“Terima Kasih Datuk”, Netizen Puji Sikap Prihatin Chong Wei Beri Sumbangan Wang Tunai & Kelengkapan Pada Masjid

Share

Tanpa mengira agama dan bangsa, Datuk Lee Chong Wei menunjukkan sikap prihatinnya menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barang-barang kelengkapan kepada Masjid Al-Hidayah Kg Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur semalam.

Sikap teladan yang ditunjukkan bekas pemain badminton nombor satu negara ini nyata mendapat pujian ramai netizen.

Perkara ini telah dimuat naik menerusi akaun facebook Masjid Al-Hidayah Kg.Sungai Penchala bersama tiga keping gambar Chong Wei menghulurkan sumbangan kepada wakil masjid tersebut.

“Terima kasih Datuk Lee Chong Wei

Diatas sumbangan wang tunai dan kelengkapan Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala dikala suasana PKP ini.

Kredit: Terima kasih juga kepada Ustaz Khairul Anam, Pentadbiran Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan warga Kariah Bukit Damansara menjadi penghubung kepada MAHSP.

Semoga kebaikan yang sebenar-benarnya kebaikan milik kita bersama selama-lamanya. Amin.”

IKLAN