Tidak salah rasanya jika MASKULIN katakan semua kereta dan kenderaan empat rodak di negara kita sudah jatuh hukuj wajib di pasang dengan filem cermin atau dikenali sebagai tinted. Suhu panas di negara kita menjadikan penggunaan tinted pada cermin kereta sebagai satu keperluan.
Pemasangan tinted bukan sahaja boleh elak suhu dalam kereta bebeas panas membahang malah membantu ruang dalaman jadi lebih cepat sejuk selepas aircond di pasang.
Kebanyakan kereta baru tidak dipasang dengan tinted. Jadi amatlah penting untuk anda sebagai pemilik kenderaan memilih tinted yang betul. Bukan sahaja untuk keselesaan tetapi juga keselamatan dalam tempoh masa yang panjang.
MASKULIN tertarik dengan perkongsia dari saudara James Alatin yang berkongsi beberapa kesilapan utama yang sering sesetengah orang lakukan semasa memilih tinted. Perkongsian beliau menerusi TikTok kendaliannya menjelaskan beberapa kesilapan yang bukan sahaja merugikan malah boleh beri kesan buruk yang lain.
Ikuti tiga kesilapan biasa yang sering dilakukan!
KESILAPAN 1
Semasa ke kedai aksesori kereta yang menawarkan servis tinted kereta anda perlu merasai sendiri material tinted yang ingin dibeli.
Ramai orang tak buat buat ‘touch and feel’. Ini amat penting kerana dengan cara inilah anda dapat tahu tahap kepanasan yang boleh ditampung oleh filem tinted. Anda juga boleh tahu sama ada ia sesuai atau tidak untuk keperluan harian anda.
Ads
KESILAPAN 2
Kesilapan seterusnya juga tidak kurang pentingnya. Ramai tidak periksa dahulu tahap ketelusan cahaya filem tinted.
Ini penting kerana anda perlu tahu sama ada tahap ketelusan filem tinted itu mengikuti spesifikasi dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Jika tidak ikut spesifikasi anda boleh disaman kemudian hari!
KESILAPAN 3
Cuba tanya diri sendiri? Pernahkah anda periksa tinted yang dipasang di kereta itu sama seperti yang anda pilih sebelumnya? Jika ya, baguslah.
Ads
Tapi ramai sebenarnya yang tidak periksa dengan teliti. Dirisaukan anda pilih yang lain dipasangnya pula yang lain. Elak jadi mangsa penipuan!
Sebelum memasang tinted anda perlu tahu tentang Visible Light Transmision (VLT) dan Sun Protection Factor (SPF). Kedua-dua perkara ini sangat penting bagi menentukan tahap penggunaan tinted kereta anda.
Keltelusan vahaya biasanya ditunjukkan dalam nilai peratusan bersamaan dengan peratusan cahaya yang dapat menembusi tingkap sesebuah kenderaan.
Ini bermaksud VLT 30% dapat menapis 70% cahaya nyata. Manakala 30% lagi mampu menembusi tingkap kenderaan berkenaan. Filem tingkap akan kelihatan lebih gelap sekiranya tahap VLT lebih rendah.
Ads
Manakala SPF pula merupakan pengiraan menunjukkan berapa lama sesuatu bahan pelindung matahari dapat melindungi kulit kita daripada sinaran ultraungu B (UVB).
SPF lazimnya mempunyai 3 tahap seperti yang dipaparkan pada mana-mana bahan pelindung matahari:
SPF 15 menangkis 93% sinaran UVB
SPF 30 menangkis 97% sinaran UVB
SPF 50 menangkis 98% sinaran UVB
Jika anda menggunakan bahan pelindung matahari yang mempunyai SPF 30, maka anda akan dapat perlindungan 30 kali ganda lebih banyak berbanding tidak mempunyai sebarang pelindung matahari.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat untuk anda!
Selain tinted anda juga boleh menggunakan magnetic car sun shade bagi melindungi kereta dari bahang panas. Dapatkannya di sini https://invle.co/clcb4bv
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai pemilik dan pemandu kereta salah satu perkara yang pastinya cukup merisaukan ialah apabila lampu amaran suhu enjin mula menyala atau berkelip memberikan amaran.
Ia merupakan satu situasi yang serius dan anda harus menghentikan kereta denagn serta-merta bagi mengelakkan perkara tidak diingini. Enjin kereta yang menjadi terlalu panas tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang solusi.
Enjin yang terlalu panas boleh menjejaskan bukan sahaja pada bahagian enjin malah ia kerosakan boleh merebak ke bahagian lain. Malah akibat suhu panas boleh mencairkan komponen luaran dan merosakkan blok enjin yang sekali gus menyebabkan kerosakan sangat serius,
Secara umumnya enjin yang menjadi terlalu panas dengan cepat biasanya terkait dengan sistem penyejukan tidak berfungsi dengan baik. Ini kerana sistem tersebut direka bagi menurunkan dan mengawal suhu yang optimum untuk enjin kerete beroperasi dengan baik.
Terdapat lima punca mengapa enjin kereta oleh menjadi terlalu panas dengan cepat. Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah:
TERMOSTAT TIDAK BERFUNGSI
Foto: Autochimps.com
Termostat merupakan komponen penting bertindak mengawal suhu enjin. Ia juga berfungsi menghalang coolant daripada memasuki enjin sehinggalah ia telah panas. Ini bermakna kereta anda boleh mencapai suhu operasi dengan lebih cepat.
Jika termostat rosak ia tidak dapat dibuka lalu menyebabkan coolant tidak dapat mengalir masuk apabila diperlukan.
PARAS COOLANT RENDAH ATAU TERCEMAR
Foto: waterpumpu.com
Walaupun water pumo dapat berfungsi dengan baik namun ia tidak akan bermakna jika terdapat gejala tidak normal pada coolant. Jika kandungan coolant tidak mencukupi untuk sistem penejukan berfungsi dengan baik juga boleh menyebabkan enjin jadi cepat panas. Manakala pencemaran diyang berlaku di dalam coolnat juga boleh menjejaskan fungsinya dengan baik.
HOS ROSAK
Sambungan hos juga perlukan dipastikan sentiasa berada di dalam keadaan baik. Hos ini merupakan sambungan dari enjin ke bahagian komponen radiator. Jika berlaku kerosakan seperti kebocoran, retak atau tersumbat ia boleh menyebabkan coolant bocordan menjejaskan alirannya untuk berfungsi dengan normal. Apabila ini berlaku enjin akan jadi lebih cepat panas.
RADIATOR ROSAK
Di antara komponen pertama yang kita akan periksa apabila berlakunya masalah ini. Radiator yang rosak akan menyebabkan sistem penyejukan tidak akan berfungsi. Malah coolant akan terus kekal panas. Antara beberapa sebab radiator tidak berfungsi dengan baik ialah kerosakan pada kipas atau berlaku kebocoran atau keretakan pada bahagian radiator itu sendiri. Jika ini berlaku lebih baik anda menukar radiator yang baru.
WATER PUMP ROSAK
Kerosakan yang berlaku pada water pump juga boleh menjadi penyebab masalah suhu anjin meningkat dalam masa yang singkat. Kerosakan yang berlaku pada komponen ini bermakna aliran coolant akan terjejas atau tidak mengalir langsung!
Jalan paling mudah untuik mengelakkan masalah ini berlaku kepada kereta ialah melakukan servis secara berkala. Bawalah kereta anda untuk lakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa, contohnya setiap empat hingga enam bulan sekali.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda. Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Kredit: captoyota.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hah jangan terkejut ya, menurut Jan-Erik Lönnqvist, profesor psikologi sosial di Universiti Helsinki Sweden telah mengeluarkan kajian mengenai Jurnal Psikologi Antarabangsa yang mendedahkan bahawa pemilik atau pemandu kereta mewah mempunyai gaya pemanduan yang teruk di jalan raya.
Perkara ini terbukti apabila golongan membawa kereta mewah ini sering melanggar peraturan jalan raya dengan memandu melebihi had laju dan mencucuk rapat dengan kereta hadapan.
Malah lebih teruk lagi, ada diantara mereka yang tidak menggunakan signal dan memandu secara agresif yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Ini kerana, individu yang membawa kereta mewah ini sering bangga dengan kemampuan diri membeli atau membawa kereta mewah dan merosakan tingkah laku yang tidak beretika ketika di jalan raya.
Bagi ramai di antara kita, pam tayar merupakan satu perkara asas dalam penjagaan kereta. Ia seakan sudah menjadi perkara rutin buat pemilik kereta. Dalam tempoh sebulan pasti anda akan memeriksa kondisi tayar untuk melihat sama ada angin tayar mencukupi atau tidak.
Akan tetapi pernahkah anda tertanya-tanya adakah selama ini ia dilakukan dengan cara yang betul?
Mungkin selama ini anda pam tayar kereta berpandukan sukatan PSI (paun inci persegi) seperti tercatat di sisi tayar. Bolehkah ia dipam hingga maksimum ke angka tersebut?
Satu perkara yang anda wajib tahu ialah tekanan tayar yang tepat amat penting bagi memastikan kelancaran, keselaatan dan ketahanan tayar.
BEBAN MAKSIMUM
Perhatikan tulisan pada dinding sisi tayar. Di situ terdapat perkataan ‘Max. Press. 35 PSI’. Angka tersebut menunjukkan tekanan sejuk maksimum yang diperlukan tayar untuk menampung beban maksimum.
Kata ‘sejuk’ di atas merujuk kepada situasi anda mengepam tayar pada masa ideal, iaitu ketika cuaca sejuk seperti pada waktu pagi atau selepas kereta dibiarkan beberapa jam di kawasan teduh. Itulah masa terbaik mengepam tayar. Kebiasaannya, tekanan tayar maksimum berada dalam julat 30 dan 32 PSI.
JIKA TAYAR DIPAM MAKSIMUM PSI?
KARAKTER PENGENDALIAN KERETA BERUBAH
Antara perubahan ketara dirasakan ialah karakter pengendalian. Tayar yang sudah dipam maksimum tidak mempunyai ruang anjalan pada dinding sisi. Ini menyebabkan tahap membelok jadi bertambah baik. Namun anda berdepan risiko ketika melakukan brek jajap (threshold braking). Jika membelok pantas atau mengejut, belakang kereta anda boleh terseret.
Antara kekurangannya pula jangka hayat tayar akan lebih cepat botak. Bila tayar dipam terlalu banyak, getah pada bunga tayar atas akan lebih menonjol dan membuatkan bahagian tengah tayar cepat haus. Malah, kawalan juga berkurangan dan anda menghadapi risiko tayar meletup.
TEKANAN TAYAR OPTIMUM
Tekanan disarankan kebiasaannya antara 30 dan 35 PSI. Nombor tersebut menandakan jumlah minimum tekanan udara yang diperlukan untuk menyokong kapasiti maksimum bawa-beban kenderaan anda. Jika berkurangan, anda akan dapati penggunaan bahan api dan tahap pengendalian akan terjejas, termasuk mengalami masalah haus disebabkan beban lebih dan getah tayar terlalu menganjal.
Sebaliknya, apabila tayar anda dipam mengikut tekanan PSI disarankan, anda pasti menikmati prestasi dan jangka hayat tayar yang optimum.
MASA TERBAIK PAM TAYAR
Bilakah masa terbaik memeriksa tekanan tayar? Sebaiknya, ikutilah 3 syarat asas ini:
i. Setiap kali mengisi minyak.
ii. Setiap kali suhu berubah 10º.
iii. Sekali bagi setiap 30 hari.
Jika anda mahu tayar anda dipam mengikut tekanan tepat sebelum memandu, apa kata dapatkan tolok tekanan di mana-mana kedai aksesori kereta terdekat. Cara ini lebih memudahkan anda.
Sumber: Artofkeicar
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.