
Nampak gaya ramai yang tiada i-akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lagi. Tak menjadi masalah, di sini Isz Zack ada beberapa tip buat anda untuk membuka i-akaun secara di talian tanpa perlu ke pejabat KSWP.’
Menurutnya, oleh kerana negara sedang mengamalkan arahan perintah kawalan pergerakan (PKP), rakyat Malaysia boleh sahaja dengan membuat panggilan telefon agar orang ramai tidak akan berkumpul.
“Meh saya share tips sikit kat bawah ni. Actually firs timer wajib ke kiosk dulu untuk activate kan i-akaun KWSP, malangnya Malaysia tengah LockDown.
“Maka kini register i-akaun KWSP lebih mudah untuk withdraw akaun 2 KWSP pada 01.04.2020 nanti tanpa perlu keluar rumah. Jika kita call center, masih off buat masa ni” tulisnya di ruangan Facebook.
Dia mengajar orang ramai untuk hubungi nombor KWSP dan menjawab beberapa soalan verification untuk sahkan yang akaun yang dinyatakan itu adalah akaun milik kita.
“Call no KWSP di 03-89226000. Kemudian tekan nombor 2 dan inform customer service “nak register i-akuan”.
“Jawab soalan-soalan verification dengan menyebut alamat, ic pencarum, email dan jawan lain-lain soalan. Nyatakan nombor EPF anda (jika terlupa catat di kertas).
“Pihak KWSP akan SMS Activtation pin number, buka link di https://www.kwsp.gov.my/ dan masukan nombor ic dan nombor pin anda (di SMS sebentar tadi). Create ID dan password baru dan tekan done.”
Dari Beli Di Bazar, Baik Buat Sendiri Air Honey Lemonade Asam Boi Untuk Berbuka. Cara Pun Mudah!

Memang tak dinafikan air honey lemonade asam boi kalau dapat minum, boleh buat penghilang dahaga lebih-lebih lagi di bulan puasa ini. Buktinya boleh anda lihat di kebanyakan bazar Ramadan, ramai yang menjual air honey lemonade asam boi ini.
Malah air honey lemonade asam boi ini juga menjadi antara minuman terlaris sepanjang Ramadan. Ini kerana rasanya yang masam-masam manis daripada jus lemon, pudina, madu dan asam boi pasti membuatkan tekak rasa lega setelah seharian berpuasa.
Daripada anda membazir membeli air honey lemonade asam boi ini di bazar Ramadan, adalah lebih baik sekiranya anda buat sendiri di rumah. Bukan sahaja boleh buat segelas air honey lemonade asam boi, malah anda boleh buat satu jag dan minum puas-puas.
Bagi yang ingin mencuba resipi air honey lemonade asam boi ini, boleh ikuti perkongsian khairulaming di laman Instagram miliknya. Caranya mudah hanya menggunakan bahan-bahan seperti air, perahan lemon, daun pudina, madu dan asam boi. Tambahkan pula dengan ais batu. Perghhh gerenti puas!
Honey Lemonade Asam Boi
Bahan-bahan/Ingredients:
1.5 sudu madu (1.5 tbsp honey)
1 biji lemon (1 lemon)
Daun pudina (mint leaves)
Ais batu (ice)
Air (water)
Asam boi (sour plum)
Cara membuatnya:
1. Masukkan 1.5 sudu madu ke dalam gelas.
2. Kemudian perahkan satu biji lemon dan ambil jusnya.
3. Masukkan daun pudina. Tekan-tekannya daun pudina agar ia hancur sedikit.
4. Letakkan ketulan ais.
5. Penuhkan gelas dengan air mineral.
6. Akhir sekali, masukkan hirisan lemon dan dua biji asam boi.
7. Siap untuk diminum.
Sanggup Ketepikan Keperluan Demi Anak, Ini 10 Pengorbanan Yang Seorang Bapa Pernah Lalui

Kita pernah kecil dan dibesarkan dengan kasih sayang oleh kedua-dua ibu dan bapa. Mungkin ada yang kurang bernasib baik tetapi pasti kita ada merasainya.
Kasih ibu membawa ke syurga dan kasih bapa sepanjang hayat. Suatu masa dahulu mungkin kita tidak memahami namun setelah menginjak dewasa, kita berada di situ.
Masihkah anda ingat apa pengorbanan bapa kepada anda? Atau sebagai bapa, apa yang anda korbankan untuk anak anda sekarang?
Maskulin menyenaraikan 10 pengorbanan bapa yang rata-rata pernah melaluinya :
1. ‘Tipu’ isteri yang dia masih ada duit
Duit adalah perkara penting dalam menjalankan kehidupan sesebuah keluarga. Oleh sebab itu seorang lelaki yang bergelar suami dan juga bapa harus bekerja mencari rezeki.
Paling perit bagi lelaki, setelah membayar semua komitmen, baki yang tinggal dalam akaun tinggal nyawa-nyawa ikan. Apabila isteri tanya ada tak duit nak beli susu anak, si suami pasti akan berkata, “Abang masih ada duit untuk beli susu anak”.
2. Pentingkan anak berbanding rakan
Tidak dinafikan lelaki hidupnya memang mudah dan sangat enjoy. Namun apabila sudah bergelar bapa, kehidupan itu ditinggalkan perlahan-lahan.
Bukan bermaksud membuang rakan-rakan tetapi anak menjadi keutamaan dan pengorbanan itu adalah demi keluarga yang tercinta.
3. Ketepikan kehendak bapa
Setiap lelaki mempunyai hobi, cita-cita dan idaman yang tersendiri. Apabila sudah memiliki anak, keperluan anak-anaklah menjadi keutamaan si bapa.
Meski pun ada segelintir bapa kaki mengumpul mainan sebagai koleksi atau kaki games, semua itu diketepikan agar dapat membeli susu, pampers serta perut anak tidak berlapar.
4. Kurang tidur
Anak-anak yang semakin membesar, semakin aktif. Mereka yang memiliki anak pasti merasai pengalaman ini. Kita sudahlah penat bekerja seharian namun anak pula, aktif lain macam pada sebelah malam.
Suka atau tidak, ada bapa akan take over shift pada sebelah malam dan membiarkan isteri berehat terlebih dahulu demi menjaga keselamatan anak. Bukan apa, risau dia terjatuh kalau panjat sana dan sini.
5. Kena rancang untuk travel
Kalau dulu masa honeymoon, memang boleh pergi travel sana-sini dengan bebas dan cuba segala aktiviti yang mencabar.
Namun selepas ada anak, para bapa cuma boleh perhatikan sahaja segala aktiviti yang menyeronokkan itu.
Takkan nak tinggalkan isteri dengan anak berdua semata-mata nak puaskan kehendak kita. Lainlah kalau anak tu pun dah besar, boleh buat geng.
Lagi satu kalau hendak travel, segala keperluan baby harus lengkap dan tak boleh ada satu pun yang tertinggal.
6. Gambar anak semakin banyak
Masa bercinta, dalam phone penuh dengan gambar awek (isteri). Tetapi sekarang, gambar berdua pun dah jarang-jarang. Kalau ada banyak pun semua gambar selfie bertiga. Tak pun semua gambar anak. Kalau phone hilang, derita batin tu!
7. Rindu suara anak
Bapa yang selalu travel atas urusan kerja pasti rindu nak dengar suara anak. Kalau isteri call, tak dengar suara anak.. boleh jadi tak puas. Sebabnya suara anak memang boleh hilangkan rasa stress.
8. Makan berkongsi
Dulu sepinggan, boleh balun makan sorang-sorang. Sekarang ini.. apa yang kita makan, itulah yang anak-anak pun nak makan sama. Maka, bapa akan suap anak berdasarkan apa yang dimakan.
9. Ubah selera
Selain berkongsi makan, bapa juga perlu ubah selera. Misalnya dulu si bapa jenis suka makan pedas-pedas, masin dan masam melampau, selera itu kena neutralkan. Bukan apa, rasa tak syok kalau ada perhatikan saja apa yang kita makan tetapi tak boleh rasa sama.
10. Kurang masa bersama isteri
Bagi yang ada anak kecil, bapa biasanya sudah kurang masa untuk bermanja dengan isteri. Mana tidaknya, dua-dua penat. Jadi selepas anak tidur, ibu dan bapa pun tidur bersama sampaikan tak sempat untuk ‘bersama’.
Apa-apa pun, anak itu adalah kurniaan yang terindah bagi pasangan yang berkahwin. Bagi yang belum ada, usah risau.. Tuhan janjikan sesuatu yang lebih indah. Insya’Allah..
Rahsia 5 Karakter Lelaki Idaman Wanita, Salah Satunya Tahu Bila Perlu Marah

Bercakap tentang lelaki idaman wanita, sebenarnya tak ramai lelaki yang tahu tentang perkara ini. Mungkin ia hanya ada dalam ruang litup pemahaman secara dasarnya sahaja.
Namun begitu sedikit sebanyak MASKULIN dapat kongsi ‘rahsia’ tersebut. Kesetiaan kini menjadi salah satu elemen cukup penting dalam hubungan.
Lihat sahajalah sejak kebelakangan ini, dunia hiburan kecoh dengan hubungan retak pasangan artis dan juga selebriti akibat berlakunya kecurangan seorang insan bernama suami.
Buat malu kaum lelaki saja.
Pada zaman sekarang menjadi seorang pasangan yang setia terutamanya lelaki merupakan satu perkara yang sungguh mencabar. Di kiri kanan ada sahaja dugaan yang harus ditempuhi.
Apatah lagi jika kita berbicara tentang cabaran kesetiaan di laman media sosial yang boleh mengundang seribu satu masalah. Selain di laman media sosial dalam kehidupan seharian juga pastinya ada cabaraan dari lingkungan teman sekuliah, sepejabat atau teman bersukan.
Tapi percaya tak sebenarnya masih terdapat ramai lelaki yang setia di dunia. Jika kamu betul-betul mengamati sikap mereka kamu pastinya dapat mengenali karakter lelaki setia.
BACA: Bercinta Semula Dengan Bekas Kekasih, Baik Atau Buruk? Ini Kata Pakar Psikoterapi
Bukan playboy
Tiada seorang pun perempuan yang mahu jika perasaannya dipermainkan terutamanya oleh lelaki yang cukup disukainya. Ada sesetengah lelaki sangat ego dan berasa bangga kerana dapat memikat perempuan. Walhal sebenarnya dia sebenarnya hanya main-main dan tidak serius. Berbeza dengan lelaki setia dia cukup menghormati wanita. Apatah membuatkan sakit hati malah dia juga sedia mempertahankan wanita jika disakiti.
Sentiasa berusaha memahami
Ya, lelaki tidak akan mungkin dapat memahami perempuan secara total. Namun jika effort dicurahkan, lelaki pasti dapat memberikan seribu satu kebahagian kepada teman istimewa mereka. Bagi lelaki yang setia, memahami kehendak teman wanitanya merupakan satu perkara yang sangat penting dalam hidup.
Terima seadanya
Tidak semua orang sempurna. Itu satu hakikat yang pasti. Disebabkan itulah untuk menjalinkan hubungan yang baik pasangan harus belajar untuk terima satu sama lain dengan seadanya. Jika dapat disanjung kelebihannya mengapa tidak didakap segala kelemahannya. Lelaki yang setia akan faham dengan seribu satu fiil buruk kamu. Gemar merajuk? Dia pasti ada jalan untuk memujuk kamu.
Sedia berkorban
Untuk membuktikan rasa kasih dan sayang seorang lelaki setia akan bersedia untuk melakukan apa sahaja demi membahagiakan pasangannya. Dan dia juga tidak akan sesekali mengharapkan apa-apa balasan daripada pasangan kerana apa yang dilakukan adalah untuk membuktikan betapa dia serius dan sayang.
Tahu bila perlu marah
Menjadi seroang lelaki setia bukanlah bermaksud dia itu bebas untuk rasa marah. Jika lelaki itu hanya mengikut telunjuk dan membodek sahaja itu bukanlah karakter lelaki setia. Lelaki juga seperti kamu pasti ada ketikanya marah terutama bila kamu melakukan sesuatu yang tidak digemarinya. Tapi cara dia marah bukanlah dengan meninggikan suara dan memaki hamun. Cukup dengan ketegasan dan gerak lakunya sahaja kamu sudah mengerti yang dia marah. Ya, inilah masa nya pula untuk kamu memujuk dia!