Penyampai berita Nightline, TV3, Raymond Goh atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah meninggal dunia, sebentar tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.43 pagi.
Perkara itu dimaklumkan keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan kepada Buletin TV3.
Ads
Menurut isteri Allahyarham, Faridah Teh, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar dan akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Red Bull Music Academy (RBMA) akan mengadakan bengkel muzik dan siri festival sebulan dalam edisi seterusnya di Berlin dari 8 September ke 12 Oktober 2018. Setelah diadakan di bandar-bandar di seluruh dunia termasuk Tokyo, New York, Melbourne, Cape Town, Paris, São Paulo, dan Montréal, Academy ini akan kembali ke tempat di mana semuanya bermula pada tahun 1998 untuk meraikan ulang tahun ke-20, dan anda boleh mengambil bahagian.
Setiap Academy adalah dunia yang tersendiri, dimana artis mewakili genre, negara, dan era yang berbeza datang bersama untuk menawarkan perspektif muzik yang baru. Enam puluh (60) ahli muzik akan dipilih dan diterbangkan ke Berlin pada tahun 2018 untuk memulakan perjalanan kreatif, dimana ramai menggelarnya sebagai pengalaman yang mengubah hidup. Di Academy, para peserta akan mendengar ceramah dari artis-artis yang telah membentuk sejarah muzik, mengongsi pengetahuan di sesi sepanjang malam dalam studio yang dibina khas, dan bekerjasama dengan rakan-rakan dari negara lain. Pada masa yang sama, Academy merancangkan siri konsert awam dan club nights selama sebulan di seluruh bandar, agar ahli muzik yang berpengaruh boleh bertemu dengan generasi yang baru dimana mereka boleh belajar dari satu sama lain, dan meraikan muzik masa lalu, sekarang, dan masa depan.
Seperti negara berbeza yang mengambil bahagian, terdapat juga pelbagai gaya lagu yang diwakili di Academy. Campuran bunyi, kemahiran, dan latar belakang budaya yang membentuk setiap Academy tidak pernah sama. Gabungan unik inilah yang membolehkan idea-idea muzik baru untuk mengambil tempat, dan berkembang lama selepas Academy berakhir. Tidak kira tahap pengalaman, sama ada anda instrumentalis, penerbit muzik, DJ, jurutera muzik, atau vokalis, kami menjemput anda untuk mengambil bahagian. Apa yang diperlukan adalah keterbukaan kepada kerjasama dan minat dalam hala tuju muzik. Rakyat Malaysia boleh memuat turun borang permohonan dari laman web Academy – www.redbullmusicacademy.com, dan serahkannya sebelum 4 September 2017. Setiap pemohon juga perlu menghantar demo muzik tidak lebih daripada tiga puluh (30) minit. Demo muzik boleh dimuat naik ke redbullmusicacademy.com/apply atau diposkan kepada Academy dalam CD. Pemohon yang dipilih akan diumumkan pada awal tahun 2018.
Edisi terbaru ‘Various Assets – Not For Sale’ yang mengandungi pilihan lagu yang dirakam semasa di Academy tahun lepas kini boleh didapati di sini untuk meraikan pelancaran fasa permohonan. Terdapat 48 trek lagu yang direkodkan di Red Bull Music Academy Montréal 2016 yang menampilkan ahli pasukan studio Thundercat, Just Blaze, ‘Mad’ Mike Banks, Deradoorian, Matías Aguayo, Dorian Concept, Lucrecia Dalt, Mathew Jonson, Ango, Branko, Marco Passarani, dan para peserta kelas 2016, termasuk The Venopian Solitude.
MASALAH PELUH BERLEBIHAN YANG ADA KALA MENGGANGGU AKTIVITI HARIAN. BUKAN ITU SAJA, PELUH BERLEBIHAN JUGA MENYEBABKAN RASA RENDAH DIRI DAN KURANG KEYAKINAN APABILA BERHADAPAN DENGAN ORANG RAMAI. MENGAPAKAH BADAN KITA BERPELUH?
HIPERHIDROSIS TIDAK BOLEH DIPANDANG RINGAN KERANA WALAUPUN TIDAK MEMBAHAYAKAN NYAWA, PENYAKIT ITU BOLEH MENJEJASKAN KEHIDUPAN INDIVIDU TERBABIT. JIKA DI USIA REMAJA, MEREKA BOLEH MENGELAK UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI LUAR SEPERTI BERSENAM ATAU BERJOGING TETAPI APABILA SUDAH MEMASUKI ALAM PEKERJAAN, AGAK SUKAR BAGI MEREKA UNTUK MENGAWALNYA.
Penghidap hiperhidrosis sentiasa berasa tidak selesa, rendah diri dan kurang berkeyakinan untuk bertemu orang ramai apatah lagi bagi mereka yang banyak terlibat dengan majlis sosial. Keadaan lebih teruk jika mereka berada dalam keadaan yang sangat panas atau apabila berasa gementar. Setiap hari, mereka akan bertarung untuk menyembunyikan rasa malu menerima teguran daripada orang sekeliling.
Terdapat beberapa kaedah untuk merawat hiperhidrosis seperti antiperspirant, suntikan Botulinum atau Botox, kaedah elektron Iontophoresis, teknologi gelombang mikro Miradry, laser, atau pembedahan Indoscopic Thoracic Sympathectory (ETS).
Rawatan yang paling mudah adalah dengan mendapatkan losen antiperspirant di mana-mana hospital, klinik atau farmasi. Mudah digunakan dan berkesan bagi mereka yang menghidap hiperhidrosis ringan, antiperspirant mungkin tidak dapat mengubati secara menyeluruh tetapi dapat mengurangkan gejala menjadi semakin teruk.
Hampir 80 peratus pesakit yang menjalani pembedahan akan mengalami compensatory hyperhidrosis iaitu penghidap masih berpeluh tetapi bukan di bahagian yang dirawat namun berlaku pada bahagian lain pula. Sebagai contoh, pesakit yang pada asalnya berpeluh berlebihan di bahagian ketiak akan mengalami hiperhidrosis di bahagian tapak tangan pula selepas menjalani pembedahan.
Individu yang menghidap hiperhidrosis disyorkan berjumpa dengan doktor agar rawatan yang sesuai dapat dilakukan. Kefahaman pesakit tentang penyakit ini dan cara-cara menanganinya sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan keyakinan diri pesakit hiperhidrosis.
Hiperhidrosis mungkin sebahagian daripada sebab sampingan keadaan perubatan (hiperhidrosis sekunder) atau mungkin tidak diketahui puncanya (hiperhidrosis utama), yang cenderung menjadi lebih biasa, membabitkan satu hingga dua peratus daripada penduduk serta kelihatan seperti lebih umum di negara Asia.
Penyakit atau keadaan perubatan yang menyebabkan hiperhidrosis sekunder termasuklah hipertiroidisme, gangguan psikiatri, obesiti dan menopaus. Hiperhidrosis mungkin berlaku dalam satu atau beberapa bahagian badan.
Tangan dan ketiak (aksila) adalah lokasi yang paling biasa. Keadaan ini biasanya bermula ketika remaja dan kekal seumur hidup. Gemuruh dan kebimbangan boleh mempercepatkan peluh berlebihan.
Peluh berlebihan akan mengganggu banyak aktiviti rutin seperti menggenggam objek dengan kemas. Sesetengah pesakit mengelakkan situasi di mana mereka bersentuhan secara fizikal dengan orang lain, walaupun sekadar berjabat tangan.
Sesetengah kerjaya memberi cabaran tersendiri bagi penghidap hiperhidrosis. Contohnya, kerjaya yang memerlukan penggunaan pisau dengan cekap tidak boleh dilakukan dengan selamat oleh individu yang peluh berlebihan di tangan.
Malah permainan alat muzik boleh menjadi tidak selesa atau sukar kerana tangan berpeluh. Keberkesanan dan hasil profesion lain yang memerlukan cengkaman tangan yang stabil dan baik akan terjejas (juruterbang, doktor terutama pakar bedah, anggota polis, peguam, buruh, guru) dan boleh menjejaskan kehidupan orang lain.
Hiperhidrosis pada aksila (ketiak) boleh menyebabkan bau busuk, kesan kotor besar yang boleh dilihat pada kemeja, dan keengganan untuk bergaul dengan orang lain. Di samping itu, kebimbangan untuk berpeluh boleh memburukkan lagi keadaan.
Simptom ini boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang individu daripada perspektif psikologi, sosial dan emosi. Dirujuk sebagai ‘silent handicap’ (kecacatan senyap), penghidap keadaan ini malu untuk membincangkan isu berkenaan dan bagaimana ia mengganggu mereka walaupun dengan ahli keluarga yang rapat.
Tanpa ditangani, ia mempunyai kesan emosi yang amat buruk kepada harga diri seseorang, bahkan membawa kepada kemurungan serta gangguan mood dalam kes yang teruk.
Disebabkan isu asas dalam hiperhidrosis adalah rangsangan berlebihan pada saraf luar kawal yang mempengaruhi kelenjar peluh, penawar yang berpotensi membabitkan gangguan ke atas laluan ini. Saraf yang mengawal kelenjar peluh tangan dan aksila terletak di dada dan ia adakah akses terbaik.
Prosedur ini boleh dilakukan oleh keratan kecil (5mm) di bawah ketiak (lubang kunci / pembedahan toraskop dibantu video (VATS)) dan gentian saraf yang bersesuaian dengan klip, memotong atau simpatektomi (sympathectomy).
Prosedur ini dilakukan pada sebelah tangan dahulu. Prosedur keseluruhannya untuk kedua-dua belah mengambil masa kira-kira satu jam dan pesakit dibenarkan balik pada hari yang sama atau sehari selepas itu.
Keputusan adalah serta-merta. Tangan berasa panas dan kering pada akhir prosedur. Kadar kejayaan hampir 98 peratus untuk tapak tangan berpeluh dan kira-kira 85 peratus untuk ketiak berpeluh.
Walaupun ada pilihan lain seperti ubat-ubatan, iontoforesis, deodoran dan suntikan botoks, kebanyakannya menyasarkan kelenjar peluh (bukan saraf yang membekalkan kelenjar peluh) dan ia hanya bersifat sementara malah perlu diulang pada jangka masa yang berbeza.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang