Untitled design

MASKULIN yakin hampir kesemua kediaman di Malaysia mempunyai tong gas yang digunakan sebagai bahan bakar untuk memasak. Ia sudah menjadi salah satu keperluan yang asas dalam kehidupan seharian kita.

Kalau tiada sumber gas memang haru-biru jadinya dan tak berasaplah dapur di rumah. Bila berbicara tentang bahan bakar ia secara tidak langsung melibatkan risiko kebakaran yang mungkin berlaku.

Perkara yang paling ditakuti oleh kita ialah berlakunya kebocoran terutamanya pada hos penyambung dari tong gas ke dapur kita. Bayangkan anda sekeluarga keluar pergi jalan-jalan. Beberapa jam kemudian pulang dan dapati ada bau gas yang sangat kuat di dalam rumah.

Apa perlu anda buat?!

Terhidu Bau Gas Kuat Dalam Rumah, Perlu Bertindak Pantas Paling Penting Jangan Tekan Mana-Mana Suis!
Fire photo created by wirestock – www.freepik.com

Bau gas yang kuat tersebut menandakan berlakunya kebocoran pada sambungan tong gas anda. Ada beberapa perkara perlu anda lakukan dengan pantas seperti yang pernah disarankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

IKLAN

Berikut merupakan langkah-langkah yang harus anda lakukan. Sebelum itu keluarkan dahulu ahli keluarga anda ke kawasan luar rumah. Kemudian ikuti langkah berikut.

TUTUP SEGERA

Segera pergi ke tong gas. Kemudian pastikan injap gas ditutup dengan segera.

BUKA SEMUA PINTU & TINGKAP

Kemudian, buka semua pintu dan tingkap di rumah anda. Ia bertujuan untuk pengudaraan yang baik dan mengalirkan sisa gas keluar.

IKLAN

JANGAN ON SUIS!

Paling penting sekali, JANGAN BUKA SEBARANG SUIS! Elakkan membuka sebarang suiz sebelum bau tersebut hilang.

PERIKSA TONG GAS & HOS

Periksa keadaan tong gas, kepala injap, keadaan silinder dan hos yang menyalurkan gas ke dapur.

TUKAR SEGERA

Lihat sama ada ada berlaku kebocoran pada hos atau tidak. Lakukan ujian mengesan kebocoran. Jika terdapat kebocoran sila dapatkan dan tukar hos baru dengan segera.

IKLAN

PERIKSA SEMULA

Setelah anda menggantikan hos yang baharu, periksa semula dengan menggunakan air sabun.

Untuk elakkan kebocoran berlaku lakukanlah pemeriksaan hos pada tong gas dan dapur secara berkala. Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat untuk anda.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!

Terhidu Bau Gas Kuat Dalam Rumah, Perlu Bertindak Pantas Paling Penting Jangan Tekan Mana-Mana Suis!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI