Sebelum telefon bimbit berubah menjadi pintar, ia suatu ketika dahulu hanyalah membawa fungsi yang sangat ringkas.

Untuk panggilan dan SMS. Kalau ada feature yang menarik pun hanyalag permainan video basic dan juga fungsi memainkan muzik dalam format mp3.

Tapi kini teknologi telekomunikasi sudah banyak berubah. Internet yang dahulunya boleh diakses menggunakan komputer kini ia berada di hujung jari dan di dalam poket!

Bagi anda yang berusia 30 tahun ke atas, MASKULIN yakin anda pasti pernah memiliki salah sebuah telefon bimbit legenda yang disenaraikan di bawah!

1. NOKIA 8110 (AKA THE BANANA)

Tahun: 1996

Throwback 10 Handphone Legenda, Anda Berusia 30 Tahun Ke Atas Pasti Pernah Milikinya

Bentuk melengkung dengan papan kekunci terselindung. Nampak begitu bergaya ketika menjawab panggilan, papan kekunci diunjur ke bawah dengan satu gerakan pantas. Persis watak Morpheus dalam filem trilogi ‘The Matrix’ yang turut menggunakan model telefon serupa. Siapa kata Samsung jenama telefon pertama yang mengaplikasikan model telefon melengkung?

2. NOKIA COMMUNICATOR 9000

Tahun: 1996

Throwback 10 Handphone Legenda, Anda Berusia 30 Tahun Ke Atas Pasti Pernah Milikinya

Telefon yang kerap melekat di tangan ahli perniagaan untuk menguruskan kerja seharian. ‘Bagak’ dan sukar untuk disimpan di dalam poket seluar tetapi sebaik saja anda membukanya – terpapar papan kekunci QWERTY yang lengkap beserta fungsi sambungan kepada internet! Memori? Hanya 8 megabait tetapi ketika itu ia sudah lebih daripada mencukupi!

3. MOTOROLA RAZR

Tahun: 2004

Throwback 10 Handphone Legenda, Anda Berusia 30 Tahun Ke Atas Pasti Pernah Milikinya

Helo Moto! Dulu asyik-asyik iklan ni keluar di kaca tv. Motorola Razr diakui antara telefon paling kacak sewaktu zamannya. Nampak sungguh bergaya dan menepati sasaran Motorola yang mendefinisikan telefon ini as a fashion statement.

IKLAN

Warna skrin menyamai warna setiap huruf pada butang papan kekunci dianggap terlalu maju ketika itu. Rekaan futuristik dengan papan kekunci nipis memang mendahului zamannya berbanding telefon-telefon lain. Time ni kalau bercakap depan awek memang rasa konfiden habis!

BACA: Tip Untuk Panjangkan Jangka Hayat Bateri Telefon Bimbit Anda!

4. NOKIA 8250 (AKA BUTTERFLY)

Tahun: 1999

Throwback 10 Handphone Legenda, Anda Berusia 30 Tahun Ke Atas Pasti Pernah Milikinya

Dengan berat hanya 79 gram dan skrin kecil bewarna biru, ia merupakan antara model telefon paling cute yang pernah dihasilkan Nokia. Mudah diselitkan di dalam poket baju atau poket seluar, ia digelar Nokia Butterfly kerana bentuk kekunci sebelah atas yang menyerupai rama-rama. Paling seronok bila bermain mesej dengan kawaan-kawan. Cahaya biru berkelip-kelip pada skrin menandakan ada mesej baru masuk. Stail beb!

5. BLACKBERRY BOLD

Tahun: 2008

Throwback 10 Handphone Legenda, Anda Berusia 30 Tahun Ke Atas Pasti Pernah Milikinya

The prestige, a fashion statement & the trend setter-itu yang dapat dikatakan tentang telefon Blackberry Bold. Satu ketika dulu, mereka yang menggunakan telefon ini sering dipandang ‘tinggi’ berbanding pengguna telefon lain.

IKLAN

Daripada remaja yang bajet stailo hinggalah kepada ahli perniagaan, Blackberry Bold dianggap berada dalam kelas tersendiri dengan ciri-ciri menarik seperti pengesan bebola, rekaan luaran badan bewarna chrome dan papan kekunci QWERTY.

Telefon pintar Iphone dari Apple pernah dilabel sengaja mencari masalah dan dijangka gagal ketika cuba bersaing dengan Blackberry ketika itu. Maklumlah zaman tu telefon dengan fungsi skrin sesentuh dianggap sesuatu yang pelik. Kini, 7 tahun berlalu, jelas kelihatan siapa sebenarnya yang gagal…

6. NOKIA 3210

Tahun: 1999

Throwback 10 Handphone Legenda, Anda Berusia 30 Tahun Ke Atas Pasti Pernah Milikinya

Merupakan telefon Nokia pertama dengan fungsi antena terbina dalam beserta permainan game popular Snake. Turut dilengkapi pilihan lengkap nada dering. Model 3210 merupakan antara model basic paling popular di kalangan remaja satu ketika dulu.

7. NOKIA 3310

Tahun: 2000

Throwback 10 Handphone Legenda, Anda Berusia 30 Tahun Ke Atas Pasti Pernah Milikinya

IKLAN

“Baling ke dinding steady tak pecah, bateri tahan 3 hari selamba,”-itu antara kata-kata keramat apabila bercakap tentang telefon klasik Nokia 3310. Cukup popular sehingga terdapat beberapa individu di Facebook yang menjual telefon ini secara pukal untuk dijadikan koleksi.

Mereka yang pernah memiliki telefon ini pasti teringat waktu taip mesej panjang berjela ditujukan kepada kekasih atau orang tersayang. Nokia 3310 membenarkan sehingga 459 huruf ditaip untuk setiap satu mesej.

Bateri tinggal 10%? Itu bermakna telefon anda akan tahan sehari lagi. Powerbank what? Apabila Nokia 3310 digenggam dalam tangan, perkataan powerbank tak pernah wujud!

8. SONY ERICSSON W800

Tahun: 2005

Throwback 10 Handphone Legenda, Anda Berusia 30 Tahun Ke Atas Pasti Pernah Milikinya

Dikenali dengan corak oren pada permukaan badan, model W merupakan telefon dengan fungsi walkman yang menyokong kapasiti luaran sehingga 2 gigabait. Pernah jadi kegilaan remaja yang gemar mendengar lagu dan sentiasa bergerak aktif. Antara telefon terawal berkemampuan memainkan file MP3 dan AAC yang dianggap ‘legend’ ketika itu.

9. SAMSUNG S300

Tahun: 2003

Throwback 10 Handphone Legenda, Anda Berusia 30 Tahun Ke Atas Pasti Pernah Milikinya

Antara telefon bewarna yang pernah menjadi kegemaran anak-anak muda dahulu. Ia juga sering muncuk dalam drama dan filem Korea. Kemampuan menghasilkan sejumlah 256 warna berserta nada dering polifonik sudah dianggap cukup canggih dan mendahului zaman.

10. MOTOROLA STARTAC

Tahun: 1996

Throwback 10 Handphone Legenda, Anda Berusia 30 Tahun Ke Atas Pasti Pernah Milikinya

Tiada fungsi yang canggih pun pada telefon ini ketika zamannya tetapi ia dianggap antara telefon paling seksi di pasaran. Saat paling best apabila anda menjawab telefon sambil menarik keluar kabel antenanya-memang ada gaya!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI