Sebagai salah sebuah outlet yang cukup popular, Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia sentiasa menampilkan menu-menu yang cukup menarik.

Bersempena ketibaan bulan Ramadan dan Hari Raya mendatang, Coffee Bean & Tea Leaf telah memperkenalkan seleksi menu istimewa dengan tema ‘Explore the Heart of Raya’. Menu ini meliputi makanan dan minuman bersifat muzim baharu.

Buat penggemar rasa eksklusif dengan kemanisan dan rempah ratus Coffee Bean & Tea Leaf menjanjikan sesuatu yang cukup istimewa buat anda.

Terokai Selera Menu Baharu Sempena Ramadan & Hari Raya Coffee Bean & Tea Leaf

“Riuh dan meriah dengan pelbagai juadah yang sedia untuk diterokai, bazar Ramadan telah menjadi satu tradisi yang istimewa buat seluruh rakyat Malaysia.

IKLAN

“Memetik ilham daripadanya, The Coffee Bean & Tea Leaf juga ingin meraikan semangat eksplorasi pelbagai rasa yang turut menjadi sumber pengerat silaturahim antara insan,” jelas Ketua Pemasaran & Inovasi di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Fiona Rodrigues.

Tambahnya lagi, sempena Ramadan dan Raya tahun ini, mereka juga ingin membawakan juadah-juadah yang menarik dan pelbagai, diilhamkan oleh citarasa orang ramai di dalam dan di luar negara.

Terokai Selera Menu Baharu Sempena Ramadan & Hari Raya Coffee Bean & Tea Leaf
The Straits

“Apa pun yang menjadi pilihan hati, kami ingin mempelawa anda untuk menikmatinya bersama insan tersayang berlatarkan kemesraan suasana kafe kami,” tambahnya lagi.

IKLAN

Sempena musim lebaran ini, minuman yang buatan tangan di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia pasti akan menggamit selera anda, selain menawarkan pelbagai pilihan untuk sesi iftar anda.

Terokai Selera Menu Baharu Sempena Ramadan & Hari Raya Coffee Bean & Tea Leaf
Baklava Delight

Pilihan kopi bermusim khas mereka kali ini terdiri daripada Vanilla Cardamom Cold Brew Coffee dan Cardamom Oat Milk Macchiato (panas/berais). Diperkaya pelaga yang penuh dengan aroma rempah ini menambah kekayaan rasa minuman ini.

Selain itu, Cardamom Oat Milk Macchiato pula menonjolkan barisan minuman berasaskan tumbuhan yang disediakan oleh The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia.

IKLAN
Terokai Selera Menu Baharu Sempena Ramadan & Hari Raya Coffee Bean & Tea Leaf
Pine-Lemon Sugee

Aneka menu pencuci mulut ikonik juga tidak kurang hebatnya. Ice Blended turut menyaksikan menu baharu dengan Mangoes & Cream Ice Blended. Dan akhir sekali, bagi para peminat Cold Brew Tea kami, untuk musim lebaran kali ini, Mangoes & Cream Cold Brew Tea disajikan bersama selaput krim ;antas menjadikan setiap hirupan lebih mulus dan enak.

Juadah yang menarik dan diilhamkan oleh enak-enakan dalam dan luar negara telah mula didapati bermula 22 Mac 2023. Antara menu yang kembali diperkenalkan ialah kek span berperisa pandan dan gula Melaka, diberi nama The Straits.

Terokai Selera Menu Baharu Sempena Ramadan & Hari Raya Coffee Bean & Tea Leaf
Chicken Shawarma Sandwich

Ia turut diiringi pencuci mulut warisan negeri Melaka iaitu kek suji, Pine-Lemon Sugee. Buat penggemar coklat atau buah-buahan pula kek Midnight Chocolate dan Mangoes & Cheese Tart menjadi tarikan utama.

Bukan itu sahaja di antara menu menarik yang lian ialah Baklava Delight atau pastri pusar, Cinnamon Raisin Swirl. Bukan itu sahaja, untuk membawakan citarasa Timur Tengah ke Malaysia, Fattoush Salad, Tortilla Chip with Hummus, dan Chicken Shawarma juga terdapat dalam seleksi menu eksklusif kali ini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI