Tiada Lagi Problem Tersalah Hantar Mesej, Whatsapp Perkenal Fungsi ‘Delete For Everyone’!

Share

Semestinya menjadi mimpi ngeri jika kita tersalah menghantar whatsapp kepada seseorang lagi-lagi time tu kita mengutuk si polan.

Tapi kerisauan anda itu bakal berakhir kerana selepas ini Whatsapp bakal hadir dengan fungsi terbaru iaitu Delete For Everyone!

Whatsapp kini sedang menguji fungsi terbaru ini dan pastinya ia bakal menggembirakan pengguna iOS dan Android yang sering kali tersalah hantar mesej.

Fungsi Delete For Everyone ini meliputi pelbagai jenis termasuklah teks, gambar, video, GIF, dokumen dan juga status.

Tetapi syarat utama untuk fungsi ini ialah pengguna haruslah memadam mesej tersebut dalam masa lima minit. Jika sudah melepasi 5 minit, mesej tersebut tidak boleh dipadam lagi.

Macammana, hebat kan?

IKLAN