaklah salah untuk anda nikmati telur setengah masak, cuma anda perlu berhati-hati apabila menikamti makanan ini.

Ini penyediaan telur separuh masak yang baik

  1. Didihkan air terlebih dahulu, tunggu sehingga air menggelegak
  2. Basuh telur seberapa banyak yang diinginkan
  3. Apabila air sudah menggelegak dengan sempurna, padamkan api
  4. Pastikan telur yang direndam selama 7 minit
  5. Kemudian angkat dan bilaskan dengan air paip selama 12-15 saat.
  6. Anda boleh Nikmati telur rebus dan siap dihidangkan.

Oleh itu pilihan nikmati telur adalah telur rebus dan telur goreng, namun harus diingat jika digoreng kandungan kalori akan meningkat tinggi. Malah, anda juga digalakan untuk menyimpan telur di peti sejuk dan jangan dibiarkan di luar.

Sumber: SazOne Channel