Spritzer Berhad bakal mengubah landskap bandar menjadi taman permainan kreativiti dan ekspresi diri dengan pelancaran festival belia yang menarik, “So Tinge! YouthTopia, Unlock Imaginasimu” di Lalaport Rooftop, Bukit Bintang.
Kemuncak festival ini ialah menaiki Belon Udara Panas yang pastinya bakal menjadi saat yang berbaloi dirakamkan dan diabadikan di media sosial anda.
Untuk merancakkan festival ini, ia akan diisi dengan pelbagai aktiviti yang dinamik, termasuk pameran cosplay, persembahan secara langsung oleh kumpulan Insomniacks.
Ads
“Festival ini bertujuan untuk menyediakan ruang yang selamat dan bebas pertimbangan untuk individu muda meneroka, mengalami dan mengekspresikan diri mereka dalam perjalanan penemuan diri, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Spritzer Berhad, Kenny Lim.
“Melalui acara yang menggembirakan ini, kami berharap dapat memperkayakan kehidupan belia, menawarkan mereka platform untuk mempamerkan bakat dan kreativiti mereka dalam suasana yang menyeronokkan”.
Ads
Festival akan berlangsung selama dua hari bermula 25 hingga 26 November 2023, dari 11 pagi hingga 10 malam.
Ads
Antara tarikan yang ada pada hari pertama (25 November) termasuklah Belon Udara Panas, persembahan Insomniacks, Youth Live Bands, Street Graffiti dan banyak lagi.
Pada hari kedua pula, keseronokan diteruskan dengan Belon Udara Panas, Kpop Random Play Dance, pertandingan Cosplay dan lain-lain aktiviti.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas pertarungan sengit menentang Johan Estupinan baru-baru ini, Jojo tanpa ragu-ragu meminta untuk bertemu sekali lagi dengan lawannya itu.
Walaupun tidak berjaya memenangi pertarungan tersebut, Jojo merasakan perlawanan itu cukup sengit dan bukan kekalahan yang besar buat dirinya.
“Fight tu agak close fight sebab Jojo tak kalah jauh pun sebenarnya. Jojo tahu sebelum masuk fight tu yang memang fight ni susah sebab dia undefeated. Johan Estupinan rasanya 26 atau 27 kali fight undefeated, jadi Jojo memang tahu cabaran besar menanti,” ujar Jojo.
Namun, semangatnya tetap tinggi untuk bangkit dalam pertemuan seterusnya.
“Nak cakap tak konfiden tak jugak, so dalam next fight Jojo akan perbaiki semua aspek. Setiap fight menang atau kalah, Jojo pasti belajar sesuatu at least satu atau dua perkara,” tambahnya lagi.
Menghadapi lawan sekuat Johan Estupinan bukan tugas mudah, tetapi Jojo yakin dengan kemampuan dirinya.
Beliau berazam untuk memperbaiki teknik dan strategi dalam perlawanan seterusnya.
“Dalam next fight, Jojo akan improve on footwork, boxing semuanya Jojo akan perbaiki,” katanya dengan penuh tekad.
Keazaman Jojo untuk bangkit menunjukkan betapa seriusnya beliau dalam dunia pertarungan.
Kelemahan dalam perlawanan terdahulu akan dijadikan pengajaran bagi memastikan prestasinya lebih cemerlang di masa hadapan.
Tekanan sebelum, semasa dan selepas perlawanan adalah sesuatu yang perlu dihadapi oleh setiap atlet.
Bagi Jojo, pegangan agama menjadi faktor utama yang membantunya menghadapi saat-saat sukar.
“Agama lah yang betul-betul tolong sebenarnya. Walaupun Jojo nampak seorang yang bukannya Jojo nak cakap Jojo ni insaf ke, tapi of course agama menolong kita bila betul-betul stress. Jojo just let go, biar Tuhan yang membantu kita,” jelasnya.
Kepercayaan dan keyakinan ini menjadi asas ketenangan Jojo dalam setiap perlawanan.
Dengan sokongan mental yang kukuh dan keazaman tinggi, beliau bersedia untuk kembali ke gelanggang dan membuktikan kemampuannya sekali lagi.
Jojo kini tidak sabar untuk menghadapi pertarungan seterusnya dan peminat pastinya teruja untuk melihat sejauh mana perkembangan serta strategi yang bakal ditampilkan olehnya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
SUSU MENGANDUNGI KALSIUM SERTA PELBAGAI LAGI NUTRISI PENTING UNTUK TUBUH YANG PERLU DIAMBIL SECUKUPNYA. KETAHUI PELBAGAI RAHSIA DAN TIP MENARIK MENGENAI SUSU UNTUK DIET ANDA!
Lemak susu tidak menyebabkan kegemukan. Amalan diet yang tidak seimbang menyebabkan pengumpulan lemak lalu mendorong kearah kegemukan.
● Sebelum tidur, digalakkan untuk minum segelas susu panas yang dapat melonggarkan otot-otot tegang dan menenangkan saraf, sekaligus memberi peluang untuk anda mendapatkan rehat dan tidur yang lena selepas seharian bekerja.
● Tidak kira susu segar mahupun susu tepung, ia mengandungi kandungan vitamin dan kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang dan penyembuhan luka, vitamin untuk sel darah, tenaga untuk melakukan aktiviti seharian serta riboflavin yang menjadikan kulit cerah berseri.
● Digalakkan untuk minum 1-3 gelas susu sehari.
● Susu menjadikan badan lebih sejuk dengan mengekalkan tahap cecair dalam badan.
SUSU DIET YANG PENTING
Susu adalah sumber diet penting terutamanya buat kanak-kanak kerana waktu inilah tumbesaran badan bermula. Namun, jika diminum dalam kadar berlebihan, badan menerima sumber tenaga yang terlalu banyak dan ini mengakibatkan ‘hyper-active’ dan kecelaruan sistem badan. Jika terlalu banyak tenaga dalam badan, digalakkan untuk anda bersenam bagi membebaskan tenaga berlebihan itu.
Apa yang pasti, coklat dan susu mengandungi tenaga yang sama banyak. Apa yang berbeza adalah kandungan karbohidrat dan gula dalam coklat yang lebih memudaratkan. Jadi, lebih baik pilih hidangan yang baik untuk tubuh badan bagi menjamin kesihatan di masa hadapan.
KREATIF DENGAN SUSU
● Jika inginkan kelainan dalam hidangan susu, cuba tambahkan sesudu badam yang sudah dibakar dan dikisar halus berserta satu sudu madu. Amalkan setiap pagi dan malam. Ia membantu menajamkan minda dan menguatkan daya ingatan.
● Jika lapar di malam hari, elakkan makan nasi. Apa kata minum segelas susu berserta beberapa biji kurma. Selain mengenyangkan, ia juga menyihatkan serta mengelakkan masalah kegemukan.
TIDAK SUKA SUSU?
Jika anda bukan penggemar susu putih, cuba cari penyelesaian untuk kekal sihat dengan pelbagai nutrisi yang terdapat di dalamnya. Anda boleh mencuba minuman serbuk coklat Dutch Lady. Enak dinikmati secara sejuk mahupun panas mengikut citarasa anda. Walaupun kandungan susunya hanya 53 peratus, namun tetap memberi nutrisi baik untuk badan. Menariknya, ia mengandungi sukrosa, manisan yang diperbuat daripada tanaman semula jadi. Ketahuilah khasiat segelas minuman coklat bersamaan dengan kebaikan sebiji telur.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin memang ada sesetengah perkara boleh diperbaiki dalam diri anda, maklumlah tiada manusia biasa yang sempurna dalam dunia ini. Tetapi kalau si dia kerapkali mencuba mengubah anda menjadi Mr. Perfect di matanya dan menyebabkan anda tidak selesa, maka mungkin dia bukanlah calon sesuai untuk anda.
Wanita yang terbaik adalah mereka yang boleh menyesuaikan diri dengan ketidaksempurnaan atau perubahan diri anda. Mungkin anda ingin menyimpan sedikit jambang atau membiar janggut tumbuh di dagu ataupun telah ‘tertambah’ sedikit berat badan, namun si dia masih tetap menyayangi anda seadanya.
DIA YAKIN DENGAN TUBUH BADAN SENDIRI
Ramai wanita yang merungut mahu diet dan kuruskan badan seumpama seorang supermodel. Setiap kali tahun baru, mereka pun memasang azam untuk mengurangkan berat badan. Masuk tahun ini, mungkin sudah 8 tahun azam itu masih belum tercapai. Carilah pasangan yang confident, selesa dengan diri sendiri dan tidak obses untuk berdiet sehingga makan nasi saja setiap hari.
DIA SEORANG PENDENGAR SETIA
Kadangkala ada sesetengah orang perempuan lebih suka bercakap daripada mendengar. Asyik cerita pasal diri sendiri sahaja. Letihlah, penatlah, mengantuklah. Tak pernah tanya langsung pun pasal anda.
Kalau anda mempunyai pasangan yang sanggup bertanya, mendengar cerita dan keluh-kesah anda, maka anda seorang yang bertuah. Dia juga tidak pandai-pandai ‘mengajar’ anda dan hanya akan memberi nasihat kalau anda minta. Awesome kalau dapat wanita macam ini!
DIA SANGAT ‘CLICK’ DENGAN ANDA
Apabila anda bersembang dengannya, anda berdua sering mempunyai pandangan dan penilaian yang sama terhadap perkara-perkara umum dalam kehidupan. Misalnya anda berkongsi pendapat yang sama tentang kepentingan pendidikan sivik dalam masyarakat dan pandangan mengenai adab perhubungan dengan orang lain.
Pendek kata, sembanglah apa-apa topik sekalipun, hatta bidang politik, ekonomi, sosial ataupun kerohanian, anda berdua mempunyai wavelength yang sama. Bayangkanlah betapa harmoninya hidup berdua sehingga ke akhir hayat.
DIA BERSIKAP TERBUKA TENTANG DIRINYA
Anda perlu jaga baik-baik teman wanita yang tidak berahsia dengan anda. Anda tahu latar belakang keluarga dan cerita zaman kanak-kanaknya, anda tahu segala masalah hidupnya, anda tahu setiap perkara yang merisaukannya dan anda juga tahu setiap obsesi dirinya sepanjang kehidupan.
Dia menceritakan segala-galanya kerana dia menginginkan anda menyayangi dirinya seadanya. Bukan ibarat muka berjerawat tetapi dilindungi oleh bedak setebal 4 inci. Itu dusta namanya. Jika dari awal perhubungan lagi si dia bersikap terbuka tentang setiap perkara, insyaAllah hubungan anda berdua boleh kekal lama.
ANDA SENTIASA TERHIBUR DAN SERONOK BERSAMANYA
Anda sentiasa terhibur dan have fun apabila bersama dengannya. Anda juga menghargai setiap lawak bodohnya, meme atau video lucu yang dikongsi dan boleh ketawa berdekah-dekah tentang perkara kelakar yang sama.
DIA TIDAK CLINGY DAN SIBUK NAK JADI BELANGKAS
Dipendekkan cerita, dia tak merungut kalau anda busy dan perlu siapkan banyak perkara. Dia membiarkan sahaja anda punya waktu peribadi dan tak kuat cemburu buta.
DIA SUKA BERJUMPA AHLI KELUARGA DAN RAKAN ANDA
Dia tak kisah ikut giliran balik beraya ke kampung anda kerana dia faham tanggungjawab anda sebagai anak lelaki. Wanita yang cool juga boleh menerima rakan-rakan anda dan lebih cool jika boleh turut serta melepak minum teh tarik bersama anda dan rakan-rakan.
DIA TAK KUAT MEMBEBEL
Perkara terakhir ini selalunya yang paling ditakuti dan digeruni oleh orang lelaki. Pasangan wanita yang awesome adalah mereka yang tidak suka mencari kesalahan, boleh mengabaikan benda remeh-temeh dan tak kuat berleter. Kalau dapat kahwin dengan perempuan macam ini, alangkah bahagianya hidup.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.