Sebagai pengguna sentiasa kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepadapihak pengeluar dan pengilang terutamanya produk makanan atau minuman.

Walaupun begitu kita haruslah sentiasa peka dengan berita atau pengumuman terkini daripada pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika berlakunya sebarang pencemaran atau produk tersebut terdedah dengan bahaya.

Pada 1 Julai yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi kenyataan media di laman sesawang rasminya telah mengulas dengan lanjut berikutan isu penarikan semula produk air minuman berbungkus jenama Starfresh keluaran tempatan dari pasaran Singapura.

IKLAN
Tercemar Bakteria Bahaya, Pengguna Dinasihatkan Jangan Minum Produk Minuman Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan agar pengguna tidak meminum dua produk ini buat sementara waktu.

BACA: Khasiat Jus Delima, Antaranya Jadi Ejen Pencegah Barah

Pihak KKM melalui Bahagian Keselaatan dan Kualiti Makanan (BKMM) telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas kilang dan mendapati bahawa program jaminan keselamatan makanan tidak dilaksanakan dengan berkesan.

IKLAN

Mereka juga mendapati air minuman jenama Starfresh yang dieskport ke Singapura dan jenama Waterfuns yang dijual di pasaran tempatan tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Malanan 1985 kerana didapati tercemar dengan bakteria Pseudomonas aeruginosa.

KKM juga  mengarahkan pihak kilang tersebut untuk menarik balik produk air minuman berbungkus terlibat di pasaran. Lesen kilang juga telah digantung berkuatkuasa pada 28 Jun 2019. Produk-produk dari kilang sama juga telah ditarik balik dari pasaran secara sukarela oleh pengeluar tersebut iaitu Iceberg, Sukahati, Rofina, Dixy Green dan Dixy Blue.

IKLAN
Tercemar Bakteria Bahaya, Pengguna Dinasihatkan Jangan Minum Produk Minuman Ini
Pengeluar terlibat turut menarik balik jenama minuman ini dari pasaran secara sukarela.
Tercemar Bakteria Bahaya, Pengguna Dinasihatkan Jangan Minum Produk Minuman Ini
Pengeluar terlibat turut menarik balik jenama minuman ini dari pasaran secara sukarela.

Sejurus perkembangan kes ini, KKM telah menasihatkan agar pengguna TIDAK MEMINUM produk tersebut jika sudah terbeli (iaitu produk tarikh akhir masing-masing 11 Mei 2021 dan 13 Mei 2021).

RUMUSAN DARIPADA KES INI

  • Pemeriksaan ke atas kilang pengeluar air minuman ini mendapati pihak kilang TIDAK melaksanakan program keselamatan makanan dengan berkesan.
  • KKM telah mengesan jenama air minuman jenama Starfresh dan Water Funs telah tercemar dengan bakteria Pseudomonas aeruginosa
  • Produk yang terlibat berisipadu 500ml dan 1500ml dengan tarikh akhir masing-masing pada 11 Mei 2021 dan 13 Mei 2021.
  • Pihak kilang diarahkan untuk MENARIK balik produk minuman berbungkus tersebut dari pasaran
  • Lesen kilang telah digantung
  • Pihak kilang menarik secara sukarela produk lain keluaran mereka iaitu Iceberg, Sukahati, Rofina, Dixy Green dan Dixy Blue.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI