Awesome!

Ituah istilah yang kerap diutarakan ketika majlis pelancaran seleksi Samsung Galaxy A terbaru yang diperkenalkan menerusi siaran live secara penstriman di pelbagai platform laman sosial media semalam.

Tiga model terbaru tahap sederhana yang tampil dengan pelbagai inovasi menarik dari Samsung tersebut ialah Galaxy A32, Galaxy A52 & Galaxy 72.

Fokus utama tertumpu kepada dua versinya iaitu Galaxy A52 dan A72 yang hadir dengan ciri-ciri inovatif seperti kamera yang hebat, paparan skin jelas dan juga pengalaman penskrolan yang lebih mesra pengguna.

Selain itu, antara penekanan kunci utama pengenalan telefon pintar terbaru Samsung ini ialah mengenai ekosistem Galaxy yang turut menyediakan sambungan mudah dengan peranti lain seperti Galaxy Buds Pro, Galaxy SmartTag dan Galaxy Tab.

“Samsung berusaha untuk memberikan pengguna apa yang mereka paling mahukan. Disebabkan itulah kami menyasarkan misi untuk memperkenalkan siri Galaxy A untuk memperkayakan inovasi Galaxy untuk semua orang,” jelas Presiden dan Ketua Perniagaan Komunikasi Mudah Alih Samsung Electronics, Dr TM Roh.

IKLAN

KAMERA LEBIH UNGGUL

Untuk model Galaxy A52 dan A72, Samsung menampilkan beberapa ciri kamera yang cukup unggul. Di antaranya ialah:

Pengalaman Kamera Serba Guna – Merakamkan gambar dan video dengan mudah, menggunakan kamera kuad resolusi 64MP. 4K Video Snap untuk mengambil imej resolusi tinggi 8MP daripada rakaman video 4K. Scene Optimizer menggunakan AI untuk mengambil gambar dengan pengeset optimum untuk 30 kategori imej dan latar belakang seperti makanan, landskap dan haiwan peliharaan.

Tiga Variasi Terbaru Siri Samsung Galaxy A32, A52 & A72 Diperkenalkan Dengan Inovasi Awesome 
Samsung Galaxy A72

Stabil siang atau malam – Sama ada sedang merakam trend tarian terbaru atau aksi menggunakan papan selaju, OIS (optical image stabilization) memastikan hasil gambar dan video kelihatan jelas dan mantap. Usah risau jika lampu malap. Night mode menggunakan pemprosesan multibingkai yang boleh memberikan hasil imej yang terang walaupun di dalam gelap.

Gambar yang mengujakan – Memberi peluang kreativiti pengguna dengan menggunakan AR Emoji dan My Filter. Ditambah lagi, sekarang anda boleh menggunakan AR Lenses daripada Snapchat dengan Fun Mode apabila menangkap gambar menggunakan aplikasi telefon sedia ada.

IKLAN
Tiga Variasi Terbaru Siri Samsung Galaxy A32, A52 & A72 Diperkenalkan Dengan Inovasi Awesome 
Samsung Galaxy A52

PAPARAN AWESOME

Samsung mempertingkatkan pengalaman anda dengan paparan dan reka bentuk canggih supaya ia sepadan dan mencerminkan kehidupan anda.

  • Lebih cerah dan lancar– Tontoni rancangan kegemaran anda melalui paparan Super AMOLED Samsung. Dengan kadar segar semula 90 Hz pada Galaxy A52 dan Galaxy A72, pengskrolan juga kini makin mudah. Teruskan tontonan dan mengimbas media sosial apabila berada di luar dengan tambahan luminans 800 nits.
  • Pengalaman tontonan selesa – Paparan juga diiktiraf ‘Eye Care’, dan mengubah suhu warna paparan secara automatik berdasarkan corak penggunaan telefon pintar untuk mengurangkan keletihan mata dengan ‘Eye Comfort Shield ’.
  • Reka bentuk moden – Siri Galaxy A baharu memaparkan reka bentuk yang sederhana namun sangat bermakna serta dilengkapi rangka kamera minimalis.

Di samping itu, Samsung turut meningkatkan faktor pengalaman lebih bernilai kepada pengguna dengan ekosistem awesome Galaxy. Fungsi SmartThings memberikan sambungan dan kawalan pelbagai peranti dari Galaxy A. Dengan ekosistem tersambung ini pengguna dapat menikmati muzik bersama tanpa ganghuan.

Manakala QuickShare pula memberikan pengguna akses untuk mengantar fiti atau video tanpa had saiz ke peranti Galaxy yang berdekatan. Dan fungsi Private Share pula memberikan perlindungan dan sekuriti untuk anda berkongsi foto atau video dengan hanya satu ketik sahaja.

EKSPRESI TERSENDIRI

Buat anda yang inginkan telefon pintar pada tahap sederhana untuk kegunaan ringan seperti pentriman, Galaxy A32 sudah cukup memberikan kepuasan.

IKLAN
Tiga Variasi Terbaru Siri Samsung Galaxy A32, A52 & A72 Diperkenalkan Dengan Inovasi Awesome 
Samsung Galaxy A32

Diangkat sebagai antara model terbaik dalam katrgorinya, Galaxy A32 hadir dengan rekaan ciri-ciri yang menarik. Antaranya ialah skrin sesentuh 6.4 inci FHD + Super AMOLED Infinity-U Display. Dengan kadar segar semula 90Hz, ia mampu memberikan keselesaan pengalaman melakukan penstriman.

Prestasi pemproses maju Galaxy A32 juga cukpu menarik tiada tandingannya jika dibandingkan dengan skrin dan teknologi kameranya yang awesome. Pilihan RAM 8GB digandingkan dengan kapasiti memori dalaman 128GB, boleh naik sehingga 1TB .

Ditambah lagi, perisian dalaman Game Booster mengawal prestasi permainan game dan mengubah pengesetan secara automatic termasuk hayat bateri, suhu dan penggunaan memori untuk memberikan pengalaman terbaik apabila bermain game video.

Tiga Variasi Terbaru Siri Samsung Galaxy A32, A52 & A72 Diperkenalkan Dengan Inovasi Awesome 
Samsung Galaxy A32, A52, A72

Untuk maklumat lanjut berkenaan siri Samsung Galaxy A ini anda boleh layari www.samsungmobilepress.com, news.samsung.com/my/ atau www.samsung.com/my/smartphones/.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI