Acara larian dan muzik bertaraf antarabangsa, The Music Run meraikan ulang tahun ke-10 penganjurannya di Malaysia dengan penuh jaya.
Dianggarkan lebih 15,000 peserta membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil menyertai edisi tahun 2025 ini berlangsung pada 17 Mei, menawarkan gabungan unik antara aktiviti fizikal, irama muzik bertenaga dan suasana festival.
The Music Run dikenali menerusi konsep ‘Sound Track’ run course sejauh 5 kilometer yang unik. Sepanjang laluan larian, sistem pembesar suara dipasang bagi memainkan senarai lagu popular ‘ultimate running playlist’ yang dipilih oleh peserta sendiri melalui undian dalam talian.
Konsep ini membolehkan para peserta menikmati muzik tanpa menggunakan fon kepala, sekali gus meningkatkan pengalaman larian secara kolektif.
Edisi ulang tahun ke-10 yang bertemakan festival ‘LIVE THE BEAT’ ini turut dimeriahkan dengan kehadiran E-Squad The Music Run, barisan pengacara dan DJ yang bertindak sebagai ‘penyuntik’ semangat peserta dari awal larian hingga ke garisan penamat.
Menurut Pengurus Besar Fresh Events Asia, Jeffrey Ross, “Sepuluh tahun lalu, kami berazam untuk mencipta sesuatu yang unik, satu acara larian yang tidak tertumpu kepada masa atau persaingan, tetapi meraikan muzik dan kecergasan.
Ads
“Hari ini, kami amat berbangga dapat meraikan edisi ke-10 The Music Run. Kejayaannya adalah hasil penggabungan irama dan pergerakan yang mampu menyatukan orang ramai dan menginspirasikan tenaga positif di kalangan pelari kami,” tambahnya lagi.
KEMUNCAK ACARA
Kemuncak acara adalah festival muzik yang diadakan di kawasan ‘Music Village’ selepas larian. Para peserta yang berjaya menamatkan larian menerima pingat penamat eksklusif sebelum berpeluang menikmati persembahan secara langsung.
Pentas utama Music Village digegarkan oleh barisan artis tempatan terkemuka. Persembahan dimulakan oleh Alex Ungku dengan gaya R&B santai, diikuti persembahan vokal memukau daripada penyanyi-penulis lagu, Claudia Tan.
Ads
Malam perayaan mencapai kemuncaknya dengan set persembahan bertenaga daripada DJ popular Malaysia iaitu DJ Blink yang memastikan suasana pesta kekal rancak sehingga penghujung acara.
Kejayaan penganjuran The Music Run selama sedekad di Malaysia mengukuhkan kedudukannya sebagai acara gaya hidup terkemuka di rantau ini.
The Music Run Malaysia 2025 dilihat telah berjaya menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dengan gabungan unik antara kecergasan, muzik dan keseronokan.
Ads
Dilancarkan pertama kali di Kuala Lumpur pada tahun 2014 oleh Fresh Events Asia, misi utama The Music Run adalah untuk menginspirasi orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat.
Sehingga kini, acara ini telah disertai oleh lebih 350,000 peserta di lebih 40 acara yang dianjurkan di 13 negara.
Dengan sokongan daripada pelbagai rakan strategik dan rakan media, The Music Run terus menjadi platform popular yang menggabungkan kecergasan dan hiburan, menawarkan pengalaman larian yang unik dan tidak dapat dilupakan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Latihan kecergasan yang menggunakan tenaga dan stamina tubuh secara maksima bagi menghasilkan kesan sangat efektif buat otot dan tubuh secara berkesan. Disebabkan itulah ramai lelaki memilih untuk melakukan senaman CROSSFIT.
Buat anda yang mungkin tak berapa tahu, crossfit merupakan jenis senaman yang efektif bagi menghasilkan badan yang fit. Sesiapa sahaja tak kira peringkat umur dan jantina boleh melakukannya. Cuma apa yang membezakan iaah kemampuan fizikal serta tahap kesukarannya.
Crossfit juga merupakan program senaman yang menggabungkan pelbagai pergerakan dalam tempoh masa tertentu. Kali ini MASKULIN ingin kongsi empat jenias teknik senaman crossfit yang boleh anda lakukan di rumah atau gimnasium.
DEADLIFT
Efektif dengan melakukan pergerakan pantas pada keseluruhan otot tubuh nyata memberikan kesan secara menyeluruh. Lakukan deadlift dengan mengangkat bebanan yang anda mampu lakukan bergantung kepada kekuatan tubuh dan stamina yang dimiliki.
BURPEE OVER BAR
Lakukan burpee over bar secara berselang dengan deadlift dengan kiraan 5-4-3-2-1 . Turunkan tubuh anda ke permukaan lantai dengan kaki menjurus ke belakang di sebelah deadlift. Lakukan push up lantas berdiri semula dan melompat ke bahagian lain deadlift dengan mengulangi pergerakan yang sama.
KETTLEBELL SWING
Kettlebell mempunyai beberapa jenis bebanan dan pilih berat yang mampu anda lakukan. Hayunan kettlebell mampu memberi rengan kepada keseluruhan otot utama tubuh anda. Lakukan dengan mengangkat kettlebell dengan kedua belah tangan dan mulakan hayunan hingga ke posisi 70 darjah. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.
GOBLET SQUAT
Kekal menggunakan kettlebell dengan mengaplikasikan sifat fizikal bebanan yang dimiliki. Lakukan squat sambil memegang kettlebell dengan menggunakan kedua belah tangan dan bawa kettebell ke paras dada. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki yang sihat adalah lelaki yang mempunyai fizikal yang baik dan mental yang stabil.
Dan untuk mendapatkan kedua-duanya sekali, anda boleh melakukan senaman yang bukan sahaja memberi faedah kepada tubuh badan tetapi semangat diri.
Terdapat 5 jenis senaman paling utama dan wajib anda lakukan, sama ada untuk membina badan, mahupun membakar lemak. Ia akan membantu anda untuk membina otot dengan cepat dan membakar lemak secara berkesan!
1. Push Up (Bodyweight/Weighted)
Senaman push up adalah senaman yang sangat popular. Siapa yang tidak tahu push up? Bagi yang tidak tahu, boleh dikatakan pasti anda jarang sekali bersenam dan sekarang berada dalam kondisi kurang cergas! Tidak mengapa, kerana selepas anda mengamalkan push up, pasti akan menjadi lebih berotot, lebih kuat, lebih bergaya dan lebih hebat! Push up mengerjakan seluruh badan dengan penekanan pada otot bahu, dada, dan triceps.
2. Dip (Bodyweight/Weighted)
Jika anda berasa lemah dalam bench press, cuba lakukan dip untuk beberapa minggu. Nescaya, kekuatan bench press anda akan meningkat. Bukan itu sahaja, senaman dip adalah senaman yang sangat versatil! Anda boleh lakukan hampir di mana-mana sahaja, di rumah, di pejabat, di taman permainan. Kelebihannya adalah hampir sama dengan bench press.
Lunges adalah gerakan asas manusia dan ia sangat efektif dalam melatih kekuatan serta membina saiz otot kaki! Jika sebelum ini anda jarang lakukan lunges, cuba buat senaman ini pula setiap petang. Apa anda akan dapati adalah pembakaran lemak secara rapid dan otot kaki yang semakin menyerlah! Stamina anda juga akan meningkat. Ini bukan sekadar senaman untuk orang bina badan, ini adalah senaman bagi mereka yang ingin cergas dan sihat dalam hidup mereka.
4.Chin Up (Bodyweight/Weighted)
Kalau anda kena pilih satu sahaja senaman untuk bahagian belakang anda, saya akan cadangkan anda sentiasa lakukan chin up bagi mempercepatkan pembesaran back anda! Sekejap sahaja anda boleh dapat back yang kembang seperti kepak. Tengok sahaja atlit-atlit bar seluruh dunia yang bertaraf professional. Semuanya mempunyai bentuk back dan biceps yang sangat besar. Apa yang anda perlukan hanyalah satu tempat untuk anda bergayut sahaja!
5. Burpees (Bodyweight/Weighted)
Burpees bukan calang-calang senaman. Ia mencabar kekuatan seluruh badan, ketahanan otot, ketahanan jantung, dan ketabahan serta kecekalan jiwa nurani hati sanubari anda. Mereka yang ingin membina tahap stamina yang tinggi sambil merendahkan lemak badan, burpees ibarat ubat ajaib dan sangat mujarab.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda baru mula menyertai gim atau sudah lama menjadi ahli, pasti anda akan menemui pelbagai jenis pengunjung gim.
Gimnasium atau gim kini sudah menjadi satu perkara biasa dalam kehidupan seharian terutamanya buat warga kota yang sentiasa sibuk dan ingin mencari ruang sesuai untuk bersenam.
Ia kini menjadi satu ruang yang menjadi lokasi bukan sahaja untuk bersenam tetapi untuk berjumpa atau bersosial bersama-sama mereka yang mempunyai minat yang sama iaitu kecergasan.
Tapi pengunjung gim ini ada bermacam jenis dan datang dengan pelbagai fiil masing-masing.
Berikut MASKULIN kongsikan jenis-jenis pengunjung gim yang mungkin anda temui!
Beginner Terlebih Teruja
Mereka baru sahaja mendaftar dan penuh semangat. Selalu datang dengan pakaian sukan yang baru dan sering bertanya tentang cara menggunakan peralatan gim.
Pakar Selfie
Anda akan melihat mereka mengambil selfie di setiap sudut gim. Mereka lebih fokus pada penampilan daripada latihan.
Peminat Kardio
Anda akan menemui mereka di mesin treadmill, mesin basikal, atau eliptikal – berpeluh dan sentiasa fokus pada latihan kardio mereka.
Pengajar Tidak Rasmi
Walaupun mereka bukan jurulatih, mereka suka memberi nasihat kepada orang lain tentang teknik yang betul dan rutin latihan.
Pengunjung Sosial
Bagi mereka, gim adalah tempat sosial. Mereka lebih suka bersembang dengan rakan-rakan daripada berlatih.
Peminat Kelas Berkelompok
Anda akan melihat mereka menghadiri setiap kelas zumba, yoga, atau pilates yang ditawarkan oleh gim.
Pengangkat Berat Veteran
Mereka tahu setiap inci gim dan sering dilihat mengangkat berat yang sangat berat sambil mengeluarkan bunyi yang kuat.
Pengunjung Low Profile
Mereka datang, berlatih dengan fokus, dan pulang tanpa banyak bercakap dengan sesiapa.
Night Owl
Mereka lebih suka berlatih pada waktu malam apabila gim kurang sesak.
Pengunjung Bermusim
Anda hanya akan melihat mereka sekitar bulan Januari atau bila musim cuti sekolah yang panjang.
Setiap pengunjung mempunyai tujuan dan cara mereka sendiri dalam berlatih. Yang penting adalah kita semua berada di sana untuk menjadi lebih sihat dan cergas. Jadi, jenis pengunjung gim manakah anda?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN ya!
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.