Tak ada sesiapa pun sukakan suasana yang cukup stress kerana ia boleh mengganggu prestasi kerja dan kehidupan harian kita.

Tambahan pula, stress boleh membuatkan anda mengalami perkara seperti berikut :

  1. Hilang fokus
  2. Tidak digemari orang sekeliling
  3. Cepat panas baran
  4. Sukar memberi tumpuan dan perhatian
  5. Cepat mengantuk dan letih
  6. Tidak produktif
  7. Hilang seri pada wajah
  8. Kesihatan boleh terjejas

Sehubungan itu bagi menyelesaikan masalah anda, penulis ingin kongsikan beberapa tips yang boleh anda gunakan bagi menghilangkan stress seterusnya kembali ceria dan aktif :

1. Hubungi orang yang tersayang

Tengah Stress Ke Tu? Apa Kata Cuba Buat 10 Perkara Ini

Percayalah.. apabila mendengar suara orang yang tersayang, anda akan berasa sedikit lega. Tidak kiralah orang yang tersayang itu ibu, ayah, isteri atau anak. Mendengar suara mereka walaupun hanya melalui telefon, sesak di dada boleh berkurangan kerana secara automatik, anda akan menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghembus segala kekusatan yang ada. Lebih-lebih lagi kalau anda terdengar suara si manja anda yang sedang riuh belajar untuk bercakap.

2. Urut telinga berulang kali

Tengah Stress Ke Tu? Apa Kata Cuba Buat 10 Perkara Ini

Nampak macam kelakar tetapi urut telinga ini sebenarnya merupakan antara cara sangat efisien untuk melegakan tekanan. Tambahan pula teknik ini boleh membebaskan
endorfin dalam otak dan membuatkan anda berasa lebih tenang. Endorfin adalah satu perasaan tenang yang boleh muncul secara automatik. Cara untuk mengurut telinga ini adalah dengan menggosok kawasan luar telinga (bahagian hadapan) dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Picit kawasan tersebut dari cuping telingan dan ke atas. Kemudiannya, teruskan urutan sehingga ke kawasan belakang telinga.

3. Lukis dengan jari atau conteng sepuas-puasnya

IKLAN

Tengah Stress Ke Tu? Apa Kata Cuba Buat 10 Perkara Ini

Apa kata ekspresikan diri anda melalui apa sahaja kaedah seni yang berfungsi sebagai satu bentuk pembebasan. Lebih khusus lagi, lukisan menggunakan jari membolehkan anda untuk menjadi lebih kreatif tanpa apa-apa sekatan dengan harapan supaya anda dapat bereksperimen dengan cat jari dalam apa-apa cara yang anda mahu seperti kanak-kanak lakukan. Jika tidak, gunakan krayon atau apa-apa sahaja. Lukiskan perasaan anda pada kanvas dan lihatlah hasilnya. Marah? Penat? Terbelenggu? Semuanya ada di depan mata.

4. Cium bau epal hijau

Tengah Stress Ke Tu? Apa Kata Cuba Buat 10 Perkara Ini

Mencium bau epal hijau atau mana-mana buah-buahan sitrus yang lain boleh mengurangkan sakit kepala dan melegakan tekanan. Kajian menunjukkan bahawa penghidap migrain kronik yang menghidu aroma epal hijau melaporkan bahawa kesakitan mereka berkurangan.

5. Lihat keindahan alam

IKLAN

Tengah Stress Ke Tu? Apa Kata Cuba Buat 10 Perkara Ini

Ambil masa untuk bercuti buat seketika dan lihatlah keindahan alam. Kajian menunjukkan dengan melihat alam, anda dapat menenangkan minda. Anda boleh melihat lautan ombak, titisan hujan atau apa sahaja yang akan menyumbang kepada ketenangan minda. Lihatlah alam lebih kurang 20 minit setiap hari dan anda akan mula merasa perbezaannya.

6. Makan makanan yang boleh hilangkan stress

Tengah Stress Ke Tu? Apa Kata Cuba Buat 10 Perkara Ini

Mungkin ada dia antara anda tidak tahu wujudnya makanan yang boleh menghilangkan stress. Cuba ambil asparagus, avokado, telur, ikan salmon, susu, badam, buah oren, bayam, labu, mangga, dark chocolate dan oatmeal. Kebanyakan makanan ini memberikan anda vitamin yang berguna dan protein, omega-3, vitamin C, B2 dan E dan boleh memberikan kesan yang menenangkan. Tak cuba, tak tahu hasilnya.

7. Pecahkan belon

IKLAN

Tengah Stress Ke Tu? Apa Kata Cuba Buat 10 Perkara IniApabila anda merasa tertekan, anda cenderung untuk mengambil nafas yang lebih pendek daripada biasa. Dalam usaha untuk membantu anda berehat, cuba meletupkan belon. Ini akan membolehkan anda kembali bernafas pada kadar biasa dan anda boleh menghela nafas yang lebih mendalam dan panjang. Selain itu, ia akan berehat otot anda dan mengurangkan kadar denyutan jantung.

8. Beri ganjaran untuk diri sendiri

Tengah Stress Ke Tu? Apa Kata Cuba Buat 10 Perkara Ini

Walaupun anda merasa diri anda tidak melakukan sesuatu perkara yang besar hari ini, jangan lupa berikan ganjaran pada diri anda. Terutamanya apabila anda merasa putus asa atau merasa tekanan yang sangat teruk. Tidak kira betapa kecil mahupun besar pencapaian anda, adalah berbaloi untuk ingatkan diri anda kerja yang hebat yang anda lakukan pada hari ini.

9. Letak pokok di meja kerja

Tengah Stress Ke Tu? Apa Kata Cuba Buat 10 Perkara Ini

Tumbuhan boleh menjadi kawan terbaik anda ketika menghadapi krisis. Dengan meletakkan pokok di atas meja anda atau rumah telah terbukti secara saintifik memberi manfaat kepada kesihatan anda. Bukan sahaja menjadikan persekitaran lebih cantik, malah dapat mengurangkan tekanan dan merendahkan tekanan darah.

10. Solat dan beribadat

Tengah Stress Ke Tu? Apa Kata Cuba Buat 10 Perkara IniBagi umat Islam, anda digalakkan untuk bersolat. Begitu juga dengan penganut agama lain, anda boleh berserah diri kepada Tuhan dan luahkan segala kekusutan yang ada. Namun bagi umat Islam, anda perlu tahu ketika melakukan solat darah anda akan mengalir dengan lebih baik. Misalnya apabila sujud, darah akan mengalir terus ke otak dan anda meneutralkan cas positif dan negatif anda. Kalau sampai pejabat di pagi hari, cuba solat dhuha dahulu. Selesai solat dhuha, baru sambung buat kerja. Jadikan ia satu kebiasaan. Jika waktu malam, cuba amalkan solat tahajjud tatkala semua orang sedang tidur. Berkomunikasilah dengan Allah, curahkan apa yang ada dalam hati anda. Pasti anda akan menemui ketenangan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI