Nampak gayanya, lagu Raya sudah berkumandang di sana-sini. Itu menandakan tidak lama lagi kita semua bakal menyambut 1 Syawal.
Di sana-sini sudah riuh kelihatan orang ramai mula berpusu-pusu di pusat membeli-belah membawa keluarga masing-masing untuk mencari baju raya.
Buat anda sebagai lelaki juga tidak harus ketinggalan untuk mempersiapkan diri dengan gaya paling menarik terutamanya di pagi Hari Raya.
Selain menggayakan Baju Melayu anda harus melengkapkannya dengan kasut yang sesuai.
Kalau tiada idea apa jenis kasut perlu anda pakai, usah risau. MASKULIN kongsikan beberapa jenis kasut yang ideal untuk anda pakai pada Hari Raya.
Kasut jenis ini paling mudah dicari dan popular untuk gaya formal sama ada ke pejabat atau majlis rasmi. Ia sesuai dipadankan dengan seluar slack, kemeja atau t-shirt berkolar. Kasut ini biasanya menggunakan material daripada jenis kulit.
Mungkin anda keliru antara kasut Derby dengan kasut Oxford. Kelainan pada kasut Derby terletak pada lubang tali kasut yang lebih jarak, selain mempunyai lapisan atas yang lebih lebar dan selesa. Kasut ini sesuai digayakan ke majlis formal atau semi-kasual.
Jika anda gemar memakai seluar jeans tapi dalam masa yang sama anda mahu kelihatan segak, sebaiknya padankan penampilan anda dengan kasut Chukka. Kasut ini menggunakan material yang lebih selesa.
Lelaki yang memakai kasut Monk Strap akan nampak lebih bergaya dengan aura klasik. Bentuk kasut ini tidak ubah seperti kasut Oxford, cuma ia digantikan dengan Monk Strap untuk dipakai atau ditanggalkan. Tak kisah sama ada anda berimej kasual atau formal, kasut Monk Strap ini boleh digayakan pada bila-bila masa.
Kasut loafers sesuai digayakan untuk imej kasual dan bersahaja. Jika anda suka memakai seluar pendek dan kemeja, kasut ini sememangnya sesuai untuk disarungkan.
Selain itu, ia juga sesuai dipakai di pejabat kerana kasut jenis ini masih dalam kategori casual shoe. Ciri-cirinya hampir sama dengan sneakers namun ada kelainan tersendiri di kalangan pencinta kasut.
Tidak dinafikan, sneakers menjadi pilihan dan sesuai digayakan daripada remaja hinggalah dewasa. Ia menjadi kasut yang evergreen dipakai oleh semua peringkat umur sepanjang zaman.
Sneakers sememangnya sesuai digayakan bersama seluar jeans dan t-shirt berkolar ataupun seluar pendek dan t-shirt kasual. Gayanya memukau, serba ringkas dan sesuai untuk aktiviti di luar. Nampak stylo dan macho.
Ini merupakan antara kasut yang sangat unik berbanding kasut yang lain kerana ia mempunyai struktur yang lembut dan rata. Anda akan rasa selesa bila menyarungkan kasut jenis ini. Ia sesuai untuk acara semi-kasual dan sangat menarik apabila dipadankan dengan seluar pendek dan t-shirt berserta blazer.
Ada ketikanya seorang lelaki memang memerlukan sepasang sut lengkap yang baik dan sempurna. Terutamanya bila menghadiri majlis-majlis rasmi melibatkan kerja dan juga aktiviti sosial di lokasi-lokasi eksklusif.
Bagi MASKULIN, setiap lelaki wajib memiliki sekurang-kurangnya sepasang sut kerana kita tak tahu bila ia akan diperlukan.
Namun pernahkah anda mengambil kira bagaimanakah untuk memilih sepasang sut yang sempurna mengikut saiz badan dan cara pemakaiaanya?
Setiap orang mempunyai gaya dan cita rasa masing-masing namun ada sesetengah perkara yang tak boleh dilakukan apabila memakai sut.
Di dalam artikel ini MASKULIN akan kongsi beberapa tip untuk anda patuhi bila menggayakan sut.
Apabila memakai blazer yang mempunyai dua butang anda harus titik beratkan satu perkara. Jangan sesekali anda mengetatkan kedua-dua butang terutamanya yang paling bawah. Biarkan butang bawah sentiasa terbuka kerana ia memberikan gaya yang lebih fleksibel. Selain itu ia juga memudahkan anda bergerak.
Jangan jadi mangsa tersasalah pilih saiz. Antara beberapa perkara yang anda harus ambil kira sebelum membeli sut ialah bahagian bahu, trouser break, mid section dan kepanjangan lengan. Anda boleh rujuk saiz sesuai dengan tukang jahit atau juru jual bagi sut ready made.
Ia satu rule yang cukup mudah. Jika anda memakai kasut berwarna coklat pastikan tali pinggang juga mempunyai warna yang sama. Anda tak perlu warna yang tepat sama, tapi cukuplah nampak lebih kurang. Jangan sesekali guna kombinasi hitam dan coklat untuk kasut dan tali pinggang.
Apabila anda ingin duduk jangan lupa untuk buka butang blazer. Bila berdiri ketatkan semula butang bila perlu.
Perkara yang kecil boleh memberi impak sangat besar. Contohnya ukuran lengan blazer anda. Pastikan ukurannya setengah inci lebih pendek daripada kemeja yang anda pakai di bahagian dalam. Contohnya bila anda berdiri, bahagian lengan itu berada betul-betul di pergelangan tangan.
Ramai lelaki yang lupa untuk membuka jahitan pada bahagian vent sebelum melangkah keluar dari rumah. Apabila membeli sut baru kebiasaannya terdapat jahitan di bahagian belakang dan tepi poket.
Ini juga satu perkara yang sering dilakukan oleh ramai lelaki. Apabila menggayakan sut jangan sesekali penuhkan poket seluar atau blazer. Ia memberi gambaran yang tidak cantik kepada penampulan anda. Bawa apa yang perlu sahaja. Simpan telefon pintar di bahagian poket dalam blazer.
Apalah gunalah memakai sut yang cantik tetapi bila pandang ke bawah kasut tak berkilat. Sebelum hadiri majlis anda boleh luangkan sedikit masa untuk kilatkan kasut dahulu. Paling malas sekalipun pergilah ke mana-mana tukang pengilap kasut.
Lelaki zaman sekarang seakan sudah menjadi seperti perempuan yang sarat dengan pelbagai aksesorui. Jika memakai sut cukuplah anda memakai jam tangan sahaja sebagai pelengkap. Dan jangan pakai jam sporty. Padankanlah dengan jam bertali besi atau kulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
TUMI menyambut ulang tahun ke-50 dengan penuh gaya menerusi koleksi Fall 2025 yang diinspirasikan oleh New York City.
Koleksi ini bukan sekadar seleksi beg baharu, tapi sebuah penghormatan kepada evolusi jenama global ini, yang telah lima dekad mendefinisikan inovasi dan prestasi dalam dunia travel dan gaya hidup.
Setiap rekaan kali ini membawa semangat warga kota yang bergerak pantas, kreatif dan dinamik mereka yang sentiasa mahu ke depan.
Antara sorotan utama koleksi ini ialah cetakan grafik dikenali sebagai Poster Print gaya visual menyerupai poster koyak di jalanan kota yang penuh lapisan maksud.
Motif ini menghiasi pilihan dalam koleksi Alpha, Alpha Bravo dan Voyageur, menambah elemen bold dan seni jalanan ke dalam rekaan yang sememangnya maskulin.
Koleksi Alpha Bravo tampil dengan warna asas baharu iaitu Navy Coated Canvas, interpretasi moden kepada rona hitam klasik yang ikonik.
Warna musiman lain seperti Pavement dan Electric Blue membawa vibe kota metropolitan terus ke dalam beg anda.
Model-model seperti Surveillance Flap Backpack dan Roadstead Messenger direka untuk lelaki aktif yang mahukan rekaan tahan lasak, tapi tetap bergaya.
Rangkaian mewah Arrivé, diinspirasikan dunia automotif, tampil dengan kemasan gentian karbon dan magnetic zipper garages yang kedap dan senyap.
Pilihan seperti Arrivé Large Backpack serta Hannover Slim Brief jelas ditujukan kepada lelaki profesional yang tak mahu berkompromi antara fungsi dan prestij.
Sementara itu, koleksi Harrison memperkenal gaya baharu Griffen Flap Backpack serta warna unik Burnished Wine Ombre, gradasi mewah yang menyerlahkan tekstur kulit whole-grain dengan sangat halus.
Walaupun TUMI sinonim dengan gaya lelaki, koleksi wanita turut tidak kurang hebat.
Voyageur Just In Case® kembali dengan corak graffiti spray paint yang lebih berani, hadir dalam tiga saiz baharu dan warna seperti Mink, TUMI Red dan Wine.
Koleksi Olas pula menampilkan siluet minimalis dengan bentuk lembut, manakala Agent menggabungkan kulit ringan dan kemasan logam elegan untuk penampilan yang refined dan versatile.
Rangkaian ikonik 19 Degree kembali dalam warna-warna yang mencerminkan suasana taman bandar iaitu Wine, Pavement dan Moonrock.
Sama ada dalam versi Lite atau Polycarbonate, setiap unit membawa garisan kontur TUMI yang ikonik, sesuai untuk yang menghargai gaya dan kepraktisan.
Satu kejutan dalam koleksi Fall 2025 ialah kemunculan 19 Degree Aluminum Bar Set, set gaya hidup premium lengkap untuk mencipta koktel mewah, termasuk kad resepi dan bekas aluminium berkontur.
Sebagai pelengkap sambutan ulang tahun ke-50, TUMI menampilkan warna ikonik TUMI Red Pantone dalam koleksi khas bukan sekadar warna, tetapi lambang semangat jenama ini sejak 1975.
Ia menyatukan elemen masa lalu dan masa depan, dalam satu nada merah yang berani dan berpengaruh.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.