
Seperti yang semua sedia maklum, Polis Diraja Malaysia (PDRM akan mengenakan Tindakan kompaun berjumlah RM1,000 terhadap mana-mana iddividu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Terbaharu, melalui Facebook ada seorang petugas Pejabat Kementerian Kesihatan berkongsi pengalaman sedih dan menyentuh hati apabila dirinya didatangi oleh seorang pakcik dan membayar kompun dengan wang seringgit serta duit syiling.
Wanita berkenaan dikenali sebagai Siti Rohaiza mengakui dirinya sangat terkejut, sehingga menimbulkan persoalan buat dirinya.
“Terima bayaran kompaun pagi tadi dari seorang bapa, yang kena anaknya berumur 18 tahun.
“Kenapa ada duit syiling? Kenapa guna duit RM1, jenuh iza nak mengira pagi tadi. Bila ditanya, jawapannya “KOREK TABUNG” sentap hati ni dengar” Tulisnya di Facebook
Menurut lelaki tersebut, anaknya telah dedenda oleh PDRM ekoran mengingkari arahan PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Terkesan dengan kejadian tersebut, dia memberi pesanan kepada anak muda di luar sana terutamanya yang masih tidak berkerja dan bersekolah duduklah di rumah.
Katanya jangalah keluar lepak dengan kawan-kawandan menunggan motor hanya kerana ingin menunjuk hero merayap tidak tentu hala dan kemudian menyusahkan ibu bapa.
“Korang ingat senang nak cari duit? Sekali kena nah ko susahkan mak pak.
“Wahai anak2 sekalian terutama yg masih belum bekerja, masih bersekolah tolonglah duduk rumah.. Janganlah mengada2 nak lepak-lepak dengan kawan-kawan bagai. Jangan mengada-mengada konon-konon tunjuk hero naik motor merayap sana sini.” Tulisnya lagi.
Siti Rohaiza atau lebih mesra disapa sebagai Iza turut mendoakan dan berharap agak anak yang didenda ini dapat membayar semula duit tabung bapanya untuk membayar kompaun sebaik dia sudah berkerja.
Posting itu mendapat perhatian ramai, malah sehingga kini jumlah komen sentiasa meninggkat begitu juga dengan jumlah sharenya.
Kelebihan & Cabaran Kerja Sendiri Berbanding Kerja Makan Gaji

Kerja sendiri atau makan gaji?
Sebenarnya ia terpulang kepada citarasa masing-masing. Dan tiada salahnya untuk anda bekerja makan gaji kerana ia juga satu sumber rezeki yang halal. Bagi anda yang memilih untuk bekerja sendiri dan menjalankan perniagaan, segala risiko itu terletak di atas kepada sendiri.
Setiap kerjaya ada ruangnya tersendiri dan tak semua orang ada kebolehan, kemahiran dan keberanian untuk bekerja sendiri dan mempunyai perniagaan.
Jadi apakah sebenarnya kelebihan bekerja sendiri dan bagaimana pula dengan cabarannya? Buat anda yang tak pernah bekerja sendiri mencari rezeki pastinya sukar memahami bagaimana ia boleh dilakukan.
Berikut MASKULIN kongsikan apakah kelebihan dan kekurangan bekerja sendiri.
BACA: Cabaran Mencari Rezeki, Ini 10 Pekerjaan Lelaki Yang Paling Bahaya Di Dunia
KELEBIHAN
Kurang Tekanan Kerja
Bila bekerja sendiri secara automatiknya andalah jadi bos dan andalah juga jadi kuli. Setiap hari anda tak perlu nak hadap muka bos. Jadi anda boleh buat kerja ikut pacing sendiri. Anda juga boleh laksanakan kerja dengan lebih selesa dan tenang. Secara tak langsung anda sudajh bebas dengan tekanan kerja.
Dapat Kepuasan
Bayangkan segala usaha yang anda curahkan untuk perniagaan sendiri membuahkan hasil. Pasti kepuasan itu lebih dirasa nikmatnya berbanding bekerja untuk orang lain. Tambahan lagi apa yang anda buat adalah sesuatu yang anda suka!
Rajin Kerja, Banyak Hasilnya
Bila bekerja sendiri segala pendapatan anda adalah tanggungjawab sendiri. Jadi jika anda rajin berusaha maka makin banyaklah hasilnya. Secara tak langsung anda boleh tingkatkan keyakinan diri juga. Jika bersungguh-sungguh dan ikhlas nescaya pendapatan akan meningkat.
Tiada Waktu Khas
Inilah seronoknya bila bekerja sendiri. Tiada bos yang nak marah anda nak masuk kerja pukul berapa sekalipun. Namun, demi periuk nasi sendiri mestilah anda tak akan buat ebgitu bukan? Tiada kekangan maka tiada tekanan dari orang atasan. Masa bekerja anda juga tak sama dengan kerja orang lain. Jika rajin anda kerjalah lebih dan jika rasa macam tak boleh nak carry pada hari itu, pulang awal saja.
CABARAN KERJA SENDIRI
Harus Sedia Kelengkapan & Fasiliti Sendiri
Nak mulakan perniagaan sendiri mestilah anda perlukan segala macam jenis kelangkapan dan fasiliti. Dan semua benda ini bukannya murah. Anda juga perlukan mental yang kuat untuk hadapai segala kesukaran semasa hendak memulakannya. Anda sendiri perlu lakukan pilihan yang bijak dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk setiap perkara yang dilakukan agar tidak terjadi perkara yang sia-sia nanti.
Pendapatan Tak Menentu
Lebih rajin anda bekerja, maka lebih lah hasil pendapatan yang anda akan dapat. Jadi, anda boleh menggunakan sebahagian hasil pendapatan itu untuk membayar kembali duit pinjaman bank yang anda jadikan modal untuk perniagaan anda. Untuk jadi seorang yang berjaya, anda haruslah rajin berusaha untuk mendapatkan keuntungan pada masa akan datang.
Risiko Tinggi
Ini merupakan antara alasan paling popular mengapa orang kerja makan gaji tak berani nak berhenti dan mula kerja sendiri. Ya, ia merupakan satu langkah yang berisiko tinggi. Masa deoan anda bergantung kepada sama ada anda berjaya atau tidak. Sebelum memulakan sesuatu perniagaan banyak perkara anda perlu ambil kira antaranya mengetahui jumlah persaingan dan jumlah permintaan pasaran.
“Lelaki, Buanglah Sikap Panas Baran Tu,” – Tak Ada Wanita Yang Suka Tau!

Setiap lelaki memang sudah dilahirkan dengan sifat yang ego dalam diri namun jika tidak dikawal, anda mungkin boleh menjadi seseorang yang panas baran.
Anda rasa.. hanya ana sahaja yang betul dan pendapat orang lain langsung tidak boleh dipakai. Tindakan sebegini amatlah tidak wajar.
Jika berdasarkan laporan keganasan rumah tangga, ramai wanita mendakwa tertipu dengan lelaki yang dikenalinya sewaktu bercinta.
Selepas setahun berkahwin sahaja, anda sudah mula tunjukkan taring anda kepada insan lemah yang sewajarnya kita belai dengan kasih sayang.
Sehubungan itu, terdapat juga beberapa sebab utama kalau boleh wanita tak nak berkahwin dengan lelaki yang panas baran :
1. Asyik menengking
Lelaki panas baran dikatakan suka menengking. Sikit-sikit nak marah. Hal yang kecil pun boleh dibuat gaduh.
2. Tidak sabar
Selagi tidak mendapatkan sesuatu yang diingini, selagi itulah anda akan mencerca jiwa dan emosi kaum wanita ini.
3. Hilang kasih-sayang
Bermula dengan hilang komunikasi, setiap kali isteri hendak bersuara, anda menempelaknya. Lama-kelamaan, isteri pun hilang mood, begitu juga dengan kasih-sayang.
4. Jadi mangsa penderaan
Kajian dunia menunjukkan lelaki panas barang tidak takut untung menghayunkan tangan mereka yang keras dan kuat itu ke tubuh wanita yang lemah dan tidak mampu melawan. Kerana cinta, mereka jaga aib dan tidak laporkan kepada polis tetapi itulah, merekalah yang jadi mangsa.
5. Ikutan buruk kepada anak-anak
Jika sudah memiliki cahaya mata, anak anda akan mengikut apa yang anda lakukan. Begitu juga dengan tabiat merokok.
“Kalau ayah merokok, apa salah saya nak merokok juga? Dan kalau ayah boleh pukul mak dekat rumah, kenapa saya tak boleh pukul orang dekat luar?” Pengaruh inilah yang paling kita risaukan dan berhadap dapat dikekang.
Apa-apa pun, masih belum terlambat untuk anda berubah menjadi insan yang lebih baik. Benar, semua orang ada kesilapan pada masa lampau namun ia tidak semestinya tidak boleh diubah.
Jika anda mahukan keamanan dan tidak mahu generasi akan datang bersifat lebih kurang ajar daripada anda sekarang, berubahlah!
Elak Guna Laman E-Dagang Tanpa ‘Payment Gateway’, Risiko Ketirisan Info Kad Mungkin Berlaku

Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini tabiat berbelanja dan membeli-belah secara di atas talian menjadi salah satu pilihan utama pengguna. Cuba anda fikirkan dalam tempoh sebulan berapa banyakkah transaksi tanpa menggunakan wang fizikal sebaliknya menggunakan kaedah digital yang anda lakukan?
MASKULIN percaya mungkin lebih separuh dari perbelanjaan bulanan anda dilakukan dengan menggunakan transaksi tanpa wang fizikal. Pengguna pada zaman sekarang juga cukup bertuah kerana boleh mendapatkan apa jua jenis produk secara di atas talian.
Namun dalam kerancakan membeli-belah di atas talian ada sesetengah daripada kita lupa akan faktor keselamatan terutamanya maklumat berkaitan dengan kad kredit atau debit milik anda. Lantas ia mendedahkan risiko berlakunya penipuan dan ketirisan info kad yang boleh membawa natijah cukup besar sekali.

Salah satunya ialah kurangnya peka sesetengah pengguna agar mengelak berbelanja di laman sesawang yang tidak mempunyai gerbang pembayaran atau payment gateway.
ELAK TANPA GERBANG PEMBAYARAN
MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang pernah dilakukan oleh seorang pengguna Titter, Anaz Haidar (@anazahd) yang membuat penerangan menerusi satu untaian yang cukup baik.
Dia menyeru orang ramai untuk tidak menggunakan kad di mana-mana laman sesawang e-dagang yang tidak menawarkan payment gateway terkenal seperti Stripe, Razer, iPay dan sebagainya.
CIRI KESELAMATAN 3D-SECURE
Website tanpa gateway besar kemungkinan akan menyimpan data anda untuk pemprosesan manual. Dengan polisi dan pematuhan keselamatan rendah seperti ini boleh menyebabkan risiko ketirisan info kad lebih tinggi.
Tambahnya lagi, sesetengah laman sesawang dengan payment gateway ‘asal boleh’ ini juga tidak menggunakan ciri keselamatan 3D Secure. Ini bermaksud pihak tidak bertanggungjawab atau pencuri boleh menggunakan kad anda TANPA melalui proses pengesahan SMS.

Jadi seeloknya jika bank tawarkan ciri untuk tak benarkan Non-3D, maka silalah aktifkan. Selain itu terdapat juga sesetengah payent gateway yang melonggarkan polisi bagi oeranti atau lokasi tertentu berdasarkan rekod pada kad anda sebelum ini.
Sebagai contoh, Stripe jika pernah pre-Auth sebelum ini dengan 3D Secure, pembayaran seterusnya selalunya dah tidak ada 3D Secure, mengikut faktor tertentu. Jadi anda kena sentiasa berwaspada walaupun menggunakan payment gateway terkenal, harus sentiasa beringat dan berhati-hati.
Menueur Anaz lagi antara cara paling selamat untuk melakukan transaksi digital ialah dengan memilih kad prabayar seperti BigPay, Wise dan beberapa pilihan lain yang ada. Walaupun menggunakan kad prabayar mungkin agak leceh namun lebih baik bersusah dahulu sebelum terlambat.
Beberapa contoh payment gateway lain yang mungkin anda pernah dengar seperti eGHL, iPay88, BillPlz, senangPay, PayHalal, toyyibPay dan seangkatan dengannya juga dianggap boleh dipercayai.
Cuma anda perlu ingat untuk ‘disallow Non-3D’ pada setiap kad bank anda. Hanya ‘allow’ bila keadaan yang benar-benar memerlukan sahaja atau guna alternatif lain. Ini yang paling penting!
Dan paling penting ialah melakukan pembayaran menggunakan kan yang ada borang pembayaran tidak menunjukkan apa-apa jenama payment gateway atau nama yang langsung tidak dikenali. Itu RED ALERT!
OPSYEN LEBIH BAIK & SELAMAT
Jika terdapat pilihan pembayaran menggunakan FPX, E-Wallet atau QR itu adalah opsyen yang lebih bagus. Anda perlu tanamkan dalam minda bahawa misi kita ialah nak elak mendedahkan 16 nombor pada kad, tarikh luput dan tiga angka keselamatan pada bahagian belakang kad.
Anaz menegaskan lagi kepada kita semua untuk terus amalkan polisi sifar kepercayaan. Begitu juga tabiat mendedahkan kad kredit kepada orang lain. Sebagai contoh menyerahkan kad kepada penjual untuk dilakukan salinan atau fotokopi.
Ini perkara paling pantang sekali sebenarnya!
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. Terima kasih juga kepada Anaz Haidar di atas kesudian memberikan kebenaran untuk MASKULIN kongsikan mesej yang cukup baik ini untuk pembaca.
Kredit: Anaz Haidhar